JALAN-JALAN KE SEPILOK

Share
06.02.2008


round about yang menyambut kedatangan kitaorang
Senang jugaklah untuk Pelancong nak lawat tempat neh…

Selamat Datang ke Sepilok !

Perjalanan kitaorang kali ni bukanlah untuk suka-suka dan bukan jugak percutian yang dirancang, tapi sebahagian dari tugas , bila Minister kitaorang datang untuk wat Mesyuarat kat Sandakan dia wat skali visit ntuk ke Sepilok , Labuk Bay ProbosCis Monkey Sanctuary dan Lembah Danum…
Fuh kira padat gaklah, dan trip ni semua termasuklah skali waktu cuti ari tu… tak kesahlah…

Tempat eksklusif untuk meMonyet makan….
Nice view… hehehe

okes, cerita tentang Sepilok plak. Seperti yang orang kenali, Sepilok ni adalah tempat atau pusat Pemuliharaan Orang Utan. Aku Gembira n happy sesangat lah pergi tempat ni. Aku pernah pi gak Sepilok ni, tapi seingat aku, yang paling last, masa umur aku 6 atau 7 tahun… Waktu tu keluarga kitaorang memang tinggal Sandakan… Wah, almost 18 tahun dah aku tak ke sini… huhuhu
wah, brader sorang ni… makan sesorang nampak…
sure nunggu date neh..hehehe
Sesampainya kat sana, kitaorang tiba pada waktu yang tepat… Waktu untuk orang Utan dan me Monyet yang lain diberi Makan. Kiranya waktu Lunch dorang lah… Ramailah pelancong dari dalam dan luar negara yang tengok ‘pakcik-pakcik’ yang bergayut neh… Bukan men lagiks dorang menunjukkan bakat dan skill dorang… hehehe

yaiks, pakcik seekor neh, lalu bebetul kat depan aku
dengan selambanya dia panjat pokok kat tetengah orang ramai tu
cayalah… gaya memeluk pokok yang macho…

Aku mengGambo Awang yang jugak nengah menGambo…
Cuba korang nengok tourist tu… rasanya cam still teenagers tu
huhuhu… kalu aku loaded… aku pun nak travel lah…
tak boleh tidak, aku kena plan ntuk wat sesi jejalan ke sini lagik skali… bukan atas urusan keja, tapi untuk mencuci mata dan mendekati alam… hahaha… kan Budakhutan… okes, jadik wat masa ni, korang nengoklah gegambo yang aku dah amek… jangan jeles yeak…

Adeks sorang neh, baru dalam 8 bulan kalu tak silap
masih dalam proses latihan untuk menggayutkan diri
laa… betul la… trainer dia yang bagitau…

err… ni bukan orang Utan yeak…
ni BudakHutan… hehehe

‘pakcik-pakcik’ … tunggu tau… nanti budakhutan datang balik… hehehe
yeah… itulah Post kali ni untuk lawatan Ke SepiloK… fuh…
aku amat suka ngan suasana kehijauan dan keindahan flora dan fauna neh…
jumpa lagik next post… 

Related Posts SliderCerita yang lain ni...
JALAN-JALAN KE SANDAKAN
BUDAKHUTANMe and Mount Kinabalu...Salam dan Salam...Cerita jalan-jalan ke Sandakan? macam dah cerita jak kan... yalah, betul tu, tapi hari tu, penceritaannya kurang sket, gambo jak banyak. Kali ni cerita serba ...
baca lagi...
2008: Hari 36 – ‘JALAN’
Assalamualaikum...yups, di awal pagi yang mulia neh, kitaorang akan menjalankan diri. Aku dah bangun dari jam dua tadi.Mo mendownload laie driver ntuk HPLJ1020 yang kitaorang bawa, tak sempat plak minta ...
baca lagi...
JALAN-JALAN KE SANDAKAN
2008: Hari 36 – ‘JALAN’

Share

Related posts:

  1. JALAN-JALAN KE SANDAKAN
  2. 2008: Hari 36 – ‘JALAN’

There are no comments yet. Be the first and leave a response!

Leave a Reply

Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2008/02/jalanjalan-ke-sepilok.html/trackback

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD