SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam

MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!

Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).

OPSYEN

Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.

Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:

[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.

[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.

[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.

[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.

manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.

OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan

– Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred

[1] IJAZAH

[2] DIPLOMA

[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)

Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .

GAJI

Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.

Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.

DASAR PEMISAH : EXIT POLICY

Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.

Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.

Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.

Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!

JAMINAN

Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.

ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 

[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.

[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.

[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.

[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011

[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)

[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)

[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)

[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)

PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT

Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :

[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi

[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam

[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda

[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang

[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA

[SPP  Bil.11/2011] – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam Perkhidmatan Awam

[Soalan-soalan lazim (FAQ) SBPA]

KATA AKU

Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.

p/s: BANTUAN RM500

Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?

RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?

bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…

Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…

peraturannya sangat mudah…

Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…

wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)

TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)

Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 – RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 – RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^

TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

Muka 1 dari11

224 Responses to SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam

  1. waverey says:

    hahhaha aku pun sebenarnya ok ja dengan apa skim pn….
    bukan ckp kita ni x ada pendapat sendiri… tapi kalau bagi aku, kerajaan buat ni semua pn utk kebaikan kita… x kn mau kasi mati penjawat awam kerana kita la kerajaan sekarang ni hidup…
    siapa yg rasa x best, bgs berenti ja bagi peluang yang lain utk keja…
    kita buat perhimpunan ka petisyen ka, susahkan diri ja…
    kan kerajaan sd ckp akan di perhalusi dan dipertingkatkan dari masa ke semasa…
    so sabar ja la…
    ok jg tu nanti…
    pasal gaji pula, mmg la rasa naik x banyak, tapi its better than nothing… sabar ja la… ni pn kira ok juga sd ni… aku gaji kecil ja, tp ok la ada increment…
    apapn ni pendapat aku… jz pendapat…
    hahahha…. aku setuju bah eimer… hhahah salam

    • budakhutaN says:

      kebanyakan yang tak puas hati disebabkan oleh tak ada kelebihan / kebanyakan imbuhan dari orang lain…

      • siti says:

        saudara budakhutan…

        saya setuju dgn saudara… tapi…
        sampai sekarang sy x tahu macam mana nak kira gaji saya.. huhuhu… masih x faham… sekarang saya berjawatan N27, P1T16… minta tolong kira sat…
        tq

        • budakhutaN says:

          Siti~ Salam SBPA.
          N27, P1T16~ RM 2202.80
          untuk pemindahan matagaji dari SSM ke SBPA, satu pergerakan gaji pada gred SSM sekarang akan diberi :
          P1T16 (RM 2202.80) ke P1T17 (RM 2269.35)…
          Satu lagi pemindahan mengikut matagaji terhampir dalam skim SBPA, yang terhampir ialah T7 (RM2280)
          maka T7 RM 2280 merupakan gaji Siti pada skim SBPA untuk 1hb Januari 2012.
          Apabila dirujuk kepada sifir pemindahan matagaji, PGT (Pergerakan Gaji Tahunan) dibawah SBPA ialah bulan Januari,
          maka Siti akan menerima pergerakan gaji tahunan untuk 2012 dari T7 ke T8
          selepas pergerakan gaji tahunan, Siti akan mendapat T8 (RM 2425)
          diharap penjelasan saya boleh difahami.

          • Man says:

            Salam
            Saya rasa ada sedikit pembetulan.
            Selepas pemindahan gaji daripada JGM (lama) kepada JGS (baru), iaitu RM2280 perlu ditolak dengan RM2269.35 untuk lihat bezanya iaitu RM10.65. Beza ini adalah kurang daripada kenaikan gaji tahunan di gred gaji asal JGM iaitu RM66.55, maka satu pergerakan gaji di JGS akan diberikan. Tarikh pergerakan gaji (TPG) bagi mereka yang telah diberikan satu pergerakan gaji di gred gaji JGS semasa pemindahan gaji adalah pada bulan Jan. Bagi mereka yang tidak diberikan satu pergerakan gaji semasa pemindahan gaji, TPG mereka adalah mengikut TPG asal di JGM. contoh sebelum ini, TPG ‘Mat’ adalah bulan Okt, maka pada Okt ini gaji ‘Mat’ akan dinaikan lagi.

          • budakhutaN says:

            Man~ Salam SBPA, maaf jika kenyataan saya sebelum ini silap. tetapi Pemindahan Gaji tersebut saya rujuk melalui Sifir Pemindahan Gaji Lampiran C. Mungkin khilaf saya.

          • siti says:

            terima kasih budakhutan….

            pertambahan gaji hanya RM11…. tarikh pergerakn gaji saya (lama) pada bulan oktober… adakah pada bulan oktober baru saya dapat tangga gaji baru atau bermula pada januari 2012?

          • budakhutaN says:

            Siti ~ RM11 ?
            SSM – N27, P1T16 = RM 2202.80
            SSM ke SBPA ( 1.1.2012) N 3-1 , T7 = RM 2280.00
            Pergerakan Gaji Tahunan SBPA – (Januari )dari T7 ke T8 = RM 2425

            Jumlah kenaikan : RM 2425.00 – RM 2202.80 = RM 222.20

          • siti says:

            dan 1 lagi saya tak faham… sya kelulusan diploma dan kelayakan untuk jawatan sekarang juga diploma… tapi kenapa di letakkan di bawah kelayakan STPM dengan gred 3-1…. musykil sangat…

          • budakhutaN says:

            Siti ~ Jika Siti ada merujuk kepada syarat-syarat pelantikan untuk Skim N3-1, terdapat klausa yang menyatakan :
            1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
            (a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred N3-1: T1); atau
            (b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred N3-1: T1); atau
            (c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred N3-1: T2).

            maka dapat dilihat, perbezaan pelantikan mengikut kelulusan adalah kedudukan mata gaji mereka yang berkelulusan Diploma akan lebih tinggi berbanding yang mempunyai STPM.

          • siti says:

            terima kasih budakhutan…

            tetapi kenapa gred 29 diletakkan di bawah kelayakan diploma…. adakah diploma tertentu sahaja yang diiktiraf sebagai “diploma” dengan gred SBPA bermula 2-1 dan seterusnya…gred dan ada diploma tertentu pula yang bertaraf STPM dengan pertambahan 1 tangga gaji sahaja tetapi masih berkongsi gred dengan STPM iaitu 3-1….

          • budakhutaN says:

            Siti~ Saya faham kerisauan saudari. JPA tidak menurunkan mana-mana taraf diploma, cuma penyelarasan beberapa kelayakan masuk ke skim perkhidmatan di bawah SBPA selepas 1.1.2012 dirombak semula. Kelebihan mereka yang memiliki diploma ialah perbezaan tangga gaji yang dinikmati lebih tinggi daripada mereka yang masuk dengan kelayakan STPM. Sekiranya Gred dan pangkat menjadi ukuran, peluang masih ada untuk meningkatkan tahap akademik ke peringkat tertinggi seperti Ijazah, kemudian mohon semula untuk menjawat jawatan lebih tinggi yang sesuai.

          • siti says:

            tq budakhutan….

            risau sikit jer…. anyway.. tqvm sebab bagi penerangan yang jelas ni… insyaallah ada rezeki saya akan cuba pohon jawatan baru yang lebih tinggi sebab saya baru dapat ijazah ja… amin…

  2. Budak Sabah says:

    aku pun sokong SBPA ni. bayangkan ada penjawat awam skrg ni yang langsung tak tau buat kerja nak harap rakan sekerja cover saja selalu, padahal gred dan gaji sama saja. Takkan nak biar penjawat-penjawat awam macam ni kekal dalam goverment sampai pencen??? menyusahkan jabatan dan terutamanya menyusahkan rakan sekerja asyik2 nak cover kerja yang dia patut buat.

    Harap2 dengan adanya SBPA ni, penjawat awam yang aku sebut tu kena EXIT POLICY. Memang tak layak pun bekerja dalam government, membazir duit rakyat. baik bagi jawatan tu kat orang lain yang LEBIH BAIK dari dia. Taklah menyusahkan aku, asyik2 bila dia takleh buat, aku yang kena cover, dahlah aku pun ada kerja aku sendiri. pastu dia pi duduk kat cubicle tengok youtube lah pi meja PT bergosip la. Harap2 ko kena EXIT POLICY.

    AKU SUKA SBPA SEBAB ADA EXIT POLICY. BUANG MEREKA YANG TAK PERFORM DAN MENYUSAHKAN ORANG.

    Bagi aku, kalau mereka2 yang pernah kerja swasta dulu, takda masalah dengan SBPA ni.

    aku tak paham dengan sebilangan penjawat awam, gaji dah naik, nak komplen pulak.

    Tapi aku setuju part JPA ni yang macam terburu2 nak suruh sign sbpa ni, best practice seblm sign tu bagilah bbrpa bulan ke, utk memahami skim ni.

    • budakhutaN says:

      Budak Sabah~ ya bah… malar mengular dan mengambil kesempatan. Buat baik kan senang. hehehe

    • silya says:

      Saya setuju sangat. bagi orang yg dah pernah kerja swasta dah tak kisah sebab kalo kat private sector, gaji / bonus ikut performance. walaupun , saya juga PA, kdg2x tgok segelintir PA hanya sibuk nak naik gaji tapi kedekut waktu. x boleh lebeh kurang waktu kerja. belum lagi kes curi tulang. memang bagus SBPA wujud, cuma yg pemalas jer rasa terkejut

      • budakhutaN says:

        Silya~ Kedekut waktu… betul. Sangat ramai yang berkira, tapi tidak terikir tentang masa bekerja yang dibuang dengan ‘lepaking’, ‘umpating’, ‘minum dan makan’… biarlah berlebih… Kerja ikhlas…pahala dapat.

  3. berry puteh says:

    Penjelasan yang cukup ringkas, padat dan mudah difahami….syabassss!!!

    aku setuju sgt apa yg ko tulis nie…mmg ptt pun PA yg bermasalah dibuang jer dr kerja kerajaan….patutnye dh lama kerajaan buat sistem nie….apa2 pun tahniah kpd kerajaan diatas usaha murni utk penambahbaikan yang cukup berkesan….kalau ikutkan gaji…smua skim tk cukup…tp sbg PA kita kena bersyukur dan berpikir…kalau nk kaya jgn kerja kerajaan….krn kerja kerajaan adalah untuk keselesaan dr semua segi….so PA tk yahlah nk menunjuk2 atau berlawan kekayaan anda dengan pekerjaan lain (swasta/business)….bersyukurlah dengan nikmat yg diberikan oleh Allah swt,, jika dibezakan dgn org lain….amin…

  4. wmwi says:

    Salam Bro,
    Saya masih keliru cara pengiraan gaji, tolong jelaskan-
    gred 48
    gaji pokok 2011 rm5370
    tarikh kenaikan gaji 1 jan
    jumlah kenaikan semasa rm203
    jumlah kenaikan spba rm270

    • budakhutaN says:

      Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
      Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
      seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
      [jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 – RM 5568.40 = RM 711.6]
      [kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 – RM 6010 = RM270]
      Tuan sangat beruntung. ~_^

  5. cujen says:

    nice post!!!

    setuju sangat pasrt bantuan 500 tu..kalau dah tak layak tak payah la nak mintak..bagi la kat mereka yang memerlukan…

    comel la grafik kat atas tu..

  6. guruKPLI says:

    PA yg mmg dr SSM mmg untung bwh SBPA.tp bg skim guru KPLI lantikan baru ada pihak yg rugi bila gred diselaraskan.dulu guru KPLI yg berijazah asalnya (sebelum amik KPLI)adalah akaun/law/engineering/arkitek/medic (tp off course medic x amik KPLI ..kan) akan dpt gaji mulai range dr P1T6 (engineering) hingga P1T12 (accounting dan ahli MIA) sdgkan pemegang ijazah lain dan keluaran maktab/IPTA mula dr P1t4.skrg smua selaras ke T2.dgn penyelarasan ini hasrat kerajaan utk menarik lebih ramai profesional menyertai bidang perguruan melalui KPLI tidak akan tercapai.tapi bak kata org..kena bersyukur…maka bersyukur lah wpun….banyak lari nya tu.hmm

    • budakhutaN says:

      guruKPLI~ pendapat saya, KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)- Juga sama seperti pemegang ijazah keluaran maktab / IPTA, bezanya mereka yang KPLI memohon untuk mengikuti KPLI selepas mendapat Ijazah didalam bidang bukan perguruan. Antara sebabnya? Peluang di bidang perguruan itu sendiri lebih CERAH atau tidak punya nasib di sektor yang diidam-idamkan (engineer/akaun/law/arkite dan sewaktu dengannya). Mereka yang memang mengambil Ijazah dalam bidang pendidikan di maktab / IPTA tidak mendapat ELAUN setinggi / tidak dapat langsung sewaktu menjalani pengajian di maktab/IPTA. Berbanding dengan KPLI.
      Sekiranya berpengalaman sebagai seorang (akauntan / lawyer / Jurutera / arkitek dan sebagainya ) eloknya lupakan KPLI fokuskan kepada bidang pengajian di peringkat tertinggi, seperti pensyarah / profesor di universiti. Sudah pasti, upah yang diterima setimpal. ~_^

    • silya says:

      saya sangat x setuju bile gaji guru kpli yg ada degree perakaunan P1T10. pada saya , kalo nak dapat gaji macam tu mesti lah setimpal dengan kelulusan.kalo setakat pointer 2.2 – 2.7 dapat macam tu, macam rasa x layak jer. begitu juga dengan degree pro yg lain. saya pun cg kpli gak. Tapi apa pun cikgu KPLI kene bersyukur sebab terpilih menjadi guru. jgan kedekutttt dan ikhlas berkhidmat.

      • budakhutaN says:

        Silya~ Memang benar ramai pemegang Ijazah, tapi tahap kelulusan sebenarnya dibawah paras yang baik…setakat lebih sikit dari 2.0 , tapi lagak seolah punya Ijazah tahap super. Ramai dapat ijazah tapi tak pasti jika punya ‘Ijazah’ batin dan rohani yang elok.

  7. rikashi says:

    Tq u.rasanya sesapa baca pun leh phm.
    sbpa ni ok gak.cuma biasala mestilah ada yg rasa tak best sket.
    mcm sy ada rasa jeles sket kat junior.tapi takpela dah rezeki diaorg kan.mungkin diaorg rajin berdoa dan solat dhuha kut….
    Alhamdulilah utk i merasa gak naik gaji…

  8. rduan says:

    saya rasa bgui la exit polisi tu sbb mmg ada kes2 kat tmpt keja aku ada yg masalag dri segi mental tpi tetap dtg keja dan ada yg selalu x dtg bertugas tanpa sebab . org yg mcm ni patut dihentikan untuk kebaikan semua.tq

    • budakhutaN says:

      Rduan~ mental dan tak datang bertugas tanpa sebab yang munasabah; Perlu siasatan menyeluruh dan tindakan yang bersesuaian selepas pertimbangan dan penilaian.

  9. k niza says:

    tq bdakutan…tp xmcm bdk utan pun..

  10. omar jais says:

    Apa perlu untk berkerja sampai umur 60th?…mata berayer hari2 main komputer.Kbanyakaan pgawai2 krajaan yg ditinjau jlas ta ada masa untuk ke Masjid,atas faktor leteh dll [negative],cuba bayangkan umur RasulAllah semasa baginda wafat iaitu 63th..kalu bsara ktika 60th,kita cuma ada masa 3th sahaja nak berjinak2 dgn masjid,apa ini cukup?..tpok dada tanya selera anda!

    • budakhutaN says:

      Omar~ Soalan menarik… Kenapa tidak sampai 60 tahun? Kenapa perlu main komputer sehingga mata berair ? Kenapa tidak menunaikan solat dan kewajipan sebagai seorang muslim? Kenapa jadikan kerja sebagai alasan? Takkan nak tunggu dekat nak nazak baru mahu beramal. Mulakan dari awal, dan ini bukan masalah skim atau lebih tepat bukan salah kerajaan… tapi salah individu itu sendiri..betul… tepuk dada tanya iman.

  11. Imma says:

    Salam..

    Nak share kat belog saya… tq =)

  12. I_hate_mamak says:

    brohutan..katakan selepas satu pergerakan dlm 2012 gaji akhir saya dlm SSM ialah 2605..sifir gaji yg terhampir dlm SBPA ialah 2600 dan 2620..yg manakah dikira paling hampir untuk diselaraskan gaji saya dlm SBPA????

    • budakhutaN says:

      Bro, pergerakan gaji ke SBPA hendaklah yang terhampir dan tidak kurang dari pergerakan gaji tahunan. Maka, 2605 akan terhampir dengan 2620 (kerana lebih tinggi) dan bukan 2600 (lebih rendah)

  13. cikgu musykil n khuatir says:

    if ada manusia yg irihati mengganggugugat markah prestasi kita mcmana plk..x ke merudum kenaikan gaji paling malang dibuatnyer markah saranan berhenti kerja kes aniaya ni…manatahu hati manusia penuh dgn hasad dengki….

    • budakhutaN says:

      Cikgu Musykil~ Itu akan menjadi beban / tanggungjawab / dosa mereka yang sengaja mahu memburukkan kita, biarkan sahaja mereka… Kita buat yang terbaik dan berkhidmat secara ikhlas serta menjaga disiplin perkhidmatan… kerana kita ada PENILAI yang lebih harus kita utamakan dan fikirkan… ALLAH.

      • mki says:

        itu lah yg jadi isu skrg ni, “biarkan sahaja mereka”?? tak dapat der…akan jadi bnyk mcm ni bila di sekolah2 gb/pengetua yg tak sebulu dgn cikgu bagi markah rendah. ini yg ko kate sgt beruntung penjawat awam?? bak kate panglima perang…PUIIIII

        • budakhutaN says:

          Mki~ Kenapa perlu pilih bulu? atau pilih kasih?
          Jawapannya mudah… Yang bersalah bukan SBPA, tapi individu yang terlibat.
          Gunakan saluran yang betul untuk membuat aduan, dengan budi bahasa gaya GURU sebenar…
          Insya Allah, niat baik dibalas baik..

          • mki says:

            Abis tu takkan nak biarkan je bos2 tu bersikap macam tu? Mmg SBPA tak salah but individu tu yg salah tapi ape keje SBPA nak halang mende ni dari berlaku? seperti yg terjadi sebelum PTK dulu? Kalo bak kate ko “biarkan sahaja mereka” seperti ayat di atas tu memang senang la

          • budakhutaN says:

            MKI~ sila rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 8/2011 ~_^

  14. Ruzlis says:

    sistem ni memang memberi kebaikan pada kakitangan awam…maaf la,mungkin yang asyik bantah mereka yang tak rasa bersyukur…sebagai kakitangan awam saya sebenarnya sedih..mcm saya pendidik cuti2 bawa isteri jalan2 dekat alamanda putrajay..saya tgk pada jam 10pagi ramai kakitangan kerajaan yang duk melapak dekat medan selera..dan yang paling menyedihkan ada yang tgk wayang dengan pakai tag kementerian,baju batik.memalukan..agaknya yang sering tak puashati tentang skim baru ini daripada golongn itu kot…Bila kerajaan tak naikan gaji bising..bila dah naikan lagi bising..sebelum jadi pendidik saya pernah jdi pegawai di salah sebuah kementerian..8 jam bekerja..rata2 kakitangan hanya kerja 4jam jer,selebihnya main FB,lepak di cafe..ini ditempat saya dulu..so kalau mcm ini andai kerajaan tak naikan gaji pun ok kot,,tpi kesian plak pada orang yang btul2 amanah pada kerja..Saya tak peduli apa kata kesatuan sekerja apa itu QUEP,saya tak tahu pun apa fungsi QUEPE tu,yang penting kerajaan bagi kita terima..dan kita jalankan amanah yang diberikan denagn jujur

    • budakhutaN says:

      Ruzlis~ Terdapat di kalangan mereka mereka yang sangat bangga dengan ‘pakaian’ luaran yang ada di badan mereka. Digunakan untuk mencapai motif peribadi. Akhirnya yang disalahkan pihak jabatan / kementerian / kerajaan. Setuju, rata-rata mereka yang ‘bising’ pasal SBPA ialah mereka yang mahu lebih.

  15. ann says:

    sgt tipikal, org kita mmg suka merungut dan mengira gaji dan kelebihan yg bakal diterima oleh org lain… sepatutnya kira dan jumlahkan kenaikan pd gaji sendiri..jgn dikira gaji org atasan, kirakan kelayakan dorang baru adili samada layak atau tdk ganjaran yg diberi kpd mereka…exit clause tu bagus sbb sy sndiri dh myamppah tgk staf yg xbuat kerja ..kuar msk opis mengalahkan bos sbb ada bisnes luar… elok buang jer dr ada myusahkan org…

    • budakhutaN says:

      Ann~ Jatuh bangun empayar-empayar agung di rantau kita / rumpun melayu ini disebabkan oleh harta, kuasa dan darjat… Setuju, ukur baju di badan sendiri…. syukur dengan limpahan rezeki.

  16. salmi says:

    memang bertuah jdk penjawat awam. Aku dari darjah 6 cita-cita nak keja gomen.akhirnya dapat gak. alhamdulillah. Setakat ni dari ssb ke sbpa, banyak yang menguntungkan. dah berbelas tahun jd penjawat awam, takan carik yang lain…

    • budakhutaN says:

      Salmi~ Yang membuat / mengkaji SBPA adalah Penjawat Awam. Takkanlah mereka mahu menjatuhkan / menzalimi Penjawat Awam yang lain. Setakat ini semuanya baik. Sudah pasti kajian demi kajian dan penambahbaikan selepas ini akan lebih ‘menerangkan’ mata mereka yang asyik memikirkan keuntungan

  17. fikri says:

    Penerangan yang bagus. Tahniah.

  18. liza says:

    a’ah,betul2..knpa nak tggu slps 60thn br nal beramal.

  19. Hann says:

    Assalamualaikum

    Terima kasih atas penjelasan untuk kami yang jauh di negara orang.. 🙂

    Saya percaya apa juga yang diperkenalkan semestinya lebih baik dari yang sedia ada.
    semestinya saya akan memilih Skim baru, dengan umur persaraan saya 56. Saya tidak memilih persaraan umur 58, sebab pada masa tersebut, bila melihat pekeliling, jumlah maksimum bayaran pencen akan diterima oleh penjawat awam adalah dikira berdasarkan 25 tahun perkhidmatan.

    Walau saya memilih umur pencen 56, jumlah perkhidmatan saya telah mencapai 26 tahun.. dan tu adalah sebab saya tak memilih untuk pencen lebih lewat, selain rasa.. penatnya nak keja tua-tua nanti.. hehe..

    Boleh tuan jelaskan di sini, ada perbezaan atau tidak dengan sistem sekarang, sekiranya saya pilih untuk bersara umur 58 (boleh ke lagi?) atau 60? Dan andai saya pilih mana-mana umur tersebut, saya percaya masih boleh but persaraan pilihan kan? cumanya pencen itu dibayar setelah sampai umur persaraan, atau dibayar sepenuhnya sebaik bersara pada umur pilihan?

    Terima kasih.

    • budakhutaN says:

      Waalaikumsalam
      Hann~ Sekiranya telah memilih 56 pada pemilihan Opsyen yang lalu, untuk pemilihan opsyen kali ini hanya boleh memilih untuk kekal di 56 atau memilih umur 60, tidak boleh memilih 55 atau 58.
      Bersara Pilihan (SBPA)~
      [1] Sekiranya memilih umur bersara pilihan di umur bawah 55 tahun ( 54 dan ke bawah), GCR dan Graduiti akan dibayar pada umur bersara pilihan , manakala pencen bulanan dibayar pada umur 55 (bukan 60 tahun)
      [2] Manaka jika bersara pilihan pada umur 55 tahun ke atas (55,56,57,58,59), GCR, Graduiti dan pencen bulanan akan diberi pada umur bersara pilihan tersebut.
      untung bukan ~_^
      Salam di perantauan…

      • Hann says:

        noted. tq

        cuma tidak menjawab tentang tempoh maksima perkhdmatan yang diambil kira untuk tujuan pembayaran gratuiti. Saya kira pencen masih sama, separuh dari gaji akhir, kan?

        • budakhutaN says:

          Hann~ masih tertakluk pada Akta Pencen 1980 dengan pindaan Tahun 2011.
          setakat yang saya tahu, kiraannya lebih sedikit dari separuh gaji akhir, sila rujuk laman web JPA pencen, ada kalkulator untuk mengira graduiti dan pencen diterima.

  20. makcik ann says:

    kenapa tidak berkerja sehingga 60 tahun??.. kerja pun ibadat juga.. kenapa kecilkan skop ibadah?? tak boleh ke buat amal ibadat selain dari kat masjid??..

    btw.. saya tetap bersyukur dengan apa yang ada.. pihak sana tau lah apa yang mereka buat.. nama lagi penambahbaikkan.. mana2 yang lompang boleh diubah melalui pekeliling dari semasa ke semasa..

    tak perlu jeles dengan budak2 junior.. dah kira rezeki masing2.. kerja sama juga beratnya tak kira junior senior.. dulu masa skim SSB nak tukar ke skim SSM pun sama juga ramai yang tak puas hati sebab kelihatan menyebelahi junior.. times fly.. esok2 ada skim baru, yang junior sekarang neh akan jadik senior dan sama juga tak akan puas hati terhadap junior mereka.. so, kira mcm roda berputar saja!..

    naik sikit pun rezeki.. tak naik pun rezeki.. (masih rezeki sebab tak kurang gaji).. turun sikit pun rezeki (masih ada rezeki sebab tak hilang rezeki!).. nanti kena exit policy baru boleh kata tak ada rezeki!!.. wahahaha..

    • budakhutaN says:

      Makcik Ann~ yang penting… syukur ~_^

      • makcik ann says:

        betul.. yang penting syukur.. syukur itu mengandakan nikmat diluar kotak fikirkan.. kepada yang naik gaji, jangan lupa hulur sikit kat mak bapak selagi mereka ada.. mcm makcik, sudah yatim piatu.. so, berbakti kepada mak mertua yang ada.. Alhamdulillah.. dengan kenaikan gaji ini, mampulah kami membelikan mak mertua sebuah kereta untuk kemudahan dia.. bila ada, sama2 merasa.. 🙂

  21. dhsarawak says:

    “RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya”
    xsemua sebegitu bang.. belanja sekolah anak semakin tinggi.. harga barang semakin mahal.. minyak semakin melonjak harga.. mmg akan ada mereka yg sgt2 memerlukan.. pendapat akulaa

    • budakhutaN says:

      dh~ Betul, tak semua begitu…. mesej diberikan kepada mereka yang menyalahgunakan. Kalau niat elok dan digunakan pada jalan yang lurus… pasti lurus juga akhirnya ~_^

  22. Din says:

    rethoric politik kerja…bukannya betul…sapa yang kamceng dgn bos dapat higher skt…

    kalaikita dapat ketua yang ADIL solih…memang lah betul…
    kalau bos jenisminumarak tak tunai solat…dia dengan Allah dia tak jalankan tanggungjawab…sebab dia orang zalim fasik…
    buat mace Tun Abdullah yang ADIL baik solih…

    ?????????? ?????? ???? ?? ???? ????? ????? ???? ????? ?? ???? ?????
    Sesungguhnya orang yang mengerjakan kezaliman yang mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka akan ditimpa kehinaan Tidak ada bagi mereka seorang pelindung dari azab Allah seakan akan muka mereka ditutupi dengan kepingan kepingan malam yang gelap mereka itu penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya…

    Hadis sahih muslim
    Tahukah kalian siapa orang yang muflis ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala shalat, puasa, dan zakat. Akan tetapi ia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang ia zalimi. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang ia zalimi) kemudian dicampak ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka.

    — HR. Muslim

    Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya /other muslim … seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham pada Hari Kiamat… Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya

    — HR. Bukhari
    ??? ?? ????? ?? ????? ??? ????
    ????? ?????? ???? ?? ??? ??? ???? ???????
    ??? ?? ????? ??? ????? ?? ???? ???? ??????
    Dia (Allah ) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”. Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” Dia ya’ni Allah berfirman,
    “Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.” Al-Mu’minun ayat 112 hingga 114

    Tahukah kalian siapa orang yang muflis ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala shalat, puasa, dan zakat. Akan tetapi ia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang ia zalimi. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang ia zalimi) kemudian dicampak ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka …hadis riwayat Imam Muslim

    Tafsir al Qurtubi, Dari Abi Said al Khudri
    ??? ???? ???? ?? ???? ???? ?????

    Di masa aku, diIsraqkan, ku lihat sekelompok kaum, bibirnya seperti bibir unta dan ada orang yang ditugaskan membukanya lalu memasukkan batu-batu panas dari neraka ke mulutnya hingga keluar dari duburnya. Aku bertanya “Ya Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab “Itulah orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya

    Tafsir al Qurtubi, Dari Abi Said al Khudri

    apasal lamanni saya tulis ayat al qur’an …ia akan jadi ?…
    apasal

    cuba lihat saya punya laman…buleh baca ayat al qur’an
    cuba lah baca al qur’an selalu

    saya ni usia 25 tahun dan daki banjaran crocker di sabah…21 tahun pengalaman di hutan…

    rhethoric…
    dah ada insan teraniaya…dizalimoleh leader yang minum arak tak tunai solat…
    suruh leader yang jahat bertaubat nasuha…
    Tahukah kalian siapa orang yang muflis ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala shalat, puasa, dan zakat. Akan tetapi ia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang ia zalimi. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang ia zalimi) kemudian dicampak ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka …hadis riwayat Imam Muslim

    • budakhutaN says:

      Din~ Mujiahid / munafik / syahid… ? ketentuan akhirnya adalah Yang Maha Esa. Penilai dan pemberi hukuman akhir adalah Yang Maha Berkuasa. Bersyukur, berprasangka baik dan mengamalkan kebaikan pasti mendapat hikmah dan keberkatan Yang Maha Penyayang.
      Kenapa kita perlu menghakimi, ‘menjatuhkan’ hukum / gelaran kepada orang lain berdasarkan persepsi?
      Copy Paste hadis atau ayat Al-Quran tak sama dengan memahami dan mengamalkan nilainya.

  23. Din says:

    zaman Tun Abdullah banyak kebajikan rakyat…

  24. Din says:

    saya pekajar kolejislamkelang SPM87…zaman KOlej islam kelang jadi nombor pertama sekolah TERBAIK di MALAZI…

    yang utama kita ikhlas bertugas untuk Islam untuk Allah

  25. maria says:

    Salam..

    saya suka..penerangan yg ringkas serta terperinci jugak lah…nak share di FB saya boleh x?

  26. cikgu sms says:

    t/kasih banyak2 atas penjelasan.. dan atas keikhlasan dalam memberi penjelasan itu..

  27. zasyram says:

    Salam..
    saya cuma ingin bertanya.kalau sape2 tahu minta tolong jawab..
    kalau C17 (SBPA 4-1)(SPM) dinaikkan ke C27..(bagaimana pula dgn C27 SBPA 2-1 sedia ada?(kelayakan Diploma +Degree mcm saya..)..tp dlm skim SBPA skim C takde disentuh..padahal dah lama sy dgr nk jumudkan C17

    • budakhutaN says:

      Zasyram~ Maksud soalan saudara? saya cuba menerangkan mengikut apa yang saya faham melalui soalan saudara…
      Menurut SBPA, gred C17 masih wujud dan diletakkan pada Gred 4-1 , Kelayakan SPM,
      tidak berlaku pemindahan gred dari C4-1 ke C2-1 dalam SBPA, kecuali :
      [1] C4-1 tadi LULUS Peperiksan PSL (Peningkatan Secara Lantikan)
      [2] C4-1 mempunyai kelulusan bertaraf DIPLOMA ( kemudian memohon jawatan C2-1)

      dan untuk C2-1 yang mempunyai kelayakan DEGREE, boleh memohon jawatan C 1-1 (Pegawai Sains)

  28. kefifitan says:

    ko sembang boleh la! bersyukur ape bagai…. tak kene kat batang hidung ko! yer la… cuba kene kat diri sendiri. ader nak sembang pasal bersyukur dan beruntung ape sume!

  29. kefifitan says:

    kalau berani kasi approve komen aku… kalau ko reject! baik ttp jer blog ko ni.

    • budakhutaN says:

      Kefifitan~ Maaf, kerana lambat approve… balik lewat selepas bertugas, tunaikan kewajipan, kemudian baru membuka laman ini…

  30. Ika says:

    Mohon share ye…

  31. Lynda says:

    kesian kat cikgu berkeluarga yang berasal dari semenanjung tapi berkhidmat di sabah serawak (dan sebaliknya) kerana musim cuti skolah ni semua berada di kampung halaman dan tiket balik telah di beli lebih awal untuk mendapatkan tambang yang lebih murah (yang mana tarikh nya mesti lah sbelum bukak skolah)…tiba2 dapat msg dari guru besar suruh datang skolah untuk settle sbpa ni…bagi yang masih bertimbang rasa, nasib baik mesin fax dapat digunakan sebagai jalan penyelesaian…..

    • budakhutaN says:

      Lynda~ Alternatif penyelesaian masalah mungkin berbeza bagi setiap Ketua Jabatan,
      kaedah terbaik, emailkan borang yang telah lengkap (diisi melalui portal) kepada pegawai yang sedang bercuti, dan mohon mereka untuk mengembalikan borang ke jabatan pada kadar segera setelah membuat pilihan dan menandatanganinya.
      Maklumkan jika mereka memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk pekeliling atau hubungi PSM masing-masing.

  32. Akho Rock says:

    broo,,plse jelaskan kakitangan awam yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana,, LAYAK TAK MENDAPAT CUTI BERLAJAR DAN BERGAJI PENUH.

    • budakhutaN says:

      Akho~ untuk mereka di kumpulan PNP… YA, berdasarkan beberapa syarat dan keadaan
      bagi mereka yang berada di kumpulan Pelaksana, hanya untuk mengikuti pengajian di SkillsMalaysia

  33. Hanna says:

    bro, contoh di atas adalah untuk gred 48, mcm aku ni N17 SSM P2T9 RM1283.25, anjak satu gaji jadi RM1,334.68 tukar SBPA RM1,335.00 so dihitung2 aku naik RM51.75 yg junior aku baru 4 thn keje pun naik RM100++ … kes mcm ni apa citer? walhal aku dpt PTK 4-4 dah tu..

    • budakhutaN says:

      Hanna~ Kelebihan kita yang Senior cuma pada pergerakan gaji tahunan yang awal beberapa bulan berbanding yang junior. Beza pada jumlah kenaikan itu yang menyebabkan kita berkira-kira… berkenaan PTK aras 4 , sila rujuk PSM.

  34. Akho Rock says:

    sebelum skim SBPA ni,,kakitangan awan hanya layak sambung berlajar dengan separuh gaji kalau memohon cuti belajar

    • budakhutaN says:

      Akho~ betul untuk hampir kebanyakan kes. Terdapat syarat dan keadaan yang melayakkan mereka di Kumpulan PNP untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh.

  35. cikgu says:

    Nice ~~~ Thank u 😀

    ** semoga pihak2 yg menilai telus dan jujur dalam menilai..tidak menganiayai anak2 buah yg betul2 layak :))

  36. Acik says:

    Wah … Membuka mata dan minda. Jarang2 ada entri yg saya baca dgn teliti. Yg ini, memang saya suka. Saya baca semua komen2nya sekali.

    Tahniah utk entri ini. Dan, terima kasih.

  37. Lin says:

    Baguslah INFO you ini.., sangat membantu… dan saya telah copy link ini utk share dengan kawan2 lain… GOOD JOB bro… (^_^)V

  38. LIZA says:

    bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!BKN KE TEMPOH BRKHIDMAT DKIRA HINGGA UMUR 52 THN SAJE??

    • budakhutaN says:

      Liza~ itulah keistimewaan mereka yang DIBERSARAKAN atas kepentingan awam, tempoh berkhidmat akan dikira seolah berkhidmat sehingga ke umur opsyen pilihan ( 55/56/58/60)
      tetapi bukan untuk mereka yang DITAMATKAN

  39. Lulu says:

    Setuju sbpa. Yg org xsetuju adlh gaji dkalangn golongn premier, gred 54 keatas naik 100%. Cth gaji ssm=rm7000 gaji sbpa=rm14000. Ini kenyataan mgkin rmai yg xtahu. Dh lah hdup diorg pnuh dgn elaun. Eg. Kereta, minyak,hp. Mcm2 lg la. Unfair sungguh. Gaji basic je xde yg kurg dr 5 ribu.

    • budakhutaN says:

      Lulu~ Tahap akademik, kelulusan, peranan serta tanggungjawab mereka mungkin agak setimpal dengan upah yang dibayar. Kalau kita belajar tinggi-tinggi dan sanggup pikul beban (tekanan+karenah bawahan+KPI+kewangan+kawalan bajet+pelaksanaan dasar kementerian / jabatan+godaan rasuah serta banyak lagi)… maka apply jawatan itu ~_^

      ~ memang terasa mahu mendapat upah pada kadar yang sama, tapi sedar akan kekurangan diri…

      • Lulu says:

        Mmg btul tp xperlu la naik smpi 100%. Kami yg kt bwh ni pon byk kerja jgk. Slalu ot. Sabtu ahad pon kena kerja. Yg jd unfair bila ada skim yg gaji sbpa naik rm3-4 jer. Ini kenyataan. Dats y kppa nk buat semakn gaji berperingkt mulai 2012. Ini pn awk xnk akui ker ?

        • budakhutaN says:

          Lulu~ Setakat kiraan yang saya perolehi, kenaikan mereka tidaklah sampai 100% dan tidak ada kenaikan untuk kita di kump.Pelaksana yang hanya sekadar rm 3 atau rm4.
          Ya betul, JPA akan membuat kajian mengenai gaji. Kita semua berharap agar beberapa kajian mengenai elaun juga harus diambil kira.

          ~saya juga penjawat awam dalam kategori pelaksana… dan rendah.

        • Hew says:

          hahahaha, bau dengki~
          gaji CEO McD dengan budak yg ambik order kat kaunter pun jauh beza gak.
          cuma gaji diorg x ditera utk buat perbandingan

          kat sektor swasta, utk nk elakkan ada org rasa tak puas ati… gaji adalah P&C.

          tak mcm sektor awam, public secret~

          anyway, TQ budakhutan for the explanation.

          • budakhutaN says:

            Hew~ Sekiranya cawangan MCD bermasalah dan prestasi jualan merundum serta menerima kritikan awam. Maka pengurus cawangan akan di berhentikan / dipecat / gaji tak berganjak…. itulah cermin apa yang bakal terjadi dalam Perkhidmatan Awam nanti. ~_^

  40. azah says:

    terima kasih atas pnerangan ini. . Bersyukurlah atas segala nkmat dan rezeki yg Allah beri kepada kita. Banyak atau sikit bukan soalnya. Tahu bersyukur atau tidak itu yg penting sekali. Alhamdulillah ats segala knkmatan yg diberi selama ini. Thanks a lot, bro.

  41. HMR says:

    Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara budakhutan….atas penerangan dan jawapan-jawapan yg bernas dan baik. Sayugia saya hanya perlu menyatakan tidak perlu rasa resah takut dengan manusia yang dipanggil “boss” kita harus kenal dan percaya pada diri sendiri dengan meletakkan kepercayaan penuh kepada Allah yang Esa. Sedikit perkongsian pengalaman hampir 28 tahun berkhidmat sebagai pendidik……walaupun tidak pernah diberi kenaikan pangkat apatah lagi penganugerahan cemerlang ‘menegak’ melintang’….saya tetap bertugas dengan sepenuh hati demi mendidik anak bangsa…dan merekalah anugerah kecemerlangan yang saya perolehi. Biarpun saya terpaksa menghabiskan puluhan ribu ringgit dan puluhan tahun masa dari 87 hingga 07 untuk meningkatkan kualiti akedemik……akhirnya saya menjadi manusia yang lebih bersyukur atas ilmu yang dimiliki di dada untuk dikembangkan buat kemanusiaan. Pada saya yang penting hidup saya terus memegang amanah Allah/negara dan memberi makna kepada kemanusiaan(anak didik/masyarakat). SEMUA KITA PEMEGANG AMANAH…..PASTI KITA AKAN DITANYA AKAN PENUNAIAN AMANAH ITU OLEH ALLAH DI MASYAR NANTI….GAJI hanya sebagai tanda ihsan
    Allah buat manusia………besar/kecil bukanlah ukuran utama…..namun yang lebih penting ialah KEBERKATAN yang kita perolehi dari wang yang kita terima……Marilah kita semua belajar bersyukur dan takutlah kita dengan Amanah yang kita pegang dari hasil GAJI yang kita perolehi. SYABAS SAUDARA BUDAKHUTAN……Saya menghormati diri kamu….maaf kalau ada salah silap kata-kata orang tuan dan kurang ilmu ini. Assalamualaikum buat semua…..betuklan niat kita semua dalam bekerja agar gaji dunia (RM) dan gaji akhirat (pahala) terus kita perolehi demi kebahgiaan dunia dan akhirat. Aminnnnnnn.

    • budakhutaN says:

      HMR~ Saya setuju. Amanah dan Dedikasi dalam menunaikan tugas. Gaji akhirat yang harus kita kira…Terima kasih di atas komen yang membina.

  42. lan says:

    gaji tentera darat camna lak,contoh gaji saya skang 1,779.45 ,kalau naik berapa dalam skim sbpa ni

    • budakhutaN says:

      Lan~ Tuan, saya tidak mempunyai sifir pemindahan gaji untuk skim tentera darat, tetapi konsepnya tetap sama seperti penerangan saya di atas.

      Gaji sekarang contoh di P1T5 digerakkan ke P1T6.
      kemudian tengok mata gaji terdekat dalam SBPA (yang tinggi dari P1T6 di SSM), itulah mata gaji untuk 1.1.2012 (pemindahan ke skim SBPA) – contoh T3
      seterusnya, tuan akan diberikan pergerakan gaji tahun 2012, satu lagi kenaikan daripada gaji SBPA di T3 ke T4
      maka gaji tuan untuk 2014 selepas pergerakan gaji tahunan ialah di T4 (SBPA)

  43. Ad says:

    Dulu ada opsyen tukar ketua perkhidmatan kn? Mcm mn nk sain opsyen kalau hal tu x settle lg? Sbb kami difahamkn kalau sain sbpa automatik skim bertukar semula, j17 ke c17, tolong betulkn apa yg xbetul,

    • budakhutaN says:

      Ad~ maaf, saya kurang arif mengenai perkara ini. Opsyen tukar ketua perkhidmatan sepatutnya telah selesai sebelum bulan Oktober yang lalu, bergantung kepada Ketua Perkhidmatan (Kementerian Terbabit) sila rujuk dengan PSM kementerian masing-masing.

  44. max says:

    Info yg sgt menarik. Dpt membakar semangat org2 seperti sy yg still study.. so kwn2 yg still study tu rsnya x rugi blajar tinggi2.. Pasti ada hikmahnya..

  45. Shaiful Bakhri Mohd Badawi says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kpd Tuan ‘Budak Hutan’ diatas usaha murni menterjemahkan apa itu SPBA kpd sy yg jg merupakan PA. Mudah utk difahami serta jelas. Semuga Allah SWT terus memberikan Tuan ‘Semangat, Kreativiti, Kebijaksanaan & Kekuatan Minda’ dlm melahirkan buah fikiran yg lebih bernas lg.
    Tahniah dan syabas.

  46. mat sepi says:

    beruntung korang yg keja kerajaan…mcm2 kemudahan yg korang boleh dapat…tgk korang senang je apply loan, beli keter baru mcm2 le…aku ni walopon ade ijazah try jugak mintak tp tak dpt..10 thn keje swasta last2 company tutup…ape pon tak dapat…mintak keje company lain dah fobia lak.. ni skang keje sendiri aje buat meniaga kecik2..buat mcm2 keje asalkan rezki halal…betape susahnye aku rase nak apply ape2 loan kalo tak de documentation yg kuat…hadoiii..plak tu dah le tak kawen lg…mane le aku nak carik awek yg suke org yg cukop2 mkn cam aku ni, dah le tak ensem…umor pon da lanjot…tp aku percaye rezki tu Allah yg tentukan…cuma aku kene berusaha tak kenal putus asa…jd pd korang yg keje awam ni besyukur la pasal walo ekonomi turun naik korang tetap ade gaji yg dijamin kerajaan…segala macam skim gaji korang tu dibuat utk kebaikan korang dan keluarga korang jugak..haihh

    • budakhutaN says:

      matsepi~ Usaha dan ‘survival’ tuan untuk meneruskan kehidupan tentu memberikan lebih banyak pengalaman. Ikhtiar dan usaha lagi untuk memohon, Insya Allah ada rezeki…

  47. zaidi says:

    ada beberapa petikkan yang saya kurang setuju.

    [6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)

    nota: tahap penerimaan manusia semua berbeza beza.. kalau semua fikiran sama semua dah jadi pegawai.jgnlah fikir diri sendiri.. orang lain berbeza dengan tuan.

    [7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)

    nota: hem.. kalau takde masalah tentu tak buat mcm ini. sepatutnya pihak JPA berikanlah penerangan yang jelas pada ceupacs.. bila penerangan dan banyak benda tak beritahu lagi walaupun masa dah singkat.. tak bolehlah salahkan ceupacs 100%.

    • budakhutaN says:

      Zaidi~
      [6] Maksud saya disitu, pihak PSM sesebuah jabatan hendaklah mengambil alternatif mudah di zaman yang serba canggih ini. Medium seperti, email, facebook dan penghantaran poslaju, memungkinkan semuanya menjadi mudah dan ringkas.

      [7] Saya tidak menyalahkan CUEPACS, cuma kaedah / taktik yang digunakan itu kurang berkesan. Fahami Pekeliling Perkhidmatan serta Surat Pekeliling Perkhidmatan, serta rujuk kepada orang yang betul dengan soalan yang betul. Bukan provokasi yang hanya akan membuatkan yang lain berapi.
      Kaedah yang mungkin betul… Kaji + Selidik + Soal … Sekiranya ada kekurangan, berikan cadangan utnuk penambahbaikan.

