Akhirnya sempurna… ( story kat dalam)
yup, akhirnya sempurna dan terungkailah persoalan dan kegusaran oleh peminat-peminat novel hasil nukilan saudara Ramlee Awang Murshid. Lengkaplah satu trilogi , aku gelar… Trilogi Cinta Epik- Bagaikan Puteri…. dengan judul yang ketiga… Hijab Sang Pencinta
Pada tanggal 20 Ogos 2008 , satu majlis pelancaran trilogi berkenaan telah pun diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Terima kasih diucapkan kepada saudari ELLE yang telah pun bertanyakan budakhutan sekiranya berminat untuk menyertai majlis pelancaran berkenaan. (ades..jauhlah kak…seberang lautan nun). Mengikut laporan dan cerita melalui RAMFC ( kelab peminat novelis Ramlee Awang Murshid), majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali… ouch! nasib jauh…
dan menurut perkhabaran ( ewah…) ada yang telah pun selesai membaca buku yang baru dilancarkan itu.. ( ades… sungguh tak keruan plak aku..bila nak sampai Sabah ni)…
owait..owait… kalau korang memang peminat novel. Koleksi buku dari RAM ni, dah termasuk list wajib ada..hehehe. Kalau yang belum lagi mula membaca… aku syorkan bermula dengan novel Tombiruo dari penulis yang sama. Tombiruo ni pun trilogi gak… ( ntuk geng2 di Sabah… RAM ni orang Sabah, dalam trilogi Tombiruo, RAM ada masukkan elemen tempatan…. fuh…best wooo)…
ahaks… skema kah bahasaku itu?
skema atau tidak? bolos saja dinding itu… ( eh…mcm promo plak)
eh…baca jak lah buku tu…