CUACA BURUK

Share

Amaran angin kencang kat Sabah telah pun dimaklumkan pada jam 9.20 pagi tadi , sila rujuk link dari Jabatan Meteorologi . Amaran Angin Kencang dan Laut bergelora kategori Ketiga dijangka akan berlaku – berikut petikan dari kenyataan tersebut

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

“Angin kencang dari arah barat/barat daya dengan kelajuan melebihi 60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di kawasan Sabah Utara meliputi perairan Layang-Layang, Palawan dan Kudat dijangka berterusan sehingga Sabtu,17 Mei 2008.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, pelantar minyak dan aktiviti pantai.”

fuh , kepada sesiapayang berada di kawasan tu.. berhati – hati lah yeak… and ntuk kita yang kat Kota Kinabalu pun ada warning gak… Kategori Kedua

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

“Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 50-60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan Laut China Selatan tengah, Kelantan, Terengganu, Sabah Barat dan W.P Labuan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Mei 2008.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perikanan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.”

eapapun kengkawan semua… berjaga-jaga dan bersedialah yeak… huhuhu, rumah yang disewa ni kat tepi pantai… pokok kat belakang rumah dah tumbang… tebing pantai dah terhakis , ada harapan kalu air pasang dan ombak kuat , masuk lagilah air laut ke rumah… *****

ades, terbayang bayang plak kisah tragis kat Myanmar dek hentaman Nargis…

 

Related Posts SliderCerita yang lain ni...
KK kena Serang !
KK KENA SERANG !Kota Kinabalu - 26 April 2008, Sabtu - Penduduk di Bandaraya Kota Kinabalu dikejutkan dengan ketibaan armada - armada laut daripada Amerika Syarikat dan Perancis , dan ...
baca lagi...
KK kena Serang !

Share

Related posts:

  1. KK kena Serang !

There are no comments yet. Be the first and leave a response!

Leave a Reply

Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2008/05/cuaca-buruk.html/trackback

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD