Jumaat ini aku pergi… Semoga kita bertemu lagi… di lain hari..

Share
Jumaat ini aku pergi… semoga kita bertemu lagi… di lain hari…Benar, hanya kamu yang aku cintai. Kau umpama bidadari, penyeri hidup ini…” sebak untuk terus aku menuturkan bait ayat itu… punat-punat di telefon bimbit yang tadi rancak ku tekan, kini dapat berehat dari digomol jari-jariku… aku mengusap lembut skrin sentuh telefon bimbitku yang tadi tertitis dek air mataku.
Aku menaikkan pandangan, melihat indahnya matahari yang kian terbenam. Langit bertukar warna, tona merah jingga yang semakin kelam, seperti kelamnya jiwaku ini… terbenam… tenggelam dan karam … Aku menarik nafas panjang, sambil mataku pejamkan rapat sambil tanganku meraba bibirku yang sedikit bengkak dan berdarah kerana penumbuk sulung Saif… Sakit… tapi tidak terkalahkan pedih dan robek dihati.
Aku menekan pantas beberapa punat di skrin sesentuh untuk memadam beberapa patah perkataan dari ayat awal tadi… Tak mahu aku mementingkan perasaanku sendiri. Kalau diikutkan bisikan jahat naluri, mahu saja aku terus menerus mengasak Wawa dengan memori cinta kami, semua kenangan manis yang telah kami lalui… tapi, itu hanya akan mengingatkan kembali saat-saat terakhir bilamana Wawa mengucapkan kata benci dan menghalau aku turun dari keretanya, seterusnya kemalangan yang mengakibatkan Wawa kehilangan memori dan cacat anggota…
Jumaat ini aku pergi… semoga kita bertemu lagi… di lain hari…”
hanya itu ayat yang tinggal… Api yang membakar hutan kian marak, bunyi ranting kayu,daun dan rumput yang terbakar jelas kedengaran dari kejauhan. Musim kemarau yang panjang selepas hujan lebat hari itu seolah melambangkan perasaanku. Kering, gersang dan kontang…
Hantar… itulah pilihan yang aku buat. Menghantar mesej pesanan ringkas tadi kepada Wawa. Aku bangun dan mendonggakkan kepala ke langit yang kini gelap. Aku bulatkan tekad. Aku akan pergi…
(bersambung…)
————————————————————————————————-
Empat rentetan kisah dari plot Andainya Ku Tahu sebelum ni…di CoretConteng
————————————————————————————————-

aku… pergi….

 

Related Posts SliderCerita yang lain ni...
Izinkan ku pergi…
~"Saya tak perlukan awak ! Saya tidak mahu awak ganggu hidup saya... Saya dah tak CiNtakan awak lagi...Pergiiii! ", sejurus Wawa melafazkan ayat itu, tangan kirinya sempat menjiruskan air dari ...
baca lagi...
PLUTO pergi jauh…
salam... dan salam...Terkejut , sedih dan sedih... Sekembalinya dari rutin seharian , dan tiba di rumah pada pukul 7.10 malam tadi. Memang ...
baca lagi...
Lama Tidak Bertemu !
7 ke 8 tahun... itulah jumlah masa yang menjarakkan kitaorang selama ni. Akhirnya bertemu jua. Kesibukan dengan rutin harian dan kerja kadang-kadang membuatkan kita tidak punya masa untuk diri sendiri ...
baca lagi...
Selamat Tinggal…
"Mungkin senja hari ini, senja terakhir saya bersama dengan awak..." Amri menahan sebak didadanya. Dia perlu meluahkannya, walau bicara dibibir... tidak seirama dengan lagu dihati..."Am nak pergi mana? pergi jauh?" ...
baca lagi...
SELAMAT HARI JADI WAWA
BIRTHDAY WAWASelamat hari Sabtu kengkawan ( cam dalam rancangan telebesen plak ) . Ahakz , apa pengisian aktiviti hari neh? fuh , kat KK neh pun banyak plak program yang ...
baca lagi...
Izinkan ku pergi…
PLUTO pergi jauh…
Lama Tidak Bertemu !
Selamat Tinggal…
SELAMAT HARI JADI WAWA

Share

Related posts:

  1. Izinkan ku pergi…
  2. PLUTO pergi jauh…
  3. Lama Tidak Bertemu !
  4. Selamat Tinggal…
  5. SELAMAT HARI JADI WAWA
5 Responses to Jumaat ini aku pergi… Semoga kita bertemu lagi… di lain hari..
  1. chokio_nia
    March 24, 2010 | 6:49 pm

    wah..novel.cm suwiitt je..=)

  2. Kniedaz
    March 25, 2010 | 2:59 am

    novel ke? ingat realiti…best

  3. Adry
    March 25, 2010 | 4:33 pm

    uiks… macam kisah benar lak

    Adry @ http://www.adrysabry.com

  4. Cath J
    March 26, 2010 | 4:14 pm

    sedihhh jugak ni…

    o.O

  5. BuDakHutaN
    March 27, 2010 | 4:29 pm

    Chokio~ ahaks… Doa2kan semangat untuk terus menyiapkan cerita ni..hahaha

    Kniedaz~ hehehe… bukan realiti

    Adry~sambil menulis sambil menghayati watak.. utk tulis part ni jak, amek masa dalam 2-3 jam… tulis, padam,tulis,padam… kena betul2 tengok matahari terbenam ^_^

    Cath J~ sebak

Leave a Reply

Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2010/03/jumaat-ini-aku-pergi-semoga-kita-bertemu-lagi-di-lain-hari.html/trackback

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD