SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam

Share

MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!

Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).

OPSYEN

Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.

Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:

[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.

[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.

[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.

[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.

manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.

OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan

- Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred

[1] IJAZAH

[2] DIPLOMA

[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)

Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .

GAJI

Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.

Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.

DASAR PEMISAH : EXIT POLICY

Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.

Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.

Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.

Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!

JAMINAN

Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.

ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 

[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.

[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.

[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.

[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011

[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)

[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)

[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)

[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)

PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT

Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :

[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi

[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam

[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda

[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang

[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA

[SPP  Bil.11/2011] – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam Perkhidmatan Awam

[Soalan-soalan lazim (FAQ) SBPA]

KATA AKU

Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.

p/s: BANTUAN RM500

Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?

RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?

bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…

Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…

peraturannya sangat mudah…

Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…

wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)

TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)

Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 - RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 - RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^

TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

 

Related Posts SliderCerita yang lain ni...
Terjaga aku dari tidur... melihat wajah polos teman tidur di sebelahku ini membuatkan aku tersenyum. Pipinya yang gebu dan tubuhnya yang comel... pasti geram. Mahu sahaja digomol pipi itu. Aku ...
baca lagi...
GAJI DUA BULAN SEKALI !
aPA? Kira terkejut jugaklah tadi bila tinguk berita."GAJI KAKITANGAN AWAM AKAN DIBAYAR DUA KALI SEBULAN"- dengan bayaran pertama pada pertengahan bulan dan bayaran kedua pada hujung bulan.maksudnya , anggaran kakitangan ...
baca lagi...
Teman Tidur…
GAJI DUA BULAN SEKALI !

Share

Related posts:

  1. Teman Tidur…
  2. GAJI DUA BULAN SEKALI !
224 Responses to SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam
  1. ila
    December 21, 2011 | 2:09 pm

    setuju sangat… yang tak puas ati tu sbb diorg tak penah rase duk private kowt.. tu yang takowt klu markah 70% n kebawah kener terminate.. but klu yang kejer ok tp boss bagi markah rendah jgn risau coz diorang akan ader panel yang akan tanya balik pada pemberi markah knp bagi markah rendah sedangkan attandence n kerja ok. lepastu pegawai tu menjawab lah…pikirkan lah.. lagi 1 pasal Jusa or wat ever la bagi pangkat yang tinggi2 tu lantak pi la kat diorg gaji besar naik 100% or wat… coz diorg baper kerat pon…n suitable la ngan job n pangkat diorg… aper da… janji dier buat kejer ok sudah.. sekarang pikir diri kita dulu.. than baru pikir org lain… tq

    • budakhutaN
      December 21, 2011 | 9:05 pm

      ila~ pandangan yang bernas. Saya setuju. Yakin diri. Buat yang terbaik. Tidak mengapa orang nilai kita rendah, asalkan kita sudah memberikan khidmat yang terbaik dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Pasti ada hikmahnya…

  2. Nanako
    December 21, 2011 | 2:14 pm

    hurm..da tu..kalo mcm saya, saya lapor diri 15/4/2011, dan saya pon br amek exam nk sah jawatan..da tu skang ni..bile pilih SBPA ni, saya still kne amek exam lg ke??eee pning laaaa..
    =(

    • budakhutaN
      December 21, 2011 | 9:07 pm

      Nanako~ Dah dapat keputusan peperiksaan? Berkemungkinan Nana perlu menduduki semula peperiksaan sekiranya tiada keputusan dikeluarkan.

      • Nanako
        December 22, 2011 | 8:06 am

        hurm..result da kuar da..tp satu paper tu sy kandas..so maybe saya kena ambil semula kedua-dua paper tu..

        • budakhutaN
          December 22, 2011 | 8:51 pm

          nanako~ Mungkin. Tidak mengapa, teruskan usaha. pasti berjaya ~_^

  3. hanna
    December 21, 2011 | 2:50 pm

    nak tanyela…kalau gaji dg 52 tapi dah dinding (time based) gaji matila maksudnya contohnya dg52 rm6322 p1t8…mcmana nak kira kenaikan ye?? sbb dah time based…gaji dah mati…kenaikan tahunan 203 kenaikan sbpa 290…

    • budakhutaN
      December 21, 2011 | 9:10 pm

      Hanna~ Salam guru… Gaji sudah mencecah dinding di SSM? sekiranya bukan KUP, satu pergerakan gaji akan diberikan secara kuantum (=jumlah pergerakan gaji tahunan di SSM)
      jika merujuk kepada makluman puan, maka (SSM?) RM6322 + RM203 ( kenaikan tahunan) = RM 6525, kemudian sila rujuk mata gaji yang terhampir untuk jumlah tersebut di skim SBPA.

  4. Asmaizha bin ahmad
    December 21, 2011 | 8:28 pm

    Salam.. Huhu sokong je mende ni…yg pling aku sokong adalah sape wat keje dia dpt lebih… Tp pasni rmai la kaki bodek nak mrkah tgu… Keyua jabatan lau xmain peranan n tegas susah la. Huhu… Satu hal lgi adalah ttg tempoh tu.. Di mana ade kemahuan di situ ade highway. T mslh timbul gak bg kami guru di pedalaman. Tiket nak balik semua dah beli..ttbe kena balik awal sbb nak setelkan borang.. Tiket lau di beli dlm ms yg singket sakit gak la nak beli… Tp mslh tu dah diatasi. Semua setju poskan borngyg siap diisi ke sekolah. Alhamdulillah.

    Fb asmaizha bin ahmad

    • budakhutaN
      December 21, 2011 | 9:15 pm

      Asmaizha~ Gunakan kemudahan zaman berteknologi ini secara maksima ~_^

  5. Fiza
    December 21, 2011 | 10:31 pm

    salam..nk tany, sy mcm confuse ckit..pergerakan gj tahunan sy pd bln januari,tp nape utk sbpa diubah pergerakan gj ke bln april ye..

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:41 pm

      Fiza~ Maaf kerana saya juga kurang arif mengenai perkara ini. tetapi apa yang boleh kita lihat ialah, ianya sebagai pembeza jarak masa di antara senior dan junior dalam SBPA ini.(dalam satu skim)

  6. ahloy
    December 21, 2011 | 10:39 pm

    jangan tambat elaun kritikal bagi penjawat awam yang mempunyai elaun tersebut sebab tidak adil untuk yang baru kerja dan lama kerja.

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:42 pm

      Ahloy~ Setuju. Kerana ianya ditambat ke gaji hakiki. baru masuk kerja, gaji masih sedikit. ~_^

  7. diana
    December 21, 2011 | 10:45 pm

    best…best…pandangan dan persepsi yg berbeza dari sisi lain yg sepatutnya dia baca oleh PA2 yg lain

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:43 pm

      Diana~ Cuma berharap agar tidak disalah ertikan

  8. Ana
    December 22, 2011 | 12:13 am

    Ada lagi satu pertanyaan…kalau mcm saya berada di gred dh 41 dan memangku KUP 44 tetapi belum dilantik dengan rasmi mcmana pengiraannya? Sbb kalau ikut sbpa dah tak ada lg istilah KUP.tq

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:45 pm

      Ana~ Saya juga telah merujuk perkara yang sama dengan JPA, makluman yang diberikan ialah pihak jabatan perlu menghantar surat makluman mengenai kakitangan mereka yang berada di dalam kategori seperti Ana untuk tindakan lanjutan oleh JPA. Berkemungkinan, pelarasan selepas selesai ospyen SBPA.

  9. jane
    December 22, 2011 | 12:35 am

    adakah skim sbpa ini hanya utk penjawat awam tetap shj?bgimana dgn penjawat awam kontrak?

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:47 pm

      Jane~ Sama seperti jawapan saya tadi. Penjawat awam kontrak akan menikmati gaji yang diselaraskan mengikut matagaji di SBPA.

  10. affendi
    December 22, 2011 | 1:47 am

    cerdik sungguh budak hutan ni berkata-kata..kita setuju sangat dengan apa yang diperkatakan..sungguh membuka minda dan sepatutnya di baca dan dijadikan pedoman org lain..pasni kena tukar nama jadi budak cerdik pulak..susah nak cari blogger yg bernas mcm ni..teruskan usaha membuka minda org2 di luar sana..sekali lagi terima kasih kerana menarik perhatian saya..

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:49 pm

      Affendi~ Budakhutan hanya seorang manusia biasa. banyak lagi kekurangan dan pastinya tidak banyak kelebihan…

  11. berry
    December 22, 2011 | 6:11 am

    cmne yek,,ada yg kate kalu pilih sbpa,,makanya semua elaun akn ditarik balik,,im i rite,,,,so dmanakh untungye sbpa coz kalu sume elaun dtarik blk,,,means lg skitla gajinya kan,,,,

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:50 pm

      Berry~ Elaun di tarik balik? Setakat ini tidak ada maklumat / sumber rasmi mengenainya. Cuma Elaun seperti BIW yang berkadar dengan gaji hakiki ditambat. Berita baiknya, kadar elaun akan dikaji semula.

  12. ana
    December 22, 2011 | 8:00 am

    kalau saya berada di dh 41…tetapi KUP dlm dh 44 mcmana nk kira pergerakan gaji??

  13. nor
    December 22, 2011 | 8:45 am

    nk tanya…klu skrg sy berada di dg44 P1T3…tanggagaji sekrg rm3283…mcm ne kiraan gaji sbpa?

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:52 pm

      Nor~ maaf kerana saya tidak mempunyai sumber (matagaji untuk skim DG)
      tetapi kaedah pengiraan pemindahan gaji adalah sama seperti di atas.

  14. AZLINA
    December 22, 2011 | 9:54 am

    just nk tanya..klu gj skrg DG41,P1T7=RM 2238.55..nnt sbpa brp gj yer..bleh tlg kirakan tak?thanks…

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:52 pm

      Azlina~ maaf kerana saya tidak mempunyai sumber (matagaji untuk skim DG)
      tetapi kaedah pengiraan pemindahan gaji adalah sama seperti di atas.

  15. Orkid Pulau
    December 22, 2011 | 11:25 am

    sebenarnya yg paling pening dalam hal ni ialah Pentadbir..bukan senang nak menilai org2 yg kaki pemalas, penipu, hipokrit..kerja minta imbalan, kerja tahun ni baik tahun depan turun..markahnya ikut tahun semasa tapi dia ingat markah mesti naik je sedangkan tahun berikutnya dia tak berapa ok, MC tipu ( klinik yg sama di mana kakaknya adalah Pembantu hospital)dan hasut2 org sampai bergaduh…kaki bodek ni, kalau pentadbir hebat tak akan termakan kot…bodek bagai nak rak, hasil takdak…prestasi sekolah/jabatan merosot…ketua kena berani buang org yg tidak menyumbang keberhasilan sbb kalau tak buang, ketua kena buang..

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:54 pm

      Orkid~ Sepatutnya sesebuah organisasi bertindak sedemikian agar organisasi itu terus berkembang maju. Tetapi pihak perkhidmatan awam masih terlalu banyak bertimbang rasa dan memberi muka kepada penjawat awam….

  16. HafizBahari
    December 22, 2011 | 12:29 pm

    Artikel ni Buat Hati Aku Lega.. Lantak Korg La Nak Main Politik… Nak Bagi Nek Gaji Pn Salah… Trima Kasih budakhutan…

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:55 pm

      Hafiz~ Setuju… asingkan politik dari Kerjaya , Agama , Pendidikan, Keluarga dan Kehidupan… celikkan diri.

  17. herumi
    December 22, 2011 | 4:30 pm

    Salam. Macam kenal je background grafik yang disertakan. Anyways, thanks a lot.

    Tapi hari ni JPA umum penangguhan, buang masa je sain pagi tadi…

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:56 pm

      Herumi~ background asal SBPA / JPA ~_^
      JPA tidak mengumumkan penangguhan tetapi sedia untuk membuat rundingan dengan CUEPACS.

  18. asmoni
    December 22, 2011 | 6:32 pm

    salam.pd aku sbpa ni dah ok.cume yg x sodap didengar elaun sara hidup nak dilupuskan dan elaun kritikal nak dilupuskan@dikekalkan.(tiada kenaikan spt skim ssm).helloo..aper apreciate utk staff kesihatan.especially nurses.kerja berhadapan dgn mcm2 penyakit.risiko derr..bkn mcm DG.hari menghadap murid…cuber fk kan blik.

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 8:57 pm

      Asmoni~ Tak dilupuskan, cuma ditambat. Beberapa elaun lain juga akan disemak semula kadarnya sama ada relevan mengikut perkembangan semasa.

  19. my putrajaya
    December 22, 2011 | 10:16 pm

    salam budakhutan..sy suka cara anda menerangkan ttg pergerakan gaji trsebut..sy juga phm setelah diterangkan oleh PSM jabatan sy….walau naik sedikit utk sbpa ni,tp bila tiba kenaikan tahunan ia akan jadi byk n terkumpul…rezeki masing2..senior atau junior mmg sama tahap.mesti ada jwpan disebalik nyer.apapun sy hormat jpa dlm isu sbpa ni.kesian staff mereka siap berkampung kat opis utk sbpa ni..budakhutan org jpa ke?

    • budakhutaN
      December 22, 2011 | 10:28 pm

      Mai~ Oh, saya bukan orang JPA, cuma seorang penjawat awam biasa. Ramai mereka yang berada di PSM (setiap jabatan) bertungkus lumus menyediakan / melengkapkan dokumen yang diperlukan oleh rakan setugas mereka untuk pemilihan opsyen SBPA ini. Malangnya ada khabar yang kurang enak apabila ada jabatan yang hanya meminta kakitangan mereka menandatangani borang tanpa memberikan penjelasan / penerangan yang sewajarnya. Perkara inilah yang membuatkan sesetengah penjawat awam tidak berpuas hati dan seolah terpaksa.

  20. ninau
    December 22, 2011 | 11:30 pm

    tahniah! penerangan yang sungguh jelas…cuma nak minta pendapat, mana lebih baik antara pilih sbpa kekal dgn umur bersara skrg atau pilih sbpa dgn umur bersara 60?

    • budakhutaN
      December 23, 2011 | 6:33 am

      Ninau~ Bergantung kepada perancangan kerjaya ninau. Sekiranya mahu meningkat ke peringkat lebih tinggi dengan gaji yang lebih besar sedikit, maka pilih 60 tahun, agar pencen bulanan yang diterima nanti juga besar. Untung sabut timbul, rezeki mungkin lambat sampai, kenaikan pangkat mungkin berlaku di akhir-akhir perkhidmatan.
      Sekiranya memilih 55 / 56 / 58, pastinya sukar untuk menambah / meneruskan perkhidmatan ke umur 60.
      tetapi jika memilih 60 tahun, dan merasa mahu bersara pilihan awal, pastinya lebih mudah.
      ringkas… yang pendek tak boleh dipanjangkan, yang panjang boleh dipendekkan ~_^.
      Pilihan terletak di tangan saudara

  21. isha
    December 23, 2011 | 8:18 am

    x fhmla…mcmna tarikh pergerakan gj pun blh berubah juga ya..asalnya tarikh pergerakan gaji ssm januari..pilih sbpa ni berubah kepada julai pla…blh tlg jelaskan..

    • budakhutaN
      December 23, 2011 | 10:00 pm

      Isha~ Kurang pasti, tapi kelihatan seperti untuk membezakan pergerakan gaji di antara senior dan junior

  22. Gee
    December 23, 2011 | 1:12 pm

    sya triple like penerangan yg sebegini jelas..terima kasih budakhutaN ..
    errr…fyi sya pilih 60…hrp2 msih kuat naik tangga time tu..hehe :)

    • budakhutaN
      December 23, 2011 | 10:01 pm

      Gee~ 60 nanti mungkin sudah ada kelengkapan dan teknologi canggih, tak perlu naik tangga…. hehehe

  23. kHai
    December 23, 2011 | 10:39 pm

    Situasi

    1.Kekal pencen wajib umur 58 dan setuju SBPA
    2. Bila dah kerja rasa nak pencen pilihan pada umur 56

    Persoalan.
    1. Bila saya pencen umur tersebut,bila saya dapat graduiti dan pencen.

    TQ

    • budakhutaN
      December 23, 2011 | 10:52 pm

      Khai~ Bersara pilihan pada umur 56? Graduiti, GCR dan pencen akan diterima pada umur pilihan tuan, 56.

  24. mmasara
    December 24, 2011 | 9:00 pm

    Thn 2011 allah kurniakn sy ank oku.bkn oku biasa ttpi berpenyakit kronik.sy telah brcuti separuh gaji lbh kurang 4bln u mnjaga ank.sbpa adalah opsyen -mksudnya sy boleh u tidak sign sbpa?kebimbangan sy ialah sy mungkin akn dinasihatkn brsara jika asik cuti separuh gaji/tanpa gaji.andai sy kekal dlm ssm adakah sy xkn dinasihatkn brsara?jika brsara awal dlm sbpa cont brsara umur 35-baki 25thn dpt pencen ke?tq budakhutan..

    • budakhutaN
      December 25, 2011 | 8:22 am

      Mmasara~Tahniah kerana dikurniakan cahayamata. Walau apa pun kekurangan dan sifatnya, anugerah Yang Maha Esa… pasti ada hikmahnya.
      Di antara syarat untuk bersara pilihan, seeloknya puan menunggu sehingga berumur 40 tahun, dengan tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.
      Pemilihan opsyen persaraan (kekal 55/56/58 atau 60 tahun) tidak berkaitan dengan pemilihan opsyen SBPA.
      Seeloknya, puan memilih SBPA dan memilih umur persaraan yang puan mahu , kekal pada umur persaraan sekarang atau lanjutkan ke 60.
      Sekiranya puan memohon bersara pilihan pada umur 40 tahun, Graduiti dan GCR akan diberi pada umur 40 tersebut, manakala bayaran pencen bulanan akan diberi pada umur 55 tahun (puan harus menunggu 15 tahun).
      Justifikasi mengenai masalah puan mengambil cuti pastinya tidak akan mengakibatkan puan diminta untuk bersara, kerana puan telah memohon untuk cuti tersebut. Kecuali jika puan bercuti tanpa kebenaran dan makluman Ketua Jabatan, tindakan tatatertib boleh dikenakan.

      Pasti ada alternatif untuk masalah puan, contoh (sekadar cadangan) ~
      Mohon untuk dipindahkan atau ditempatkan ke jabatan yang berhampiran dengan mana-mana pusat jagaan/ rawatan agar puan dapat memantau kesihatan dan keadaan anak puan.

      Saya mendoakan agar anak puan akan beransur pulih dan memperoleh kesejahteraan serta berdoa agar puan terus tabah dan cekal hendaknya.

  25. Cikgu Junior
    December 25, 2011 | 8:39 pm

    nk tnya adakah kenaikan gaji tahunan dngn kenaikan gaji berdasarkan prestasi (5%,8%,15%) benda yg sama??atau berlainan…kalau yg sama maksudnya setahun 2 kali kenaikan gaji????

    • budakhutaN
      December 26, 2011 | 12:47 am

      Cikgu J~ Pergerakan gaji tahunan kumpulan PnP dan Pelaksana tidak melibatkan peratusan markah prestasi , tetapi pergerakan gaji tahunan akan diberi, sekiranya markah prestasi di atas 75%. Kenaikan hanya melibatkan anjakan dari matagaji terkini ke satu tangga lagi, contohnya dari T3 ke T4, tiada anjakan 2 kali setahun.

      • Cikgu Junior
        December 26, 2011 | 2:38 pm

        ok…tq…

  26. Kirry
    December 26, 2011 | 12:21 am

    Masih nak tahu lagi @ kurang jelas….x faham. Jika sy pilih opsyen 60 tahun pencen, dan kemudian nak pencen awal sikit dr tu…58 tahun. Boleh kah….dan bila pula menerima graduiti dan gaji pencennya.

    • budakhutaN
      December 26, 2011 | 12:49 am

      Kirry~ Sekiranya saudari telah memilih opsyen bersara pada umur 60 tahun dan kemudiannya mahu bersara pilihan pada umur 58 tahun, graduiti, gcr dan pencen akan diterima pada umur tersebut.

  27. zakaria nik wan
    December 26, 2011 | 10:20 am

    salam…

    saya ingin perbetulkan contoh pengiraan gaji ssm ke sbpa yang ditunjukkan di atas rasanya tidak betul.Kaedah itu hanya utk yang dah langgar dinding shj. Sekita nya seorang pegawai telah berada di P1T8 contohnya. Mulai 1/1/2012 terus turun pindah dari jadual gaji ssm ke sbpa mengikut anak panah ke bawah. Pergerakan Gaji Tahunan berubah juga seperti yang telah ditetapkan. Ramai yang keliru dan salah faham kerana taklimat awal memang seperti yang saudara ‘budakhutan’ berikan.

    • budakhutaN
      December 27, 2011 | 6:29 am

      Zakaria~ Lampiran Sifir pemindahan gaji yang diberikan telah dipermudahkan kerana kiraan telahpun dilakukan. Cuba tuan buat pengiraan sebelum merujuk kepada sifir pemindahan tersebut, pindahkan ke satu mata gaji di ssm, dan kemudian rujuk matagaji di sbpa yang terdekat. Hasilnya sama. Jumlah mengikut apa yang tertera di bawah anak panah. Harap maklum.

  28. ita
    December 27, 2011 | 9:26 am

    maaf kalau menambah banyakkan komen kat sini…
    baru jumpa penerangan yang sangat2 memahamkan saya.cuma nak tany..amcam saya ni masuk ke PA guna diploma..so saya punya tngga gaji dalam SSM start melompat lah skit berbanding org lain. tp bila dalam SBPA group S dikategori ke dalam STPM. solan pertama, nnti ade masalah ape2 ke kat saya ni?tahun ni P1T10 so nnti akan naik T11 dan akan dinaikan ke tangga gaji terdekat la pulak leaps tu ya??solah kedua,betul ke kenaikan saya dapat tu??macam…banyak sgt.

    • budakhutaN
      December 27, 2011 | 7:14 pm

      Ita~ Komen amat dialu-alukan ~_^
      Soalan 1 ~ Tidak menjadi masalah, kerana Kelayakan Ita melepasi kelayakan minima untuk skim tersebut. Ianya akan menjadi masalah apabila, kelayakan minima untuk skim(SBPA) itu ialah Diploma dan kelayakan yang dimiliki sekarang untuk memasuki skim perkhidmatan di bawah SSM ialah STPM, maka penjawat awam tersebut dikategorikan sebagai tidak memenuhi syarat perkhidmatan, dan dikehendaki mengikuti satu kursus peralihan. Pengecualian akan diberikan hanya untuk mereka telah bekerja untuk tempoh 6 ke 9 tahun. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011

      Soalan 2 ~ Syukur… ada dikalangan PA yang mendapat kelebihan berbanding yang lain.

  29. hamelia sunita
    December 27, 2011 | 11:43 am

    Assalamualaikum budakhutan,

    Terima kasih untuk entri yang sangat berguna ni. Akak cuma nak tanya dengan lebih jelas lagi kerana banyak kekeliruan.

    Sekiranya akak memilih SBPA dan pencen pilihan adalah pada umur 60 Tahun,
    1) bolehkah berhenti pada umur 55 @ 56 tahun?
    2) graduiti, GCR dan pencen akan dibayar pada umur 55/56 atau kena tunggu sehingga berumur 60 Tahun?
    3) Adakah sekiranya berhenti belum cukup 60 tahun ni akan menjejaskan perkhidmatan kita kerana ada ura-ura mengatakan pembayaran pencen akan dikurangkan sekiranya berhenti awal dari umur pilihan.

    Terima kasih. :)

    • budakhutaN
      December 27, 2011 | 7:18 pm

      Hamelia~ Waalaikumsalam kak,
      1) Istilahnya bukan berhenti, tetapi memohon untuk “Bersara Pilihan”.Memohon melalui JPA.
      2) Graduiti, GCR dan Pencen akan diberi pada umur 55/56 itu.
      3) Jika dirujuk Akta Pencen 1980 dan Pindaan 2011, tiada klausa yang menyatakan pembayaran pencen akan dikurangkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, golongan pesara juga menikmati kenaikan kadar pencen bulanan mereka. Syukur.

      Sama-sama

  30. Alia
    December 27, 2011 | 9:29 pm

    Good Info… Harap2 lps ni semua PA bersyukur dengan kenaikan ni walaupun tak semua menikmati kenaikan gaji yang banyak, tp sekurang2nya dpt menringankan beban masing2.. Insya Allah…

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 6:37 am

      Alia~Syukur ~_^

  31. Linda
    December 28, 2011 | 9:11 am

    Assalamualaikum,

    Just nak tanya, betul ke seniority hilang dlm SBPA ni? Itu yang saya dengar daripada mulut2 orang…jadi nak mintak kepastian di sini. Harap2 saudara boleh membantu :) . Soalan kedua, adakah orang yang bercuti belajar sepenuh masa juga akan hilang seniority?

