![]() |
From BUDAKHUTAN PHOTOBLOG |
Salam Ramadhan dan salam kedamaian 🙂
Hari ni dah masuk hari ke 21 Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal pula menjelma ( mesti kamurang mood raya sudah ni kan..hehehe ). Ahaks, kali ni, budakhutan buka mau cerita tentang raya yang bakal menjelma, tetapi tentang Gunung Kinabalu… atau lebih tepat lagi mau cerita tentang Lagenda Gunung Kinabalu. Waktu tengok-tengok gambar yang pernah di amek di PC ni ( mo simpan dalam dvd …backup..nanti hilang…huhuhu ), adalah nampak gambar gambar gunung Kinabalu yang budakhutan pernah amek. Jadi macam best plak rasanya kalau cerita tentang itu.
![]() |
From BUDAKHUTAN |
LAGENDA KADAZANDUSUN
Menurut lagenda atau mitos , dewa / tuhan Kinohiringan bersama pasangannya Umunsumundu telah mencipta bumi , Kinohiringan telah mencipta awan dan langit, tetapi langit dan awan yang diciptanya terlalu kecil berbanding bumi. Umunsumundu tidak mahu Kinohiringan berasa rendah diri, maka Umunsumundu telah mereka semula bumi dengan mengecilkannya, dan hasil dari pemampatan semula itu terjadinyalah Gunung Kinabalu
![]() |
From BUDAKHUTAN |
Ada juga kisah Kadazandusun yang menceritakan tentang Raja Gergasi yang bernama “Gayo Nakan” [big eater / kuat makan] tinggal di dasar gunung Kinabalu. Lama kelamaan rakyatnya rasa tertekan dan tidak lagi sanggup untuk membekalkan makan kepada raja mereka yang pelahap itu. Gayo Nakan mendengar rintihan mereka dan bersedia untuk berkorban demi kesejahteraan dan kesenangan mereka. Gayo Nakan pun menyuruh mereka untuk menanam dia di puncak gunung Kinabalu. Rakyat jelata yang tanpa berfikir panjang setuju dan beriya – iya untuk menanam Gayo Nakan. Mereka membawa peralatan – peralatan mereka dan berusaha dengan keras untuk membuat / korek lubang walhal usaha mereka sia-sia kerana batu dan permukaan gunung itu keras. Mereka sentiasa merungut dan hampir berputus asa.Sehinggalah Gayo Nakan melafazkan kata-kata sakti, maka tertanamlah dia sehingga paras bahu di puncak gunung Kinabalu . Raja Gergasi itu sempat berpesan kepada mereka, disebabkan oleh sikap mereka yang kurang sabar dan cepat merungut itu , mereka akan dilanda kemarau dan kebuluran. Gayo Nakan telah berjanji kepada mereka , bahawa dia akan menolong mereka di dalam peperangan. Setelah rasa bersalah dan menyesal , mereka telah melakukan upacara pengorbanan di kolam berdekatan puncak gunung
sumber-mount-kinabalu-borneo.com
olahan semula- budakhutan
Wah, itulah dia, panjang jugak huraian dan cerita budakhutan ni. Seperti yang semua tahu , ada satu lagi lagenda yang biasa didengar / di baca berkenaan gunung Kinabalu ni… hehehe. Lain kali budakhutan cerita …
![]() |
From BUDAKHUTAN |
budakhutan dan kawan-kawan…
bah, siapa siapa yang rasa mau naik gunug bolehlah dapat info daripada
KUAI / MELL F / SAN , dorang mau anjur naik gunung tu tahun depan bulan 2. Untuk maklumat lanjut, pigi jak tempat durang, kalau kalau masih buka offer… hehehe. Budakhutan mo tilik-tilik dulu ni bulih join ka tidak… 🙂
KUAI / MELL F / SAN , dorang mau anjur naik gunung tu tahun depan bulan 2. Untuk maklumat lanjut, pigi jak tempat durang, kalau kalau masih buka offer… hehehe. Budakhutan mo tilik-tilik dulu ni bulih join ka tidak… 🙂
bah… Dendang Perantau Salam Di Aidilfitri … Kotobian tadau…