KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH

KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH


Kota Kinabalu , 3 Mei 2008, Sabtu – Kempen Anti Kutu Sampah yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK ) telah berlangsung di Padang Merdeka , Kota Kinabalu. Mengikut sumber rasmi , jumlah penyertaan bagi program tersebut adalah sebanyak 5000 orang. Syabas ! dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KK yang telah mengambil bahagian. Kebersihan bandaraya kita adalah tanggungjawab bersama.

aktiviti Bersenam yang dimulakan setelah ketibaan Datuk Masidi Manjun…

Ahakz , itu lah dia… aktiviti yang cambest. Mungkin di masa-masa akan datang untuk program camni , diharap agar pihak2 yang berkenaan dapat ‘melicinkan’ lagi perjalanan program neh. Huhuhu… secara keseluruhan , objektif untuk ‘membantu’ DBKK mengutip sampah di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu mencapai sasarannya. Pemenang bagi kutipan sam[ah terbanyak di menangi oleh Kumpulan daripada Sembulan dengan kutipan mencecah beratus beg plastik hitam yang besar tu.( fulamak… baguslah, kalau tiap-tiap minggu buat, bersih KK oooO).

Acara kali neh , aku join sekali ngan kengkawan. Aiseh , disebabkan sesekali aku memegang plastik sampah dan kekadang mengamek gambo… jadik , kurengs umph..sket lah gegambo. Aku mengantuk bah time tu , jam 2 baru tertidur , jam lima lebih bangun sudah , lepas tu ready2, jalan awal , mo parking yang best… hehehe… tetapi disebabkan oleh aku amat teruja ntuk join program gini… la… betullah kan, kan budakhutan… hohoho, tak kesahlah semua itu… uiseh.. terlebih sudah… ahakz
hehehe… teda la plak gambar aku… aku yang mengamek gambar… ades
saja tu… cover muka ngantuk dan ensom…ahakz

Pengacara / pelawak dan penghibur tempatan , Abu Bakar Ellah ataupun juga dikenali sebagai brader Ampal meng-hoskan acara . Lawak..lawak… geli hati betul ngan lelawaknya. Ades, kalau Sabah ada Siaran TV sendiri , sure dia bleh jadik penghibur yang MeleTUP!… dan banyak jugak aktiviti dan persembahan yang di buat, antaranya pertandingan Kerusi Muzik (Musical Chair) , Bowling Kelapa , Carik pasangan Kasut , mencari sampah istimewa (botol mineral dalamnya ada kertas kaler kuning), ada gak persembahan nyanyian dari Peserta KK idol dan yang sewaktu dengannya , oh yeak ada gak persembahan dari band Harmoni ( cam rockers! girl yang jadik penyanyi) dan persembahan tarian… brader Ampal pun ada nyanyi oooo…. Nyaman!

Brader Ampal sempat mengusik geng Jururawat
dia minta tulung kunu , sakit dia
dia minta bantuan pernafasan mulut ke mulut…

Koboi in KK… huhuhu

tarian- tarian best…

acara untuk bebudak…

Walau apa pun , heharaplah program ni tidak hanya tinggal pada nama dan kempen mengikut musim cam pilihanraya ( ades… ) . Oh yeak, sesapa laie geng blogger yang ada pi sana… adakah tu aa dorang c Bobby? c Joy ? c Julian ? c Amie… aaa… dan semua.. adakah? hehehe…

aiseh , tunggu lah aku ada STREAMYX , baru aku mengupload kan video-video…wat masa neh , dengan menggunakan CELCOM BROADBAND , payah plak… bukan tak bagus yeak , cuma kan ntuk dapat liputan yang best kenalah berada dalam kawasan 3G… huhuhu… tempat aku sekarang kurengs… bulih tu bulih… tapi lambat kio… nanti sia try jualah…

orait, aku akhiri dengan pesanan penaja…(gambar dibawah)

Related Posts with Thumbnails

One Response to KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH

  1. [...] hari hari mau buat Kempen Anti Kutu Sampah. Kalau ikut statistik yang dibagi oleh Mr Chua, DBKK-man dalam taklimat dia yang aku sempat pigi [...]

Tinggalkan Komen

TERKINI DI BUDAKHUTAN
Aurora Di Hemisfera
Aurora di hemisfera. Celaru borealis fenomena bukan m[baca]
Perjalanan Ini
  Hujan... Awal lagi sudah hujan. Mata tidak ma[baca]
Disleksia | Kodeksku Yang Kompleks
Sejak dua menjak ini, makin kerapku diganggu visi... Bila[baca]
HIDUP | HADIR
Hidup. Kalau lihat dengan dua mata mungkin berbeza dengan s[baca]
Mercun & Bunga Api | Jual, Beli, Bakar
Siapa lagi yang masih ada stok bekalan bunga api dan merc[baca]
Kerana Cinta Arjuna beta
Tak akan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang nyenyak [baca]

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email