Ayam oh Ayam…

Tak banyak ayat yang aku mau tulis di pagi yang mulia ni.
Cuma rasa tersedu sket bila tengok benda-benda macam ni. Bukannya apa , ni kan antara lauk – lauk kegemaran dan menjadi kesukaan ramai orang. Waktu aku balik kerja hari tu ( dalam minggu ni ) , jalan tengah jam dan hujan turun dengan lebatnya , di depan aku ada sebuah lori yang sarat dengan ayam – ayam ( ni ayam yang betul betul aaa …bukan yang len ).

Sedih tul aku tinguk , ayam ayam tu berada dalam ruang yang sempit dan tidak selesa. Cuba kamurang bayangkan kamurang kena kurung dalam satu tempat yang tidak bulih berdiri dengan sempurna …sudah la tu , sesak lagi… Hujan lagi tu… Aku tinguk ada antara ayam-ayam tu yang dah tak berbulu dan macam ada yang tak kena… takyah lah aku buwat spekulasi apa yang kena dengan ayam ayam tu… kamurang tinguk tu gambar dan imagine sendiri… what happen..

persoalannya… Bersih ? sihat ? atau halal ? siapa yang beli ? kita juga kan…
aku pernah terbaca satu artikel ( tak berapa lama dahulu) , saintis menyatakan terdapat perbezaan rasa pada daging ( tak kira lah daging apa pun ) . Rasa daging daripada haiwan yang selalu mendapat tekanan dan penyakit berbeza dengan rasa daging yang mendapat cukup penjagaan dan dipelihara dengan rapi…. ades…kamurang dapat rasa ?

walau apa pun… perkara camni haruslah dielakkan dan diberi perhatian serius. Takkan mau panggil brader Karam Sing Walia ataupun si Mazidul …

Mengkali tu tokey bukan makan ayam… dia makan duit… hamapagas tul!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!