HARI 1: Ke Kuala Lumpur

Ahaks! aku pun tak pasti mau letak apa di tajuk tu…
Yup, siapa yg follow fesbuk aku sure tau yg aku baru balik dari kursus di Melaka. Secara keseluruhan aku amat suka dengan trip kali ni. Bukannya apa , lama gak tak jejakkan kaki di tempat urang, kelainan dan kepelbagaian tu yang memikat aku. Unik beb…
HARI 1: Ke Kuala Lumpur
yup, bertolak ke KLIA dengan menaiki flight MH69 pada pukul 1215 hari Ahad bebaru ni (uiks..detail plak). Kalau ikutkan tempat duduk aku dekat ngan tingkap, sekali ada dah seorang awek/cik/puan yang duduk kat situ. Malas gak nak tegur atau minta tukar. Tapi dia buat dek la plak, sekurang-kurangnya bolehlah cakap ” i’m sorriiii…” bak kat Amir, Raja Lawak… hahaha… tapi aku tak kesah pun…
Lagu tema drama Jepun – my Boss my hero menjadi lagu pertama penghibur halwa telinga dalam penerbangan tu …”sorafune..lalalalala” semangat tul lagu ni!… sib baik fon dah cas penuh. Dalam penerbangan kali ni, dapat gak sorang kenalan.. En.Jasni … encik yer..bukan Cik …
Sesampainya di KLIA, menunggu plak sorang lagi kawan dari Bintulu . mr.Manggai. Dalam waktu penantian itu..hehehe..aku sempat mentawafkan diri round2 KLIA.
tolong jangan ambil ais krim saya!
hahaha… Siuk juga eh tinguk gelagat orang. Amek-amek gambar. Bila saja brader tu sampai kitaorang bertolak ke Hotel Singgahsana di PJ dihantar oleh En.Fadly lah plak… makaseh En.Fadly.
Fuh.. dalam hotel sempat gak amek gambar view sekitar. Menghadap Hilton dan bleh tengok bangunan PKNS dan laluan LRT. Jam menunjukkan jam 7 lebih malam dan masih terang….
Malamnya plak, jalan ngan Mr.Hashim (kawan sekolah2) ke Old Town Coffee dekat Sunway. Sesi tukar2 stori berlangsung selama 2 jam camtu. 7 ke 8 tahun tak jumpa beb. Tenkiu Mr.Hashim.(gambar perjumpaan ni ada di fesbuk…ahaks)
Balik hotel dalam jam 11 lebih. Rasa ngantuk bangat deh… esoknya nak bertolak ke Melaka dengan naik bas plak…
——————————————————-
ahaks… itu lah secara ringkas kejadian hari pertama…
sesekali berada di luar kawasan ni buat aku tenang dan rasa adventure plak.. hahaha
aku berharap agar aku menang pertandingan flymas.mobi tu..hahaha. so bolehlah aku melancong! ahaks.. kalu dapat dua tiket..sapa nak ikut? angkat tangan…hehehe

8 Responses to HARI 1: Ke Kuala Lumpur

  1. adiza says:

    waa.. bestnya… nice pic..

  2. BuDakHutaN says:

    Adiza~ best jalan2 …siuk eh… ahaks

  3. ??si lampu neon?? says:

    siuk tu ape remy?

    waaaaaaaaa aku suke tol la pic2 ko amik..ade gaya jer. cantik doh view yang malam tu..

    pakcik dgn aiskrem tu..macam nak marah je kalau orang amik eskrem dia..kalau ko amik mesti dia bertukar jado otromen..hehe..*imagine*

  4. BuDakHutaN says:

    Che neorul~ Siuk = Syok … ahaks, kebetulan menarik kot gambar yg aku snap tu… ~_^

    hahaha…betol3x.. tu yg aku snap gambo tu, pck tu mcm takut org len amek eskrim nya, kalu tak jadik otromen mungkin jadik tiungman (kawan keluangman)…hikhikhik

  5. ??si lampu neon?? says:

    sy boleh jadi si …

    sioooook !

    syiooooook!

    hehehe cool 😉

  6. BuDakHutaN says:

    Che Neorul~ siuk eh… hahaha

  7. LORD ZARA ?? says:

    sia demand kau datang jumpa sia next time!

    kalau tak, sia mengamuk~

  8. BuDakHutaN says:

    Zara~ ala jgn mengamuk bah sikgu..hehehe.. bah, next time aa..sia kasi tau juga ni…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!