Halatuju?

Terbengkalai? Itulah yang terjadi kepada semua blog yang diternak. Jujur? Aku sendiri tidak pasti adakah disebabkan oleh kekangan masa atau semangat yang kurang membara. Tapi apa yang pasti, sesuatu harus dilakukan. ‘Mental block’ / ‘writer’s block’ ini tidak boleh dilayan. Cukup. Halatuju serta visi dan misi blog ‘budakhutan[dot]com’ ini aku kemaskini dan perhalusi.

Blog ini semakin kurang pengisiannya. Sampai tahap berbulan tanpa sebarang catatan. Bersawang! Pembaharuan? Aku cuba untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul dengan lebih kerap. Aku berharap  cikgu Bahasa Melayu aku sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah dahulu rasa tidak sia-sia mengajar aku. Sebelum ini aku gunakan blog coretconteng.blogspot.com sebagai medium berblog dengan penggunaan bahasa jiwa bangsa. Selepas ini, blog tersebut akan lebih fokus kepada karya kreatif dengan gaya penulisan yang lebih santai dan ringan. Manakala blog budakhutan ini akan mengambil alih tugas belajar Bahasa Melayu dengan baik. Insya Allah.

Contoh paparan di coretconteng.

Selain itu, kekerapan penulisan dan pengisian di blog ini akan ditambah. Contohnya, pada setiap hari Jumaat adalah hari untuk menyiarkan foto yang diambil oleh aku sendiri. Foto terbaik untuk minggu tersebut dari koleksi foto yang aku muat naik di “Budakhutan’s Photoblog” . Satu lagi blog dari aku dengan tema blog foto.

Contoh foto di “budakhutan’s photoblog”-tajuk-Finding Innerself

Sebagai permulaan akan ada pengisian pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Bagaimana pula dengan hari yang lain? Slot Sabtu atau Ahad akan dikemaskini sekiranya ada ruang dan kesempatan. Blog akan mengalami transformasi dengan halatuju baru.

Bukan setakat blog yang perlu mengalami perubahan. Hidup juga harus berubah. Rutin, sikap dan setiap masalah harus disusun semula. Tanggungjawab dan peranan akan bertambah.

Aku kini mengejar klimaks dan mencari konklusi.

nota: Aku juga ada blog yang lain. Salah satu daripadanya ialah blog berbahasa inggeris  “A Journey To The Green World“. Tujuan? Memperbaiki penguasaan bahasa tersebut.

Contoh pengisian di blog

“A Journey To The Green World” – tajuk post – Breastfeeding

 

2 Responses to Halatuju?

  1. nice, dont stop and keep writing ya ! i admire your writing.saya pun tak tahu awk ada banyakkkkkkkkkkk blog sampai macam ni sekali T__T ! take care papahutan & mamahutan = )

    • budakhutaN says:

      Cikgu Lampu~ Dahulu semangat berkobar-kobar diwaktu 24 jam terasa seperti seminggu. Sekarang 24 jam terasa seperti 6 jam… hehehe. Menunggu anakhutan ~_^
      terima kasih cikgu.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!