“oh…oh…oh balik kampung…oh oh oh balik kampung… hati girang~” pasti semua ingat dan hafal lagu wajib menjelang Syawal. Lagu Balik Kampung, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Lagu Dendang Perantau dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pun tidak kurang hebatnya…. berkesan beb!
Salam Lebaran ~_^ … (kesan bunyi…putaran masa…) Oraits! Satu elemen penting sebelum ber Aidilfitri, yang seronoknya ialah “Balik Kampung” oh yeah!
Tidak kiralah setinggi mana kedudukan, pangkat, pendidikan, kekayaan dan harta atau setinggi mana rumah… Jangan dilupa asal usul dan datangnya kita… Kalau tidak ‘balik’ atau turun sekarang… satu hari nanti kita tetap akan ‘kembali’ ‘turun’ … Ok.. itu mesej untuk mengingatkan diri agar sentiasa tunduk mengikut resmi padi … “resmi padi… makin tunduk makin berisi” … resmi lalang? malang…
Malu balik kampung? Jijik? Meluat ? Kotor? Kurang Serba Serbi? ….
Sebandar-bandar (istilah baru ni…encik DBP sila jangan saman)… ok.. Se’bandar’-‘bandar’ mana pun… kalau hilang jati diri, nilai murni dan semangat persaudaraan serta ukhwah. Memang perasaan di atas tu lah yang menjadi paksi kepada kejadian macam si Tanggang… mulia dan dari keturunan dewa dewi kah?
eh… pesal plak cerita yang tia best time mood Aidilfitri yang membuak-buak ni… hahaha. oraits!
Paling seronok bila balik kampung sebelum menjelangnya Lebaran ialah part gotong royong. Sampai sahaja di rumah nenek, tempat utama yang dituju pastinya dapur nenek. Hotspot ni.. hahaha…Masing-masing terus tangkap kontrak. Buat kuih-muih, mengupas kelapa, parut kelapa, memasak, membikin kolupis,masak lemang dan macam-macam lagi persiapan sebelum Aidilfitri. Riuh rendah gurau senda sanak-saudara yang berkumpul dari jauh dan dekat. Bertukar-tukar cerita dan lawak sambil kesibukan membuat kerja. Penat? oh..tidak terasa langsung…
Pakcik Amat dengan misi lemangnya… Bg Asim jadi pembantu chef…hehehe
yup, yang gadis-gadis pasti tangkap kontrak membuat kuih… sedap owh!
Kerjasama dan persefahaman.. hehehe
Nenek..membersihkan daun pisang, bapa tua ngan Ika mengisi pulut tu ke dalam dalam daun pisang lalu dibungkus elok. Lepas tu Pakcik Resman plak mengikat kolupis2 tu… hehehe
Ni plak kontrak lain lagi… mengadun tepung-tepung
eh..aku wat apa plak? ahaks… bertenggek atas ‘kuda’ jadik koboi? taklah… aku menunggang pemarut kelapa tradisional yang cam bentuk kuda tu… memarut kelapa . Cam kontrak wajib tahunan ni tau… hahaha. Tak kesahlah tugas apa pun. Keseronokan dan kemeriahan kekeluargaan itulah yang kita cari… detik-detik macam ni yang berkesan di hati… entah esok lusa… jika ianya hilang… menyesal tak sudah…
wooots! sungkai aka berbuka puasa beramai-ramai lagi lagilah teramat seronok… masing-masing mengambil posisi masing-masing, tak ada jemputan rasmi atau protokol mahupun karpet merah… menyelit dan duduk sahaja dan nikmati juadah yang tersedia… macam-macam ragam. Waktu2 macam ni gurau senda dan cerita bertukar servis… macam acara pantun plak… sambil mulut mengunyah makanan… hahaha… kalau mau nakal sket, cuit jak mama tua… apa lagi.. melatah lah beliau… ahaks…
Selesai sungkai? setelah selesai apa-apa yang patut… misi-misi yang belum selesai diteruskan dengan jayanya. Kan siuk tu… penat? eh… tiadalah
pelan pelan yo ~
setelah selesai misi… acara seterusnya ialah meneruskan sesi bertukar cerita dan bergurau senda… al-maklumlah, kesempatan macam ni bukan selalu dapat. Berkumpul sesama. pasti hangat jadinya. ala… bukan mengumpatlah… tapi perkembangan terkini dan isu2 yang menarik… Berhimpun di beranda depan rumah nenek sambil diterangi cahaya ‘jujul’ aka lampu pelita… fuh…amat seronok… adegan bercerita ni boleh bersambung sehingga ke jam 3 – 4 pagi.. .fuiyo…
kat depan rumah, cucu dan anak jiran yang dihadapan … galak bermain mercun dan bunga api. Bunyi mercun silih berganti… dum dam dum dam. aish…siuk eh! suasana yang betul betul hau liau… hahaha…
si Nuha plak men gak bunga api kat depan rumah tu… sambil berstory cerita dan gelak tawa. Hiburan diselitkan dengan sinaran bunga api yang warna warni dan letupan mercun yang super duper.. kabooooom! eh..tahun ni tak ada meriam buluh lah? hahaha…tahun depan bleh?
~Aku Sayang Keluarga Aku~
p/s: panjang plak entry bergambar kali ni… next entry sure pasal 1 Syawal …hehehe. Cuti lagi jom! isk.. tetiba plak tercium bau minyak tanah… siapa pasang jujul ni…~_^