ADAM

Tak dapat tahanlah bang… Balik-balik sudah buang air kecil ni“…Aku yang baru bangun awal pagi itu terkejut dengan ‘berita’ dari isteriku.
Ada rasa sakit?” kekhilafan aku membuatkan aku melontarkan soalan yang serba tak kena itu.
Tidak juga rasa sakit… cuma tidak dapat tahan air tu mau keluar saja” adu isteriku.
Air ketuban kali tu kan?” sekali lagi aku bertanyakan soalan yang aku sendiri tidak pasti.
Mungkin… Air ketuban tu macam mana?” orang yang ku sayang memberikan soalan dalam senyuman.

Khabar itu dimaklumkan kepada mertuaku dan aku juga menghubungi bondaku. Kebetulan hari tersebut merupakan temujanji minggu yang ke 36 di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Luyang. Genap 9 bulan. Jawapan yang sama diterima daripada kedua ibu kami. “Pergi ke klinik sekarang!“.

Aku sempat mengkacakkan diri selepas mandi pagi itu. Isteri kelihatan tenang dan soalan yang asyik aku kemukakan mengalahkan soalan ‘who want’s to be a millionaire?’… “Sayang… sakit kah?“… jawapannya tetap sama. “Tidak bang…” Kami terus ke klinik Luyang. Aku sempat meng-SMS rakan (Awang) untuk mereloadkan RM30 ke telefon bimbitku. Advance reload… bayar kemudian. Dengan perniagaan reload- mereloadnya dapat menjimatkan masa aku daripada perlu tergesa-gesa untuk mencari kedai. Baki sebelum top-up amat kritikal RM 0.50. Oleh itu terima kasih Awang.

Kembali ke babak asal.

Setibanya di Klinik Kesihatan Luyang, mertuaku dan biniku turun dahulu di pintu utama. Aku terpaksa berpusing untuk mencari tempat letak kenderaan. Hampa… semua tempat letak kenderaan dalam kawasan klinik penuh. Terpaksa keluar dari kawasan klinik dan parking sahaja di tebing jalan… ya… atas tebing jalan, bukan di jalan raya. Kemudian aku bergegas ke klinik. Isteriku di bawa oleh Jururawat yang bertugas pada waktu itu ke sebuah bilik pemerhatian. Doktor kemudian bergegas ke bilik itu. Sebuah peralatan mengimbas mudah alih turut di bawa ke bilik itu.

Dup dap…dup dap…dup dap” itu bunyi jantungku waktu itu agaknya.

Encik… ada bawa kain sarung isteri encik tak?” Jururawat itu keluar dari bilik dan bertanyakan soalan itu padaku.

Ada… di kereta. Sekejap” aku terus berlari keluar menuju ke Kelisaku yang diparking di luar kawasan hospital… jauh! Apabila sampai ke keretaku aku terus hidupkan enjin dan membawa kereta ke dalam kawasan klinik. Aku terus meletakkan kenderaan di belakang sebuah kenderaan lain.

Encik, tak boleh halang kenderaan lain!” seorang pengawal berteriak sambil meniup wisel.

“Kecemasan!” aku terus masuk ke dalam klinik sambil membawa beg yang berisi pakaian keperluan semasa berada di hospital. Beg itu telah disiapkan beberapa hari sebelum itu. Aku tahu yang dia mengekori aku dari belakang dengan muka yang tak puas hati.

Setibanya di bilik itu, aku dimaklumkan yang isteriku akan dibawa ke Hospital Likas dengan menggunakan Ambulans.

Encik… boleh bagi no telefon?” tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. Mungkin salah orang, aku bukan artis!

Aku berpaling dan pengawal yang berseragam putih tadi dengan muka serius menghulurkan pen dan kertas.

Supaya senang dihubungi jika perlu” katanya… tanpa banyak soal aku berikan no telefon aku. Kemudian dia pun berlalu pergi.

Isteri aku diusung keluar dari bilik itu untuk dibawa menaiki ambulan. Mertuaku menemankan isteriku di dalam ambulans. Aku pula bergegas ke keretaku. Kebetulan, kakak iparku dan adik suaminya tiba. Mereka terus masuk ke keretaku selepas aku memaklumkan yang isteriku akan dibawa ke Hospital Likas. Sebelum keluar dari kawasan klinik aku sempat mengucapkan terima kasih kepada pengawal yang bertugas. Kelisaku memecut laju ke Hospital Likas… pecutan yang selamat. Bukan ala-ala Daytona atau F1.

Di Hospital Likas, isteriku di bawa ke bilik penilaian di tingkat 2, sebelum mendapat ‘green light’ untuk bersalin. Ramai para bapa serta ahli keluarga yang lain menunggu di ruang legar. Masing-masing berdebar menanti perkhabaran dari dalam bilik itu. Ibu dan bapaku juga telah tiba lalu disusuli oleh ayah mertuaku. Kami menunggu perkhabaran dari dalam. Dalam sejam kemudian, isteriku dipindahkan ke dalam wad, menunggu pembedahan yang akan dilakukan pada pukul 2.30 petang. Pembedahan perlu dilakukan kerana posisi bayi songsang. Mujur tinggal sejam sahaja lagi sebelum waktu melawat (12.30 tgh hari – 2 petang) . Waktu yang dibenarkan untuk ahli keluarga melawat ke dalam wad. Aku dan lain-lain ahli keluarga melawat isteriku. Memberikan kata-kata semangan dan perangsang.

Sayang… sakit kah?” terlontar lagi soalan itu dari mulut aku… isk!

Selesai sesi lawatan, kami menunggu lagi. Setengah jam kemudian, isteriku di usung keluar memasuki Dewan Bedah (Dewan Bersalin).

Aku sempat mengenggam tangan isteriku dan mengenyitkan mata padanya. … “Saya sayang awak… saranghae

 

Episod penantian saat demi saat amat mendebarkan… amat mendebarkan!

Alhamdulillah… Tanggal 12hb Oktober 2011, lebih kurang pukul 3.11 petang,

cahaya mata kami yang pertama telah selamat dilahirkan.

Seorang anak lelaki dengan berat 2.7 kg.

Syukur ke hadrat ilahi…

Terima kasih kepada Doktor dan Jururawat yang bertugas kerana melakukan tugas dengan penuh cemerlang!

p/s: Cerita diringkaskan dan diberi pengubahsuaian dari segi bahasa yang mudah difahami ~_^

p/s 2:  Kembali!

2 Responses to ADAM

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!