Terjaga aku dari tidur… melihat wajah polos teman tidur di sebelahku ini membuatkan aku tersenyum. Pipinya yang gebu dan tubuhnya yang comel… pasti geram. Mahu sahaja digomol pipi itu. Aku usap dan belai rambutnya. Perlahan… tak mahu terganggu nyenyak tidurnya. Di bibirnya terukir senyuman. Manis. Semenjak kehadiran dia, tidurku tidak lagi seperti dulu. Mahu sahaja setiap malam dia berteman, dipeluk dan didodoi. Adam… kemengantukan babah ini berbaloi bila melihat tidurmu yang lena. ~_^
Wah! Itu cerita Adam, Papa Adam dan Mama Adam.
Disember? Hujung tahun! … Pejam celik 2011 semakin hampir ke penghujung. Bagaimana dengan impian dan harapan? Sudah ada azam yang tercapai? atau senarainya masih panjang? Yang pasti, masa terus berlalu dengan pelbagai peristiwa pahit manis di 2011 ini. Aku? berat naik ke 80 kg! Kelassss kau Maria… eh. Ya… keberatan ini juga mengejutkan aku apabila secara tidak sengaja berdiri di atas penimbang berat baru-baru ini (tak sengaja…hehehe). Makanya, azam terkini sempena 1433 (tahun hijrah) dan 2012 ialah MENGURANGKAN BERAT BADAN!
Selain daripada isu berat badan, dalam tempoh seminggu ini aku banyak berfikir tentang blog dan web yang di ‘urus’ oleh aku. Banyak perancangan 2-3 tahun lepas tergendala dek diri sendiri dan beberapa rantaian peristiwa persis Inception + Time Machine + Misteri Jalan Lama + Jason Bourne + X-Files + Leverage + Prison Break + The Odyssey dan yang sewaktu dengannya. Kini harus dan wajib bermula semula! Cabar!!!
baiklah, Bara Dendam ~ dendam ini harus berbalas!!!
p/s – SBPA : Skim Baru Perkhidmatan Awam. Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 tahun 2011 ini akan mengandungi khabar gembira untuk semua penjawat awam. Kenaikan gaji tahunan, Kemudahan Elaun yang lebih baik serta sistem kenaikan pangkat yang menarik. Banyak khabar angin yang bertiup kencang. Kata aku? : Tunggu sahaja pekeliling rasminya keluar.
p/p/s : Baik baik…