Konflik , konfrontasi atau konspirasi ? itulah yang melanda hubungan Indonesia dan Malaysia ketika ini . Isu kedaulatan Ambalat , tarian pendet , reog ponorogo , kain batik , rendang , tempe , lagu kebangsaan , angklung , keris dan isu jiplakan budaya ( ciplak / tiru ) dijadikan propaganda utama untuk konfrontasi dan demonstrasi. Laungan “Ganyang Malaysia” dan “Ganyang Malingsia”. Jalur Gemilang dibakar dan dipijak . Orang Malaysia diugut untuk meninggalkan Indonesia . PANAS ! itulah situasi kritikal dua buah negara berjiran ini , jika tidak ditangani dengan cekap dan betul , PERANG menjadi pilihan mereka. Kaunter – kaunter pendaftaran sebagai sukarelawan untuk memerangi Malaysia dibuka dan perusuh – perusuh ‘melawat’ Kedutaan Malaysia di sana. Stesyen TV dan Media Cetak di Indonesia mengolah dan merencanakan isu itu dengan penuh drama serta provokasi. Di laman sesawang , kata cacian dan makian menjadi menu utama dan servis bertukar tangan, walhal kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Apa reaksi kita ? Apa yang perlu kita lakukan ? membalas ? bakar bendera mereka ? pergi kedutaan mereka dan merusuh ? menahan semua rakyat Indonesia di jalanan dan ugut mereka untuk keluar dari Malaysia dengan buluh runcing ?.. TIDAK ! itu bukan kita , kita tidak mudah melatah dan kekerasan serta konfrontasi bukan cara kita . Walau pun ada di antara kita yang sudah berjinak – jinak dengan fahaman begitu dek hambatan kepercayaan politik yang menenggelami kepercayaan keharmonian agama.
MEMBENCI ? jangan , kerana itu akan menyuntik lagi semangat nasionalis yang buta dengan alasan perjuangan yang rapuh. Musyawarah itulah langkah untuk menghalusi serta menyelesaikan ideologi “Ganyang” yang berputik seawal 1962 sebelum pembentukan Malaysia . Seolah nyalaan obor benci itu tidak pernah padam , malah semakin hangat membara kerana simbahan konflik remeh yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam suasana harmoni.
Usah biarkan konspirasi memecah – belahkan wilayah serumpun kita . Kolaborasi kita boleh menjadi kuasa hebat di dunia dari segi politik , ekonomi dan sosial .
lagu “Rasa Sayang” juga menjadi isu… di manakah “sayang” itu… ?
Tidak perlu untuk aku mencoretkan semua ‘calar’ yang mengguris hati itu..
baca dan jejaki sumber ini
sumber bacaan-
http://arezeo.blogspot.com – Pro Malaysia
http://www.malingsia.com – Pro Indonesia
dan korek saja di You Tube tentang ” Malingsia ” , ” Mamula Moon ” , ” Lekka Lekka Pinda Pinda ” , “Dari Sabang Sampai Marauke” dan banyak lagi… jika buta hati , pasti terjebak dengan benci.. dan sakit hati. Hati memang terguris dan tersentuh , tapi bukan itu alasan untuk berkelahi.

sumber karikatur – inilah.com
Jangan biarkan diri mudah terhasut dan terpengaruh dengan provokasi.
di Ramadhan yang mulia ini ayuhlah kita bermuhasabah diri .
p/s: ahaks.. cam serius plak.. penulisan ni sebenarnya aku copy jak dari blog CoretConteng aku , yang memang khas untuk penggunaan bahasa Melayu yang lebih serius. Selamat 3 kali 9 ! 09.09.09
Related Posts SliderCerita yang lain ni...
Salam dan selamat bertemu kembali...Setelah hampir lima hari ( termasuk hari ni ) , aku ber'tapa' di rumah. Sakit? ah, itukan biasa... kebelakangan ni 'otak' ligat berfikir dan cuba 'mencetuskan' ...
baca lagi...
AWAL MUHARRAM 1429HAssalamualaikum dan salam Maal Hijrah... salam 5Y8M (ahakz)(sms yang aku dapat , dan aku olah sesikit)"Mari Kita renung sejenak... penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat Airbus / Jet ...
baca lagi...Related posts:


2012 – Bermula 80!
2012: Dua Ribu Dua Belas
Selepas kejadian…
SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam
PINOGKOSUABANAN
Tinggal + Tertimbus
MEMBARA







