Salam Rabu di malam yang gelap. Detik akhir menuju ke tengah malam, sebelum gelincir ke awal pagi hari Khamis. Apa khabar warga dunia? Tentu ada yang sudah berada di atas tilam empuk dan berselimut sambil meneroka dunia mimpi indah…. Hari ini aku taip catatan pendek. Suntuk.
Aku rindu pada langit malam yang punya bintang-bintang. Seronok berbaring dan menatap bintang-bintang dalam gelap malam.
Sunyi itu indah. Senyap itu menarik. Gelap itu menawan. Malam itu menyeronokkan.