Pernah atau tidak kamurang rasa mau ada tu teknik bayangan berganda Son Goku atau hikmat Kage Bunshin no Jutsu si Naruto ? ala… yang supaya dapat kasi ada ‘klon’ untuk diri kita sendiri tu …hehehe… kadangkala ada satu time tu bila kita berada dalam keadaan yang memerlukan kita berada pada dua atau banyak tempat yang berbeza pada satu masa yang sama…Jemputan – jemputan kawan , program program yang telah diatur serta aktiviti keluarga dan perancangan peribadi… fuh, kalau ngam ngam semua kena pada satu masa..payah jugak tu mau kasi excuse… kalau ada yang faham bagus…kalau tak… sure durang ingat kita lupa kawan or tak bertangunggjawab… hmm…
Memang HARD ntuk senangkan hati semua urang… Anyway , seawal pagi sabtu hari tu , aku dah ke RTM Sabah untuk sesi rakaman Drama Radio Khas sempena Tahun baru 2009.Kalau kamurang rajin mau dengar , bulih lah dengar SABAH FM – Bagus bah ! pada 1hb Januari 2009 pada pukul 2 petang… atukui , macam ada kureng plak lakonan aku ari tu… Sesi rakaman bermula pada 10 pagi. Rakaman mengambil masa 2 jam lebih. Sebab termasuk sesi menunggu kehadiran dan sesi latihan ringkas ( amek mood ).
Apa yang aku terlepas ? ikut trip bersama saudara – mara yang datang dari FELDA Sahabat ( Lahad Datu ) dan Nenek dan Bungsu n Maksu ( Jaya Bakti ) ntuk lawatan ke Kuala Penyu.Ramai – ramai tu..best nya..tapi aku ada komitmen…hmmmmmmm ( ahaks..panjang sudah hmmm neh)
Rakaman habis jam 12 lebih lebih. Sepatutnya aku berjumpa dengan Encik Ramlee Awang Murshid – Penulis Novel Thriller No.1 Malaysia, pada pukul 12 di 1Borneo. Aku bergegas ntuk kesana. Eh, kamurang tia tau sepa dia ? adedei… kamurang mengkali bulum pernah baca novel beliau , Trilogi Tombiruo , Trilogi Bagaikan Puteri , Ungu Karmila , ADAM , Pei Pan… dan banyak lagi.Kalau mau tau, bleh tengok dengan lebih lanjut lagi di www.kelabram.com . Terima kasih pada kak Effa yang turut ada disana utk bertemu RAM. Pertemuan berlangsung selama 2 jam gak di New York ( tempat makan di 1Borneo)
Aku minta maaf pada kengkawan yang ada menunggu ntuk bertemu RAM. Kekhilafan itu dari aku…
Sepanjang pertemuan , aku banyak mendapat idea dan ilmu dari dia. RAM banyak berkongsi tentang pengalaman serta visi beliau. Aku kena berguru dengan dia ni…Sifu !
pertemuan pada kali itu jugak turut disertai oleh Jessie Mojuru
juga seorang penulis Novel yang berasal dari Sabah
urang Kota Marudu bah dia neh…
Selepas pertemuan aku bergegas ntuk ke KPenyu , dan dalam perjalanan aku terima SMS yang famili aku pun dah nak berangkat dari sana…ayaks… aku lambat! So dalam perjalanan tanya plak kawan c Joy tentang majlis kahwin c Patrick yang sepatutnya aku kena ada di sana dalam jam 1 ptg ( majlis mula ). C joy pun dah balik. ayaks skali lagi… aku lambat! Aku mau meneruskan perjalanan, tapi sebelum sampai mata aku dah berpinar2 dan mengantuks teramat ( malam sebelumnya jalan2 dengan famili sampai lewat malam ). Aku amek keputusan ntuk merehatkan diri.
Keesokan harinya , ada lagi majlis kahwin member c Adnan ngan Noordiana , member skolah waktu di SMAKK dan TEKNIK dulu… fuh…sekali lagi ada program lain plak , aku dah terskip aktiviti ngan famili so aku pilih untuk stick ngan aktiviti famili… maaf kengkawan…Majlis bercukur anak Kakak sepupu aku diadakan pada hari tu…
aaaa…. panjang plak tulisan aku pada kali ni… bukan untuk membela diri…
tetapi sebagai catatan aku sendiri… dan untuk sesiapa yang mahu tahu…
Selamat Pengantin Baru pada semua ! Semoga berbahagia dan sejahtera hendaknya…
FAMILY FIRST ( bukan May First aaa )
bak kata pepatah..mau di kacau di atas… yang dibawah mengigit pula…
hehehe..ngam kah tu…