  48. Insan Bersyukur says:

    Terima kasih atas usaha n penerangan saudara… semmgnya sy bersetuju dgn SBPA nie ssb kita lbh berdaya saing n tidak selama2nya selesa dgn apa yang kita ada..

    Cuma yg menimbulkaan sedikit tnda tny sy n bbp rakan seperti sedia maklum dlm bajet yg lps PM umum utk SBPA
    1) Kenaikan gaji tahunan antara RM 80.00 – RM 320.00 (alhamdulillah dpt kepastian)
    2) Pelarasan gaji kenaikan antara 7%-13% itu yg menimbulkan tnda tny. Setakat ni dr gaji SSM ke SBPA kenaiakn sy hny 5%..

    Adakan perkara ini terlps pndng atau bbp perkara yg diluar pengetahuan sy.. Bole saudara terangkan?

    • budakhutaN says:

      Insan~ Saya juga kurang arif mengenai semua matagaji dalam skim-skim perkhidmatan yang lain. Mohon tuan untuk buat kiraan semula perbandingan.

  49. Hanna says:

    dlm kes sbpa ni ada 3 peringkat untung banyak, untung sederhana, untung sedikit…tapi semua dpt untung lah…nak tak nak suka tak suka kita termasuk aku terpaksalah terima jugak cara pengiraan gaji ni walaupun rasa pelik dan terkilan tu ada..biasalah sbg manusia biasa bila kita tgk kawan kita yg lebih junior baru je masuk keje dlm 3/4 thn lepas sedangkan kita dah hampir 10 thn bila time mcm ni diaorg naik lebih bnyk mesti rasa terkilan jugakkan..dan bukan aku sorang je yg rasa..but what can we do….

    • budakhutaN says:

      Hanna~ Betul, dan saya juga tergolong dalam mereka yang untung sedikit. ~_^ . Tapi masih beruntung kerana dapat terus memberikan khidmat.

  50. ila says:

    setuju sangat… yang tak puas ati tu sbb diorg tak penah rase duk private kowt.. tu yang takowt klu markah 70% n kebawah kener terminate.. but klu yang kejer ok tp boss bagi markah rendah jgn risau coz diorang akan ader panel yang akan tanya balik pada pemberi markah knp bagi markah rendah sedangkan attandence n kerja ok. lepastu pegawai tu menjawab lah…pikirkan lah.. lagi 1 pasal Jusa or wat ever la bagi pangkat yang tinggi2 tu lantak pi la kat diorg gaji besar naik 100% or wat… coz diorg baper kerat pon…n suitable la ngan job n pangkat diorg… aper da… janji dier buat kejer ok sudah.. sekarang pikir diri kita dulu.. than baru pikir org lain… tq

    • budakhutaN says:

      ila~ pandangan yang bernas. Saya setuju. Yakin diri. Buat yang terbaik. Tidak mengapa orang nilai kita rendah, asalkan kita sudah memberikan khidmat yang terbaik dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Pasti ada hikmahnya…

  51. Nanako says:

    hurm..da tu..kalo mcm saya, saya lapor diri 15/4/2011, dan saya pon br amek exam nk sah jawatan..da tu skang ni..bile pilih SBPA ni, saya still kne amek exam lg ke??eee pning laaaa..
    =(

  52. hanna says:

    nak tanyela…kalau gaji dg 52 tapi dah dinding (time based) gaji matila maksudnya contohnya dg52 rm6322 p1t8…mcmana nak kira kenaikan ye?? sbb dah time based…gaji dah mati…kenaikan tahunan 203 kenaikan sbpa 290…

    • budakhutaN says:

      Hanna~ Salam guru… Gaji sudah mencecah dinding di SSM? sekiranya bukan KUP, satu pergerakan gaji akan diberikan secara kuantum (=jumlah pergerakan gaji tahunan di SSM)
      jika merujuk kepada makluman puan, maka (SSM?) RM6322 + RM203 ( kenaikan tahunan) = RM 6525, kemudian sila rujuk mata gaji yang terhampir untuk jumlah tersebut di skim SBPA.

  53. Asmaizha bin ahmad says:

    Salam.. Huhu sokong je mende ni…yg pling aku sokong adalah sape wat keje dia dpt lebih… Tp pasni rmai la kaki bodek nak mrkah tgu… Keyua jabatan lau xmain peranan n tegas susah la. Huhu… Satu hal lgi adalah ttg tempoh tu.. Di mana ade kemahuan di situ ade highway. T mslh timbul gak bg kami guru di pedalaman. Tiket nak balik semua dah beli..ttbe kena balik awal sbb nak setelkan borang.. Tiket lau di beli dlm ms yg singket sakit gak la nak beli… Tp mslh tu dah diatasi. Semua setju poskan borngyg siap diisi ke sekolah. Alhamdulillah.

    Fb asmaizha bin ahmad

  54. Fiza says:

    salam..nk tany, sy mcm confuse ckit..pergerakan gj tahunan sy pd bln januari,tp nape utk sbpa diubah pergerakan gj ke bln april ye..

    • budakhutaN says:

      Fiza~ Maaf kerana saya juga kurang arif mengenai perkara ini. tetapi apa yang boleh kita lihat ialah, ianya sebagai pembeza jarak masa di antara senior dan junior dalam SBPA ini.(dalam satu skim)

  55. ahloy says:

    jangan tambat elaun kritikal bagi penjawat awam yang mempunyai elaun tersebut sebab tidak adil untuk yang baru kerja dan lama kerja.

  56. diana says:

    best…best…pandangan dan persepsi yg berbeza dari sisi lain yg sepatutnya dia baca oleh PA2 yg lain

  57. Ana says:

    Ada lagi satu pertanyaan…kalau mcm saya berada di gred dh 41 dan memangku KUP 44 tetapi belum dilantik dengan rasmi mcmana pengiraannya? Sbb kalau ikut sbpa dah tak ada lg istilah KUP.tq

    • budakhutaN says:

      Ana~ Saya juga telah merujuk perkara yang sama dengan JPA, makluman yang diberikan ialah pihak jabatan perlu menghantar surat makluman mengenai kakitangan mereka yang berada di dalam kategori seperti Ana untuk tindakan lanjutan oleh JPA. Berkemungkinan, pelarasan selepas selesai ospyen SBPA.

  58. jane says:

    adakah skim sbpa ini hanya utk penjawat awam tetap shj?bgimana dgn penjawat awam kontrak?

    • budakhutaN says:

      Jane~ Sama seperti jawapan saya tadi. Penjawat awam kontrak akan menikmati gaji yang diselaraskan mengikut matagaji di SBPA.

  59. affendi says:

    cerdik sungguh budak hutan ni berkata-kata..kita setuju sangat dengan apa yang diperkatakan..sungguh membuka minda dan sepatutnya di baca dan dijadikan pedoman org lain..pasni kena tukar nama jadi budak cerdik pulak..susah nak cari blogger yg bernas mcm ni..teruskan usaha membuka minda org2 di luar sana..sekali lagi terima kasih kerana menarik perhatian saya..

  60. berry says:

    cmne yek,,ada yg kate kalu pilih sbpa,,makanya semua elaun akn ditarik balik,,im i rite,,,,so dmanakh untungye sbpa coz kalu sume elaun dtarik blk,,,means lg skitla gajinya kan,,,,

    • budakhutaN says:

      Berry~ Elaun di tarik balik? Setakat ini tidak ada maklumat / sumber rasmi mengenainya. Cuma Elaun seperti BIW yang berkadar dengan gaji hakiki ditambat. Berita baiknya, kadar elaun akan dikaji semula.

  61. ana says:

    kalau saya berada di dh 41…tetapi KUP dlm dh 44 mcmana nk kira pergerakan gaji??

  62. nor says:

    nk tanya…klu skrg sy berada di dg44 P1T3…tanggagaji sekrg rm3283…mcm ne kiraan gaji sbpa?

    • budakhutaN says:

      Nor~ maaf kerana saya tidak mempunyai sumber (matagaji untuk skim DG)
      tetapi kaedah pengiraan pemindahan gaji adalah sama seperti di atas.

  63. AZLINA says:

    just nk tanya..klu gj skrg DG41,P1T7=RM 2238.55..nnt sbpa brp gj yer..bleh tlg kirakan tak?thanks…

    • budakhutaN says:

      Azlina~ maaf kerana saya tidak mempunyai sumber (matagaji untuk skim DG)
      tetapi kaedah pengiraan pemindahan gaji adalah sama seperti di atas.

  64. Orkid Pulau says:

    sebenarnya yg paling pening dalam hal ni ialah Pentadbir..bukan senang nak menilai org2 yg kaki pemalas, penipu, hipokrit..kerja minta imbalan, kerja tahun ni baik tahun depan turun..markahnya ikut tahun semasa tapi dia ingat markah mesti naik je sedangkan tahun berikutnya dia tak berapa ok, MC tipu ( klinik yg sama di mana kakaknya adalah Pembantu hospital)dan hasut2 org sampai bergaduh…kaki bodek ni, kalau pentadbir hebat tak akan termakan kot…bodek bagai nak rak, hasil takdak…prestasi sekolah/jabatan merosot…ketua kena berani buang org yg tidak menyumbang keberhasilan sbb kalau tak buang, ketua kena buang..

    • budakhutaN says:

      Orkid~ Sepatutnya sesebuah organisasi bertindak sedemikian agar organisasi itu terus berkembang maju. Tetapi pihak perkhidmatan awam masih terlalu banyak bertimbang rasa dan memberi muka kepada penjawat awam….

  65. HafizBahari says:

    Artikel ni Buat Hati Aku Lega.. Lantak Korg La Nak Main Politik… Nak Bagi Nek Gaji Pn Salah… Trima Kasih budakhutan…

  66. herumi says:

    Salam. Macam kenal je background grafik yang disertakan. Anyways, thanks a lot.

    Tapi hari ni JPA umum penangguhan, buang masa je sain pagi tadi…

    • budakhutaN says:

      Herumi~ background asal SBPA / JPA ~_^
      JPA tidak mengumumkan penangguhan tetapi sedia untuk membuat rundingan dengan CUEPACS.

  67. asmoni says:

    salam.pd aku sbpa ni dah ok.cume yg x sodap didengar elaun sara hidup nak dilupuskan dan elaun kritikal nak dilupuskan@dikekalkan.(tiada kenaikan spt skim ssm).helloo..aper apreciate utk staff kesihatan.especially nurses.kerja berhadapan dgn mcm2 penyakit.risiko derr..bkn mcm DG.hari menghadap murid…cuber fk kan blik.

    • budakhutaN says:

      Asmoni~ Tak dilupuskan, cuma ditambat. Beberapa elaun lain juga akan disemak semula kadarnya sama ada relevan mengikut perkembangan semasa.

  68. my putrajaya says:

    salam budakhutan..sy suka cara anda menerangkan ttg pergerakan gaji trsebut..sy juga phm setelah diterangkan oleh PSM jabatan sy….walau naik sedikit utk sbpa ni,tp bila tiba kenaikan tahunan ia akan jadi byk n terkumpul…rezeki masing2..senior atau junior mmg sama tahap.mesti ada jwpan disebalik nyer.apapun sy hormat jpa dlm isu sbpa ni.kesian staff mereka siap berkampung kat opis utk sbpa ni..budakhutan org jpa ke?

    • budakhutaN says:

      Mai~ Oh, saya bukan orang JPA, cuma seorang penjawat awam biasa. Ramai mereka yang berada di PSM (setiap jabatan) bertungkus lumus menyediakan / melengkapkan dokumen yang diperlukan oleh rakan setugas mereka untuk pemilihan opsyen SBPA ini. Malangnya ada khabar yang kurang enak apabila ada jabatan yang hanya meminta kakitangan mereka menandatangani borang tanpa memberikan penjelasan / penerangan yang sewajarnya. Perkara inilah yang membuatkan sesetengah penjawat awam tidak berpuas hati dan seolah terpaksa.

  69. ninau says:

    tahniah! penerangan yang sungguh jelas…cuma nak minta pendapat, mana lebih baik antara pilih sbpa kekal dgn umur bersara skrg atau pilih sbpa dgn umur bersara 60?

    • budakhutaN says:

      Ninau~ Bergantung kepada perancangan kerjaya ninau. Sekiranya mahu meningkat ke peringkat lebih tinggi dengan gaji yang lebih besar sedikit, maka pilih 60 tahun, agar pencen bulanan yang diterima nanti juga besar. Untung sabut timbul, rezeki mungkin lambat sampai, kenaikan pangkat mungkin berlaku di akhir-akhir perkhidmatan.
      Sekiranya memilih 55 / 56 / 58, pastinya sukar untuk menambah / meneruskan perkhidmatan ke umur 60.
      tetapi jika memilih 60 tahun, dan merasa mahu bersara pilihan awal, pastinya lebih mudah.
      ringkas… yang pendek tak boleh dipanjangkan, yang panjang boleh dipendekkan ~_^.
      Pilihan terletak di tangan saudara

  70. isha says:

    x fhmla…mcmna tarikh pergerakan gj pun blh berubah juga ya..asalnya tarikh pergerakan gaji ssm januari..pilih sbpa ni berubah kepada julai pla…blh tlg jelaskan..

  71. Gee says:

    sya triple like penerangan yg sebegini jelas..terima kasih budakhutaN ..
    errr…fyi sya pilih 60…hrp2 msih kuat naik tangga time tu..hehe 🙂

  72. kHai says:

    Situasi

    1.Kekal pencen wajib umur 58 dan setuju SBPA
    2. Bila dah kerja rasa nak pencen pilihan pada umur 56

    Persoalan.
    1. Bila saya pencen umur tersebut,bila saya dapat graduiti dan pencen.

    TQ

  73. mmasara says:

    Thn 2011 allah kurniakn sy ank oku.bkn oku biasa ttpi berpenyakit kronik.sy telah brcuti separuh gaji lbh kurang 4bln u mnjaga ank.sbpa adalah opsyen -mksudnya sy boleh u tidak sign sbpa?kebimbangan sy ialah sy mungkin akn dinasihatkn brsara jika asik cuti separuh gaji/tanpa gaji.andai sy kekal dlm ssm adakah sy xkn dinasihatkn brsara?jika brsara awal dlm sbpa cont brsara umur 35-baki 25thn dpt pencen ke?tq budakhutan..

    • budakhutaN says:

      Mmasara~Tahniah kerana dikurniakan cahayamata. Walau apa pun kekurangan dan sifatnya, anugerah Yang Maha Esa… pasti ada hikmahnya.
      Di antara syarat untuk bersara pilihan, seeloknya puan menunggu sehingga berumur 40 tahun, dengan tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.
      Pemilihan opsyen persaraan (kekal 55/56/58 atau 60 tahun) tidak berkaitan dengan pemilihan opsyen SBPA.
      Seeloknya, puan memilih SBPA dan memilih umur persaraan yang puan mahu , kekal pada umur persaraan sekarang atau lanjutkan ke 60.
      Sekiranya puan memohon bersara pilihan pada umur 40 tahun, Graduiti dan GCR akan diberi pada umur 40 tersebut, manakala bayaran pencen bulanan akan diberi pada umur 55 tahun (puan harus menunggu 15 tahun).
      Justifikasi mengenai masalah puan mengambil cuti pastinya tidak akan mengakibatkan puan diminta untuk bersara, kerana puan telah memohon untuk cuti tersebut. Kecuali jika puan bercuti tanpa kebenaran dan makluman Ketua Jabatan, tindakan tatatertib boleh dikenakan.

      Pasti ada alternatif untuk masalah puan, contoh (sekadar cadangan) ~
      Mohon untuk dipindahkan atau ditempatkan ke jabatan yang berhampiran dengan mana-mana pusat jagaan/ rawatan agar puan dapat memantau kesihatan dan keadaan anak puan.

      Saya mendoakan agar anak puan akan beransur pulih dan memperoleh kesejahteraan serta berdoa agar puan terus tabah dan cekal hendaknya.

  74. Cikgu Junior says:

    nk tnya adakah kenaikan gaji tahunan dngn kenaikan gaji berdasarkan prestasi (5%,8%,15%) benda yg sama??atau berlainan…kalau yg sama maksudnya setahun 2 kali kenaikan gaji????

    • budakhutaN says:

      Cikgu J~ Pergerakan gaji tahunan kumpulan PnP dan Pelaksana tidak melibatkan peratusan markah prestasi , tetapi pergerakan gaji tahunan akan diberi, sekiranya markah prestasi di atas 75%. Kenaikan hanya melibatkan anjakan dari matagaji terkini ke satu tangga lagi, contohnya dari T3 ke T4, tiada anjakan 2 kali setahun.

  75. Kirry says:

    Masih nak tahu lagi @ kurang jelas….x faham. Jika sy pilih opsyen 60 tahun pencen, dan kemudian nak pencen awal sikit dr tu…58 tahun. Boleh kah….dan bila pula menerima graduiti dan gaji pencennya.

    • budakhutaN says:

      Kirry~ Sekiranya saudari telah memilih opsyen bersara pada umur 60 tahun dan kemudiannya mahu bersara pilihan pada umur 58 tahun, graduiti, gcr dan pencen akan diterima pada umur tersebut.

  76. zakaria nik wan says:

    salam…

    saya ingin perbetulkan contoh pengiraan gaji ssm ke sbpa yang ditunjukkan di atas rasanya tidak betul.Kaedah itu hanya utk yang dah langgar dinding shj. Sekita nya seorang pegawai telah berada di P1T8 contohnya. Mulai 1/1/2012 terus turun pindah dari jadual gaji ssm ke sbpa mengikut anak panah ke bawah. Pergerakan Gaji Tahunan berubah juga seperti yang telah ditetapkan. Ramai yang keliru dan salah faham kerana taklimat awal memang seperti yang saudara ‘budakhutan’ berikan.

    • budakhutaN says:

      Zakaria~ Lampiran Sifir pemindahan gaji yang diberikan telah dipermudahkan kerana kiraan telahpun dilakukan. Cuba tuan buat pengiraan sebelum merujuk kepada sifir pemindahan tersebut, pindahkan ke satu mata gaji di ssm, dan kemudian rujuk matagaji di sbpa yang terdekat. Hasilnya sama. Jumlah mengikut apa yang tertera di bawah anak panah. Harap maklum.

  77. ita says:

    maaf kalau menambah banyakkan komen kat sini…
    baru jumpa penerangan yang sangat2 memahamkan saya.cuma nak tany..amcam saya ni masuk ke PA guna diploma..so saya punya tngga gaji dalam SSM start melompat lah skit berbanding org lain. tp bila dalam SBPA group S dikategori ke dalam STPM. solan pertama, nnti ade masalah ape2 ke kat saya ni?tahun ni P1T10 so nnti akan naik T11 dan akan dinaikan ke tangga gaji terdekat la pulak leaps tu ya??solah kedua,betul ke kenaikan saya dapat tu??macam…banyak sgt.

    • budakhutaN says:

      Ita~ Komen amat dialu-alukan ~_^
      Soalan 1 ~ Tidak menjadi masalah, kerana Kelayakan Ita melepasi kelayakan minima untuk skim tersebut. Ianya akan menjadi masalah apabila, kelayakan minima untuk skim(SBPA) itu ialah Diploma dan kelayakan yang dimiliki sekarang untuk memasuki skim perkhidmatan di bawah SSM ialah STPM, maka penjawat awam tersebut dikategorikan sebagai tidak memenuhi syarat perkhidmatan, dan dikehendaki mengikuti satu kursus peralihan. Pengecualian akan diberikan hanya untuk mereka telah bekerja untuk tempoh 6 ke 9 tahun. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011

      Soalan 2 ~ Syukur… ada dikalangan PA yang mendapat kelebihan berbanding yang lain.

  78. Assalamualaikum budakhutan,

    Terima kasih untuk entri yang sangat berguna ni. Akak cuma nak tanya dengan lebih jelas lagi kerana banyak kekeliruan.

    Sekiranya akak memilih SBPA dan pencen pilihan adalah pada umur 60 Tahun,
    1) bolehkah berhenti pada umur 55 @ 56 tahun?
    2) graduiti, GCR dan pencen akan dibayar pada umur 55/56 atau kena tunggu sehingga berumur 60 Tahun?
    3) Adakah sekiranya berhenti belum cukup 60 tahun ni akan menjejaskan perkhidmatan kita kerana ada ura-ura mengatakan pembayaran pencen akan dikurangkan sekiranya berhenti awal dari umur pilihan.

    Terima kasih. 🙂

    • budakhutaN says:

      Hamelia~ Waalaikumsalam kak,
      1) Istilahnya bukan berhenti, tetapi memohon untuk “Bersara Pilihan”.Memohon melalui JPA.
      2) Graduiti, GCR dan Pencen akan diberi pada umur 55/56 itu.
      3) Jika dirujuk Akta Pencen 1980 dan Pindaan 2011, tiada klausa yang menyatakan pembayaran pencen akan dikurangkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, golongan pesara juga menikmati kenaikan kadar pencen bulanan mereka. Syukur.

      Sama-sama

  79. Alia says:

    Good Info… Harap2 lps ni semua PA bersyukur dengan kenaikan ni walaupun tak semua menikmati kenaikan gaji yang banyak, tp sekurang2nya dpt menringankan beban masing2.. Insya Allah…

  80. Linda says:

    Assalamualaikum,

    Just nak tanya, betul ke seniority hilang dlm SBPA ni? Itu yang saya dengar daripada mulut2 orang…jadi nak mintak kepastian di sini. Harap2 saudara boleh membantu :). Soalan kedua, adakah orang yang bercuti belajar sepenuh masa juga akan hilang seniority?

    Terima kasih untuk jawapan.

    • budakhutaN says:

      Linda ~ Waalaikumsalam.
      Seniority tak hilang dalam SBPA. Apabila Cuti Belajar Sepenuh masa ( Cuti Tanpa Gaji ? ) maka akan hilang kekananan dalam tempoh cuti tersebut.

  81. penditagilamahaguru says:

    Salam budakhutan.penjelasan mengenai gaji SSM ke SBPA yang awak berikan adalah salah.pergerakan dr gaji T7 terus turun ke gaji baru SBPA T7.bukan dr T7 SSM ke T8 SSM.Kemudian pada 1 April 2012 PA tersebut akan terima gaji SBPA T8.

    • budakhutaN says:

      Tuan Pendita~ Betul, kerana tuan telah merujuk kepada pemindahan sifir gaji (lampiran C) yang telah dipermudahkan kiraannya…hanya perlu ikut tanda anak panah.
      Pengiraan di atas, adalah untuk menjelaskan pergerakan gaji mengikut tangga gaji (SSM) dan kemudian ke tangga gaji SBPA.
      Sekiranya Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/ 2011 dirujuk dan penjelasan daripada KPPA sendiri …ianya adalah sama.

  82. penditagilamahaguru says:

    memang SBPA(Sangat Beruntung Penjawat Awam).Siapa pernah tolak masuk kerja kerajaan pasti menyesal sebab SBPA mengamalkan perkhidmatan kejat.Yang pasti bersyukurlah dengan kerja yang ada sekarang.Dari mencari salah orang lain.

  83. ajan says:

    Salam. Nak tanya ttg pemindahan gaji. saya sekarang di p1t12 RM3923. Jika ikut sifir pemindahan gaji ke sbpa naik ke p1t13 RM4076. Gaji terhampir tertinggi dalam sbpa adalah RM4080. Naik RM4 dari SSM ke sbpa. Pergerakan gaji tahunan adalah pada bulan april.
    pada tahun hadapan gaji pokok saya akan sama dengan orang yang kerja 9, 10 dan 11 tahun.
    Adakah gaji saya akan naik ke tangga seterusnya dalam sbpa iaitu ke RM4335 pada bulan januari atau april? sekiranya januari adakah akan naik sekali lagi pada april?heee…tq

    • budakhutaN says:

      Ajan~ Salam SBPA.
      [1] SSM : P1T12 ( RM 3923) ke P1T13 (RM 4076) : jumlah kenaikan RM 153
      [2] SSM ke SBPA : terhampir RM 4080 : jumlah kenaikan = RM 4
      [3] jumlah kenaikan keseluruhan (penukaran skim)= RM 157.
      [4] pergerakan gaji tahunan (PGT) 2012 : RM 4080 ke RM 4335 : jumlah kenaikan tahunan = RM 255
      [5] jumlah kenaikan keseluruhan 2012 = RM 412
      Tuan menjelaskan PGT pada bulan April. Oleh itu, RM 4080 diterima pada bulan Januari 2012. Kenaikan PGT pula pada bulan April iaitu RM 4335.
      banyak tu ~_^

  84. anie says:

    mmg betul ape y d nyatakan.sy pun setuju.cume jgn d bezakan krajaan n swasta.sama2 ada keburukkan n kebaikkan.saya juga pernah kerja swasta n krajaan jadi dapat bezakan.y penting harus bersyukur.mcm sy xamik kesah sgt ttg kenaikkan pangkat atau gaji y penting keje tiptop.mungkin ada sbb dieorang mengkaji semula.kengkadang org swasta xtau ttg ape y terjadi pada org krajaan.dalam krajaan banyak jawatan.dan setiap jawatan ada agenda tersendiri.oleh itu kite doakan kebaikkan dieorang jer.mudah2an dmudahkan jalan.

  85. Abu says:

    Isunya ialah apabila Ketua Jabatan meberi markah prestasi atas dasar tidak suka kakitangan itu. Bukan sebab prestasinya. Ada jabatan Kerajaan yang sekiranya kakitangan itu dilihat bergaul dengan orang yang tidak disukai maka orang itu markahnya rendah, sehingga mencecah 38 peratus.

    Tapi jika kaki bodek, kaki report pada boss (tanpa perbicaraan) maka prestasi beliau ini adalah tinggi. Ini lah silapnya. Kalau terjadi pada seorang sahaja takpe, bolehlah di anggap staff tersebut tidak perform (kononnya). Tapi ianya terjadi kepada majoriti staff.

    Dan yang menghairankan, bila kaki ampu markah tinggi, kaki jaga baucer markah tinggi. Percaya atau tidak Jabatan Berkenaan cuma seorang ajer yang dapat KUP N22.

    siapa yang duduk di jabatan ini memang malang.. nak kata cemerlang idak juga.. Jabatan ini selalu kena bambu berbanding Jabatan lain….

  86. hussin mat aris says:

    salam…saya pembantu am rendah gred N4 ingin mengajukan soalan…sekarang saya telah mati gaji pada P3 T…(tak ingat)..RM1702.72, soalan saya macamana perkiraan gaji saya sekiranya saya memilih SBPA.

  87. irfan mohd nor says:

    Apa bezanya diantara bersara umur 58 dengan 60 tahun?

  88. kami sedih says:

    carta kenaikan 2 juta tu macam nak mengaburi mata pembaca.. mmg angka yg digunakan hanya sekadar hiasan tapi perlukah anda menaikkannya banyak sebegitu.. kenaikan 2 juta dari gaji asal adalah (200%) sedangkan dalam spba sebenar ada jawatan yg naik tidak sampai pun 5%.

  89. esempoi says:

    tengah dikaji semula pun
    nampak sangat buat skim ni secara terburu2..
    memang niat baik.. tapi bila buat tergesa2 dan tanpa input dari semua pihak lak tu.. maka jadilah camni.. tak seimbang..

    harap bila dikaji semula nanti, akan dapat memuaskan hati semua orang..

  90. kak yah says:

    salam….maaf bertanya..
    bagaimana kalau saya yang tengah memangku DG32…gaji sekarang RM 2313 tarikh memangku 16 Jun 2011..

  91. aya says:

    saya baru join awal bulan satu untuk kontrak setahun N41. skim yng diletak kat situ ssm. so mmg tak de sign pape la yang sbpa. so sekarang ni kira skim sbpa ni tak apply la kat saya kan?

Tinggalkan Komen

error: Content is protected !!