Ini Bukan Skandal Aku

Pada hari Sabtu yang lepas , aku berkesempatan ntuk menyinggahkan diri di Taman Awam Teluk Likas…ala… yang baru tu… Kawasannya cantik dan menarik tapi… mengecewakan ialah pantai kat sana kotor sekotor kotornya. Sampah ‘berkeliaran’ , beg plastik , botol2 , kasut , selipar… fuh… macam-macam ada ( eh…ini bukan iklan astro daaa ) Apa mau jadi ni?

Darimana datangnya sampah ni ? dah tentulah dari kita manusia… tapi mungkin dari mereka mereka yang spesies memang boleh hidup dengan sampah kali. Aku tak paham kenapa dan mengapa sampah dibuang sesuka hati? dorang ingat dorang tinggal di mana? planet hitam? (eh..ini pun bukan promo cicakman 2). Benda dan perkara yang sungguh simple ntuk dibuat dan difikir. Korang mau ka rumah kamurang tu kotor? tidak kan! nah…begitu tah jua tempat kita tinggal ni…planet bumi… KIta Orang bah kan…

Sampai beg camni pun ada , aku pernah tinggal dekat ngan sungai Petagas, dan banyak benda yang aku dapat tengok hanyut dari sungai tu , dari benda kecik ke benda besar… Tilam ada, mesin basuh pun ada, sampailah ke bangkai bangkai binatang. Apa nak jadik ni? Fokus kali ni bukan setakat laut jak, tapi termasuk gak satu dunia neh…termasuk hutan. Di mana lagi brader brader Orang Utan mau tinggal kalau hutan teda? Takkan mau minta tulung Tarzan ? Semuanya bermula daripada kita dan kitalah yang kena dan harus bertanggungjawab. Aku geli hati bila ramai orang selalu komplen tentang banjir di kawasan dorang akibat parit tersumbat. Nah , apa kamurang rasa ? Oren? ya lah..walau pun bukan kita yang buang sampah , tapi bikin panasss jugak kan. kira tu macam free lesson lah…tiada kana bayar yuran punya. Bah , ntuk lebih okes, kita semua kenalah saling beringat dan ingat mengingati. Kita umpama hidup dalam satu kapal

Takkanlah hari hari mau buat Kempen Anti Kutu Sampah. Kalau ikut statistik yang dibagi oleh Mr Chua, DBKK-man dalam taklimat dia yang aku sempat pigi hari jumaat ari tu… Pendapatan hasil daripada denda kutu sampah ni dah meningkat. Kamurang mau ka kana denda RM50 untuk hanya seputung rokok yang kamurang buang? ades! bagus lagi bikin tinguk wayang atau beli makanan..

aiseh , macam sampai sini saja lah aku mau mencoret tentang pesanan sosial aku ni. AMARAN ! entry kali ni mengandungi link link ke post post terdahulu dari aku… hehehe…kalau rasa senang senang dan rajin..baca jak lah yeak… jumpa lagi dalam episod yang lain…

Aku Cinta Rachel

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!