Qamar Bani Hashim

Share

Assalamualaikum
tak pasti sama ada sudah terlewat atau tidak , tapi aku nak jugak buat entry tentang drama bersiri Qamar Bani Hashim ( ???-???-???? ) yang disiarkan di Astro Oasis ( channel 106 ) pada jam 6 hingga 7 petang sempena bulan Ramadhan ni. Sementara menunggu waktu berbuka dan Isya’ . aku akan tengok drama arab ni. Sebak dan tersentuh bila melihat perjuangan dan ketulusan para-para sahabat dan pengikut Rasullullah S.A.W. Ya, drama bersiri sepanjang 30 episod ini adalah biografi Nabi Muhammad S.A.W ( ????? ) , dan dikatakan adaptasi daripada Sirah Nabawiyah. ( sila download PDF untuk membaca – Sirah Nabawiyah Versi Bahasa Melayu sumber http://www.syahrulnizam.com)
Jika ada yang megikuti siri ini , pasti rasa hendak menitiskan air mata ketika ada para sahabat dan muslimin yang seolah berbicara pada Rasullullah S.A.W dalam drama berbentuk sejarah ini. Hanya tongkat Rasullullah sahaja yang dilihatkan. Mesej dan tutur baginda disampaikan oleh para sahabat. Beberapa Suara sahabat Rasullullah yang tidak boleh di diwakili / dilakonkan juga dapat kita dengar .Setiap babak dan plot cerita telah dipastikan agar tidak menyeleweng dan berbeza dari fakta sejarah. Kepada yang mahir bahasa arab atau pelajar pelajar sekolah agama bolehlah menjadikan drama ni sebagai landasan untuk mempertajamkan tatabahasa dan nahu bahasa Arab , kalau yang tak mahir , jangan risau… ada sarikata bahasa melayu. Bertambah juga ilmu sejarah kita … dan mengingatkan semula sebelum kita lupa…

Info berkenaan drama epik Qamar Bani Hashim :
Diarahkan oleh Sheikh Mohammed Najib , Skrip oleh Dr.Muhammad Abdul Karim diterbitkan oleh Rangkaian Satelit Sahor daripada Sudan. Drama sejarah bersiri ini memakan belanja lebih kurang 2 juta dollar dan juga melibatkan ramai pelakon drama Arab ( anggaran 210 orang ) antaranya dari Syria : Rashid Assaf , Assad , Bassem Yakhour , Jenny Asper , Nasreen Ali , Reem Al-hakim , dari Lebanon : Mahmoud Said , Ammar Shalak , dari Jordan , Akef , Abd.Al-Karim Qawasmi , Jamal Doba , dari Sudan , Mohammed Makki , Yasser Abdul Latif dan ramai lagi…
Tempoh penggambaran memakan masa selama 100 hari dengan kebanyakan rakaman di lakukan dalam Syria , untuk beberapa rakaman di kawasan lautan , hutan dan pasir beberapa lokasi dipilih seperti Latakia , Palmyra dan Damascus .
Drama ini mula disiarkan pada bulan Ramadhan di Negara – Negara Arab dan pada waktu itu Malaysia ( Astro ) juga dalam proses perbicangan untuk membawa drama ini kepada penonton-penonton di Malaysia.

Rashid Assaf sebagai Hamzah Abdul Mutalib aka Singa Allah “Asadullah”
kalau yang tak ada Astro , haaa… bolehlah tune in ke You Tube… search saja Qamar Bani Hashim…
p/s : sekiranya ada kesilapan fakta dan sumber ,
sila maklumkan utk pembetulan :) terima kasih…
ini lagu yang aku rasa sesuai ntuk didengar sempena ramadhan ni :) tak pasti sama ada ianya memang OST Animasi Saladin atau tidak . Tajuk lagu Adakah Kau Lupa dari Kumpulan Alarm Me


sumber-

 

