Ramadhan 2011

Alhamdulillah… Hari ini Jumaat ke dua di bulan Ramadhan. Hari yang ke dua belas Ramadhan 1432H. Menghampiri pertengahan bulan yang penuh dengan keberkatan dan mulia yang bakal disusuli Syawal. Syukur, aku… kau, dia, mereka dan kita semua masih bernafas udara yang sama serta berpijak di bumi indah ciptaan yang maha Esa… (sambil tangan menadah kesyukuran, lalu ditekapkan ke muka).

Wah!  Kembali menaip di blog yang tertinggal selama beberapa minggu.. (ada misi lain). Pastinya beza… memang berbeza (macam iklan lah plak). Ramadhan 2011 kali ini berbeza daripada yang sebelum-sebelumnya… Ramadhan 1432H ini aku berpuasa dengan pangkat sebagai seorang suami. Sahur dan sungkai (berbuka) terjaga dan sentiasa bertemankan orang tersayang yang tengah sarat mengandung. Insya Allah, dengan izin dan rahmat Allah, Ramadhan 1433H depan, kami akan berpuasa dengan gelaran bar sebagai seorang ayah dan ibu… Aminnnnn. (perasaan gembira dan riang tak terkata).

Jam sudah pukul 5 pagi, sahur tadi pada pukul 4 pagi… Azan Subuh baru berkumandang beberapa minit yang lalu. Wajib menunaikan solat fardu Subuh dahulu. Banyak lagi yang mahu dicoret dan dititipkan disini, tapi nanti sahaja aku titipkan lagi kata-kata yang terbuku di hati (ewah…. ).

bah! Selamat berpuasa semua. Aku dah balik di blog ni weih!… hahaha

2 Responses to Ramadhan 2011

  1. bain says:

    Salam Ramadhan dan salam Jumaat bro. Moga² yg terbaik di bulan Ramadhan yg mulia ini dan juga bulan² seterusnya, amin…….

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!