Assalamualaikum , salam Ramadhan dan salam 1Malaysia …
Aku tertarik dengan artikel bertajuk ‘Dajjal Pendusta Pembinasa Umat Islam’ yang disediakan oleh che ‘Neorul’ aka ‘si Lampu Neon’ diblognya . Selesai membaca , aku teruskan lagi pencarian mencari artikel – artikel yang berkaitan dengannya. Sudah tentu kemunculan Dajjal ada kaitan dengan Hari Kiamat . Selain daripada Dajjal , beberapa lagi perkara akan berlaku . Di antaranya adalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj serta Dabbatul Ard ( makhluk yang berkata -kata ).
Sekiranya hendak dibuat huraian , memang panjanglah entri ini , kerana penjelasan mengenai kemunculan mereka bukan sahaja diterangkan didalam Al-Quran , tetapi juga melalui hadis – hadis serta kitab – kitab seperti Taurat dan Injil. Apabila ianya berkaitan dengan kiamat , hampir semua agama dan kepercayaan di dunia mengaitkannya dengan kemusnahan hebat alam dan kemunculan raksaksa atau makhluk luarbiasa yang akan memporak perandakan bumi .
Yakjuj dan Makjuj atau juga dikenali sebagai Gog dan Magog dikatakan telah dikurung oleh sekumpulan manusia yang di pimpin oleh Iskandar Zulkarnain di antara dua buah gunung dan dibina tembok bagi menghalang mereka daripada keluar. Terdapat pendapat yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj bukanlah setakat dua ekor makhluk tetapi merupakan satu spesies atau bangsa yang hebat , gagah , ganas dan kejam.
Pelbagai persoalan timbul bila berbicara dan berfikir tentang kejadian yang bakal berlaku ini. Artikel demi artikel aku baca dan berikut merupakan beberapa persoalan umum utama :-
1. Bilakah Yakjuj dan Makjuj akan muncul ?
2. Dimanakah letaknya benteng yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain ?
3. Bagaimanakah rupa bentuk mereka?
4. Siapakah Yakjuj dan Makjuj?
pada entri kali ini aku tidak mahu tergesa-gesa untuk menaip atau pun ‘copy’ dan ‘paste’ dari artikel- artikel yang dibaca. Biarlah kita sama – sama membaca dan membuat penilaian dari artikel – artikel tersebut. Mungkin setelah cukup pembacaan dan rujukan yang dibuat , aku akan membuat artikel khas berkaitan.
artikel – artikel berkaitan ( aku google ):-
dan banyak lagi sebenarnya … apa kata kita berkongsi pendapat atau informasi mengenainya.
p/s: seronok untuk membaca dan belajar . Oh ya! bila berbicara soal ilmu , kita perlu bersikap terbuka dan tidak berat sebelah dari pelbagai aspek , terutamanya isu bangsa , agama dan kepercayaan politik…
[…] datang ke blog aku melalui enjin carian mencari benda-benda di atas. Aku senaraikan sebahagian :- 1. Yakjuj dan Makjuj -entri yang disiapkan pada bulan Ramadhan lalu. Adakah ramai yang mencari petanda kiamat? Aku […]
Saya ada membuat sedikit ulasan tentang Yakjuj & Makjuj dan boleh dibaca dipautan berikut: http://termizi-mylife.blogspot.com/2011/01/israel-adalah-yakjuj-makjuj.html
Terima kasih di atas info dan makluman saudara, dan saya telah pun membacanya. Itu adalah pendapat dan hak masing-masing untuk mentafsir… saya menghormati pandangan saudara…