Kalau Aku Tak Ada Aku ?

Adakah hidup aku porak-peranda ?

Masa terus berlalu tanpa berhenti walau sedetik pun dan aku masih tersekat dalam duniaku sendiri. Aku suka menulis dan merancang sesuatu yang berkaitan dengan hidup…tetapi tidak semua terlaksana dengan jayanya dan ada yang langsung tidak dapat dilakukan. Banyak perkara untuk dilakukan , tapi masa begitu terhad kecuali aku gunakan sepenuhnya 24 jam sehari tanpa tidur dan rehat. Malangnya aku bukan robot. Mungkin juga perancangan itu masih belum cukup baik dan aku harus mempertimbangkan semua pembolehubah serta merencanakan semula rancangan yang baru !
Aku tahu aku harus melakukan sesuatu . Aku tidak boleh membiarkan situasi yang mengawal diri tetapi sebaliknya aku yang seharusnya mengawal situasi .
Apa akan terjadi kalau ‘aku’ tak ada ‘aku’ dan ‘aku’ bukan ‘aku ? Aku perlukan ‘aku’ kembali yang telah hilang beberapa tahun yang lalu… Aku tak mahu kehilangan ‘aku’ selamanya. Cukup dan sudahlah dengan apa yang telah terjadi…
—-
Terkasima dengan penggunaan Bahasa Melayu secara penuh dalam penulisan kali ini ? Jangan terkejut kerana Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan budakhutan tidak mahu ketinggalan untuk cuba memperkasakan penggunaan bahasa yang sesuai dan betul untuk entri ini.
p/s: Blog CoretConteng budakhutan adalah dedikasi budakhutan untuk Keterampilan berbahasa Melayu dalam penulisan blog . Di blog tersebut , budakhutan cuba sehabis baik untuk menggunakan Bahasa Melayu yang teratur dan betul . Sekiranya terdapat kesilapan , tegur dan maklumkanlah… tinggalkan pesanan anda.

Facebook comments:

12 Responses to Kalau Aku Tak Ada Aku ?
  1. fathiahRAIHANA
    October 31, 2009 | 6:18 pm

    wah
    boleh jd tokoh bhasa
    nie !
    :) :)

  2. B E L L A
    October 31, 2009 | 6:51 pm

    banyaknya aku..pening2..hehehe

  3. BuDakHutaN
    October 31, 2009 | 11:58 pm

    Fathiah~ ahaks… belum bleh lagi ni… huhuhu…nak kena belajar lagiks ades

  4. BuDakHutaN
    November 1, 2009 | 12:00 am

    Bella~hehehe… aku mengaku… aku memang aku… ahaks… penin ker ? ni mesti sebab iklan 'potong' tu..hahaha

  5. FdausAmad
    November 1, 2009 | 5:24 am

    Salam,

    Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

    selambe..

  6. chokio_nia
    November 1, 2009 | 9:43 am

    1st tym bace bm skema dr ko..haha

  7. Cath J
    November 1, 2009 | 4:08 pm

    Alamak.. tak layak lah aku nak komen… kekekke… bahasa sendiri pun kurenggg… ;-p

    Tapi ada juga beromang bulu tengkuk bila baca.. (Eh.. tu tanda ada tutttttttt….. tu)… ;-p

  8. ??si lampu neon??
    November 5, 2009 | 12:02 pm

    OMG. aku da jatuh cinta da ngan ko ni.
    selame aku bace post ko mesti muke aku berkerut2..*cuba utk paham penggunaan sia..sumandak and all that lah kan*

    tapi aku paham, budaya kita berbeza2, aku suka kelainan. =)

    lalala.

    weh, hidup ni nak senang susah beb.Nak susah senang.
    semua orang kene jadi robot super duper hebat untuk hidup senang lenang unless ko anak raja@ sultan, baru ko leh goyang kaki kot.

    lalalaa..

  9. BuDakHutaN
    November 8, 2009 | 5:37 am

    FdaUS~ Insya Allah selepas selesai beberapa perkara yg perlu diselesaikan..aku akan berkunjung ke sana :)

  10. BuDakHutaN
    November 8, 2009 | 5:37 am

    Chokio~eh..skema kah aku

  11. BuDakHutaN
    November 8, 2009 | 5:38 am

    CathJ~ala… biasa sija pun tu…sia budak baru belajar

  12. BuDakHutaN
    November 8, 2009 | 5:39 am

    Che Neorul~ alamak ..jatuh chenta ? hahaha… la,selama ni ko tak faham la apa yg aku tulis.. huhuhu… yp..kelainan itu menawan…ahaks..

    betool! susah nak senang…senang nak susah…

    lalala…(ikut neorul goyang kaki)

Leave a Reply


Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2009/10/kalau-aku-tak-ada-aku.html/trackback