PANDANGAN

bh-daun-dimakan-ulat

Buruk ! Tidak cantik… Hodoh dan tidak sempurna… kurang sifat! Bodoh dan jahil ! Celaka ! Tembirang… ganas! Pentingkan diri sendiri… Pemalas! itulah pandangan atau andaian yang selalunya pantas menerpa ke fikiran orang-orang yang punya ‘kebaikan’ diri tahap langit ketujuh apabila bertemu atau berdepan dengan mereka yang belum cukup seinci pun dikenali. Benar… kadangkala ‘tuduhan’ melulu itu mengena. Benar itu pandangan kamu… siapa peduli?! Mencerca… fitnah dan berprasangka… menyulam kata nista dan memperlekehkan orang lain… oh ya… terlupa… kerana mereka punya hierarki tinggi, darjat tinggi, sekolah…eh… universiti tinggi, banyak betul ilmu yang dipelajari di tahap tertinggi… lagi?

jalan olah diawangan dan bertongkatkan langit… dagu naik ke awan… hidup kembang kuncup… oh ya… belajar mereka itu tinggi-tinggi, sampai bocor atap… tegur sikit sentap, orang bijak pandai…mana ada salah silap… semuanya pasti mantap… eh ..itu kan juga pandangan merangkap andaian serkap jarang… kurang?

belum datang payah pada mereka… belum hadir sukar dalam kamus mereka… belum tiba sengsara di kehidupan mereka… oh ya… mereka orang ‘dewa-dewa’ jatuh dari kayangan… yang layaknya hidup di ‘syurga’ , kenapa perlu payah, susah, sukar dan sengsara… ada pacal – pacal yang boleh menanggung beban… mereka hanya perlu menunggu buah jatuh melata… lalu dipersembah katakan sahaja itu lelah mereka… eh.. kata aku, “galas di atas pundak empunya jasad” …

bh-murung-1

Pandangan itu tidak akan berubah kalau hanya baring dan setempat dari tempat yang tinggi ataupun rendah. Yang tinggi dan rendah bukan penentu akhlak mulia. Yang tinggi tak semestinya jahat dan yang rendah tak semestinya cacat… pandangan itu kekal jika hanya emosi tak terkawal menjadi bekal… hipotesis awal walhal baru seperenggan dari kitab tebal… eh.. sudah barangkali mereka melihat loh mahfuz…

bh-murung-2

Mentafsir selirat sikap sudahnya pasti berkecamuk… harap saja tidak mengamuk walau ada gigitan nyamuk…

hidup orang lain usah dianggap enteng semudah mengerumukkan kertas yang diconteng.. kerana dua kali pandang, kamu, mereka, dia, kau dan aku… kita semua insan biasa…

aah… otak sarat dengan pintalan ayat dan rangkaian cerita yang yang perlu dinyahkod…  dunia ‘inception’

p/s : ada lagi selepas tsunami…? bukan di pertengahan…mungkin hujung…

2 Responses to PANDANGAN

  1. diela says:

    mnusia zhirnya mmberi pndangan melalui apa yg dilihat dan apa yg dfikir..tp xpnah mmberi pndangan melalui apa yg drsai oleh hati sendri..hurm…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!