Related Posts SliderCerita yang lain ni...
Hikmah Ramadhan Di Ambang Merdeka
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia ...Wah , sambut Merdeka di bulan Ramadhan. Terbayang plak pengorbanan para para kontinjen yang menyertai perbarisan untuk kemerdekaan tu.. fuh, tabik ! ada hikmahnya tu... hehehe.Sapa ...
baca lagi...
Hikmah Ramadhan Di Ambang Merdeka

Share

Related posts:

  1. Hikmah Ramadhan Di Ambang Merdeka
12 Responses to Qamar Bani Hashim
  1. Haf Way Raddith
    February 14, 2010 | 2:49 pm

    salam,
    pihak utube daH buang cite qAMAR bani hashim cause diaorang kate ade unsur2 violention!!! so mereka dah reject dram tu
    sekian,
    Hafiy Afwan

  2. BuDakHutaN
    February 14, 2010 | 7:35 pm

    Raddith~ Salam… yup, perkara tersebut telah sedia maklum, apa yang dimaksudkan ialah
    "remove due to terms of violation"

    video siri tersebut telah diupload tanpa mendapat kebenaran penerbit/pengeluar drama bersiri berkenaan. Setelah menerima aduan / laporan daripada pengeluar/syarikat berkenaan maka video siri tersebut dihentikan perkongsiannya di You Tube.

    Ianya soal hakcipta dan karya kreatif yang berlesen. Tidak ada kena mengena dengan unsur sabotaj / irihati / hasad dengki / perkauman / keagamaan…

    usah biarkan hati dibutakan dengan provokasi dan benci…

    wassalam

  3. BuDakHutaN
    February 14, 2010 | 7:37 pm

    oh ya… siaran ulangan masih ada di Astro Oasis…

    usah sokong cetak rompak belilah yang original…

  4. Salahuddin
    May 25, 2010 | 9:20 pm

    weh.. aku nk tau sape pelakon yng langsung tk pkai serban tu.. ibn ape ke ntah… die ngan Zayd mase tu msh searching agama “Ibrahim”.. die ade jambang.. sape nma pelakon tu yer? bleh tolong?

    • budakhutaN
      May 25, 2010 | 10:10 pm

      Wah, Siri yang panjang ni, ada gambarnya? Boleh juga dibantu sekiranya saya ada maklumat mengenainya ~_^

  5. Salahuddin
    May 25, 2010 | 10:27 pm

    errr… mase tu umur Rasulullah dlm 13 kot mase die pgi jumpa paderi tu.. plakon ni berjambang and tk pkai serban. . pastu die ngan zayd tgh bincang nk cari agama “ibrahim” mase tu..

    • budakhutaN
      May 25, 2010 | 10:37 pm

      Maaf, saya sendiri tak punya maklumat lengkap berkenaan kesemua pelakon siri ni. Apa kata Salahudin, search di internet berdasarkan nama berikut
      Rashid Assaf , Assad , Bassem Yakhour , Jenny Asper , Nasreen Ali , Reem Al-hakim, Mahmoud Said , Ammar Shalak, Akef , Abd.Al-Karim Qawasmi , Jamal Doba,Mohammed Makki , Yasser Abdul Latif … lihat di google images untuk setiap satu pelakon tersebut , dan bandingkan dengan wajah pelakon yang awak maksudkan ~_^

  6. Salahuddin
    May 26, 2010 | 9:43 pm

    oh takpelah.. tpi bliau belakon sbgi watak aper ah dlm citer ni? ibn~~~ ntah luper…

  7. Salahuddin
    May 27, 2010 | 3:45 pm

    saya rsa watak yng beliau lakonkan ialah Waraqah bin Naufal.. ketika itu dia dan Zayd bin Amr berbincang di dlm sbuah bilik mencari agama ibrahim

  8. shah
    February 19, 2011 | 5:33 pm

    weh tolong…. bil je download citer ni.. pasword dia x leh buka lak… camner tu’ penat je tunggu download

Leave a Reply

Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2009/09/qamar-bani-hashim.html/trackback

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD