Tenggelam ?

Salam dunia ! Salam di hujung tahun !

Wow! tenggelam dalam banyak hal dan perkara. Tenggelam dek masalah dan bencana yang menimpa. Tenggelam kerana ada sahaja yang tak kena. Tenggelam… karam dalam lautan cubaan dunia. Tenggelam dan timbul, tapi masih belum LEMAS atau lebih tepat mati lemas.

Banyak dan ramai yang tertinggal, ditinggalkan dan tertinggal. Terkorban? setakat ini belum ada. Alhamdulillah.

Dalam entri ‘hidup semula’ ni, ayat mungkin agak skema dan melampaui naluri kelelakian…( burung gagak berbunyi ) Aiseh, salah maksud plak karang… Maksud aku di situ, ayat berterabur hasil tembakan padu terus dari otak yang ligat mencerna berjuta kosa kata untuk menyampaikan isu dan cerita sekaligus… hangus! Ini akibat lama tidak mengetuk papan kekunci untuk mengisi blog ini dan blog2 lain… Cik keyboard, bersedia untuk dinoda dengan lebih rakus selepas ini.

Malam ini pasukan Malaysia akan menentang pasukan Indonesia utk Final pusingan ke2 Piala AFF- Suzuki 2010. Ramalan? Pasukan Harimau Malaysia …err… kalau guna Harimau Malaya, cam ada yang tak kena la beb, walaupun mungkin tak ada kelibat Sabahan / Sarawakian jadik bintang utama… Istilah Harimau Malaysia lagi bersifat 1 Malaysia. Tak sabar nak tengok keghairahan penyokong Indonesia dengan pancaran laser super beam ala2 Maskman atau Power Rangers… tengok jom! kalau Malaysia menang, PM akan umum cuti 2 hari… hahaha… AMIN

untuk ringkasan- seronok untuk kembali.

2011 ~ pasti akan menjadi tahun yang lebih bermakna dan bersejarah untuk aku, dia dan kamu… Insya Allah

Mati hidup semula… itu perasaan aku.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!