    Terima kasih untuk jawapan.

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 6:42 am

      Linda ~ Waalaikumsalam.
      Seniority tak hilang dalam SBPA. Apabila Cuti Belajar Sepenuh masa ( Cuti Tanpa Gaji ? ) maka akan hilang kekananan dalam tempoh cuti tersebut.

  32. penditagilamahaguru
    December 28, 2011 | 12:20 pm

    Salam budakhutan.penjelasan mengenai gaji SSM ke SBPA yang awak berikan adalah salah.pergerakan dr gaji T7 terus turun ke gaji baru SBPA T7.bukan dr T7 SSM ke T8 SSM.Kemudian pada 1 April 2012 PA tersebut akan terima gaji SBPA T8.

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 6:52 am

      Tuan Pendita~ Betul, kerana tuan telah merujuk kepada pemindahan sifir gaji (lampiran C) yang telah dipermudahkan kiraannya…hanya perlu ikut tanda anak panah.
      Pengiraan di atas, adalah untuk menjelaskan pergerakan gaji mengikut tangga gaji (SSM) dan kemudian ke tangga gaji SBPA.
      Sekiranya Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/ 2011 dirujuk dan penjelasan daripada KPPA sendiri …ianya adalah sama.

  33. penditagilamahaguru
    December 28, 2011 | 12:22 pm

    memang SBPA(Sangat Beruntung Penjawat Awam).Siapa pernah tolak masuk kerja kerajaan pasti menyesal sebab SBPA mengamalkan perkhidmatan kejat.Yang pasti bersyukurlah dengan kerja yang ada sekarang.Dari mencari salah orang lain.

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 6:52 am

      Tuan Pendita~ Syukur itu kuncinya ~_^

  34. ajan
    December 28, 2011 | 1:26 pm

    Salam. Nak tanya ttg pemindahan gaji. saya sekarang di p1t12 RM3923. Jika ikut sifir pemindahan gaji ke sbpa naik ke p1t13 RM4076. Gaji terhampir tertinggi dalam sbpa adalah RM4080. Naik RM4 dari SSM ke sbpa. Pergerakan gaji tahunan adalah pada bulan april.
    pada tahun hadapan gaji pokok saya akan sama dengan orang yang kerja 9, 10 dan 11 tahun.
    Adakah gaji saya akan naik ke tangga seterusnya dalam sbpa iaitu ke RM4335 pada bulan januari atau april? sekiranya januari adakah akan naik sekali lagi pada april?heee…tq

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 7:12 am

      Ajan~ Salam SBPA.
      [1] SSM : P1T12 ( RM 3923) ke P1T13 (RM 4076) : jumlah kenaikan RM 153
      [2] SSM ke SBPA : terhampir RM 4080 : jumlah kenaikan = RM 4
      [3] jumlah kenaikan keseluruhan (penukaran skim)= RM 157.
      [4] pergerakan gaji tahunan (PGT) 2012 : RM 4080 ke RM 4335 : jumlah kenaikan tahunan = RM 255
      [5] jumlah kenaikan keseluruhan 2012 = RM 412
      Tuan menjelaskan PGT pada bulan April. Oleh itu, RM 4080 diterima pada bulan Januari 2012. Kenaikan PGT pula pada bulan April iaitu RM 4335.
      banyak tu ~_^

  35. anie
    December 29, 2011 | 8:35 am

    mmg betul ape y d nyatakan.sy pun setuju.cume jgn d bezakan krajaan n swasta.sama2 ada keburukkan n kebaikkan.saya juga pernah kerja swasta n krajaan jadi dapat bezakan.y penting harus bersyukur.mcm sy xamik kesah sgt ttg kenaikkan pangkat atau gaji y penting keje tiptop.mungkin ada sbb dieorang mengkaji semula.kengkadang org swasta xtau ttg ape y terjadi pada org krajaan.dalam krajaan banyak jawatan.dan setiap jawatan ada agenda tersendiri.oleh itu kite doakan kebaikkan dieorang jer.mudah2an dmudahkan jalan.

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 10:27 pm

      Anie~ Sesuatu yang baik selaluny atakkan bermula dengan mudah… ~_^

  36. Abu
    December 29, 2011 | 3:03 pm

    Isunya ialah apabila Ketua Jabatan meberi markah prestasi atas dasar tidak suka kakitangan itu. Bukan sebab prestasinya. Ada jabatan Kerajaan yang sekiranya kakitangan itu dilihat bergaul dengan orang yang tidak disukai maka orang itu markahnya rendah, sehingga mencecah 38 peratus.

    Tapi jika kaki bodek, kaki report pada boss (tanpa perbicaraan) maka prestasi beliau ini adalah tinggi. Ini lah silapnya. Kalau terjadi pada seorang sahaja takpe, bolehlah di anggap staff tersebut tidak perform (kononnya). Tapi ianya terjadi kepada majoriti staff.

    Dan yang menghairankan, bila kaki ampu markah tinggi, kaki jaga baucer markah tinggi. Percaya atau tidak Jabatan Berkenaan cuma seorang ajer yang dapat KUP N22.

    siapa yang duduk di jabatan ini memang malang.. nak kata cemerlang idak juga.. Jabatan ini selalu kena bambu berbanding Jabatan lain….

    • budakhutaN
      December 29, 2011 | 10:32 pm

      Abu~ Walau sebesar mana kapal laut, kalau bocor, akhirnya tenggelam juga ~_^

  37. hussin mat aris
    December 30, 2011 | 3:28 pm

    salam…saya pembantu am rendah gred N4 ingin mengajukan soalan…sekarang saya telah mati gaji pada P3 T…(tak ingat)..RM1702.72, soalan saya macamana perkiraan gaji saya sekiranya saya memilih SBPA.

  38. irfan mohd nor
    January 5, 2012 | 5:35 pm

    Apa bezanya diantara bersara umur 58 dengan 60 tahun?

  39. kami sedih
    January 17, 2012 | 3:25 pm

    carta kenaikan 2 juta tu macam nak mengaburi mata pembaca.. mmg angka yg digunakan hanya sekadar hiasan tapi perlukah anda menaikkannya banyak sebegitu.. kenaikan 2 juta dari gaji asal adalah (200%) sedangkan dalam spba sebenar ada jawatan yg naik tidak sampai pun 5%.

    • budakhutaN
      January 18, 2012 | 7:14 pm

      Kami Sedih~ bukan mengaburi… ada maksud tersembunyi. ~_^ saya pun sedih

  40. esempoi
    January 22, 2012 | 2:25 pm

    tengah dikaji semula pun
    nampak sangat buat skim ni secara terburu2..
    memang niat baik.. tapi bila buat tergesa2 dan tanpa input dari semua pihak lak tu.. maka jadilah camni.. tak seimbang..

    harap bila dikaji semula nanti, akan dapat memuaskan hati semua orang..

    • budakhutaN
      February 9, 2012 | 5:28 am

      Ya, tengah dikaji semula…
      tetap bersyukur dengan setiap perubahan, dan berharap agar ianya lebih baik

  41. kak yah
    February 7, 2012 | 11:51 pm

    salam….maaf bertanya..
    bagaimana kalau saya yang tengah memangku DG32…gaji sekarang RM 2313 tarikh memangku 16 Jun 2011..

    • budakhutaN
      February 9, 2012 | 5:29 am

      Salam SBPA kak Yah,
      rasanya elok kita tunggu dahulu skim SBPA yang telah dimuktamadkan selepas kajian semula ~_^

  42. aya
    March 8, 2012 | 9:11 am

    saya baru join awal bulan satu untuk kontrak setahun N41. skim yng diletak kat situ ssm. so mmg tak de sign pape la yang sbpa. so sekarang ni kira skim sbpa ni tak apply la kat saya kan?

    • budakhutaN
      March 10, 2012 | 12:05 am

      Aya~ Muktamad, SBPA sudah dimansuhkan…

Leave a Reply

Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://www.budakhutan.com/2011/12/sbpa-sangat-beruntung-penjawat-awam.html/trackback

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD