
Tamparuli – 9hb Disember 2008 (Selasa )
Satu kebakaran yang berlaku di Tamparuli pada awal pagi selasa lalu telah memusnahkan tujuh lot rumah kedai papan . Seramai 30 orang yang tinggal di lot-lot rumah kedai tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran tersebut marak dan merebak. Kebakaran bermula di sebuah kedai barang kemas pada pukul 5.30 pagi. Turut terlibat adalah sebuah kedai runcit -(Tong Choon) , dua buah restoran (Kedai Kopi Lok Hing , Restoran Munawarah) serta lot kedai jahit dan 2 buah kedai menjual telefon.Barisan rumah kedai papan tersebut merupakan salah satu daripada lima barisan rumah kedai papan yang tinggal selepas 50 tahun. Ianya dibina oleh penjajah setelah tamat peperangan pada waktu tersebut.

wah, hehehe..macam bagi berita plak kan. Aiseh , macam mau basi sudah berita aku ni. Tapi aku mau juga buat. Bulih juga jadi rujukan pada masa akan datang. Yup, pada 14hb Disember 2008 , pagi tadi aku merajinkan diri untuk ke tempat kejadian. Mau juga tengok tempat yang terbakar.
Ahaks , aku pernah gak bersekolah di SK Pekan Tamparuli dan Sekolah Agama Islam Tamparuli (yang dekat masjid tu). Jadi secara teknikalnya , Tamparuli tu pernah jadi kawasan permainan aku… hahaha.
Aku mau meng upload video kebakaran tersebut yang aku dapat dari kawan yang dapat rakaman tersebut dari kawannya…ades. Tapi bila aku try search dalam you tube , ada plak sudah. So dari buang masa aku pun takmau la upload. Kita tinguk jak aaa yang durang ambil tu.
Lain – lain gambar boleh gak tengok di PHOTOBLOG aku… owaits
*update- lagi cerita dan gambar di tempat C WelzanSaimon
Sekian dulu, berita kali ini
Kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi
jangan lupa makan nasi , supaya badan berisi
Salam hormat , kembali ke pentas utama…
Hai, budakhutan….nice photos!
Actually, saya sedang membuat satu projek penerbitan buku tentang Tamparuli..kalau tidak keberatan saya mau menggunakan gambar2 anda tentang kebakaran kedai Tamparuli dalam publication itu nanti. Kredit/sumber gambar akan disebutkan dalam setiap gambar yang diterbitkan. Kalau tidak menjadi masalah boleh e-mel kan gambar2 yang belum dimodify & no watermark kepada saya. Thanx
Hello Cikgu ~_^
Boleh dan tak menjadi masalah, saya akan emailkan gambar2 berkenaan pada awak.