Sudah!

9hb Februari 2012… Telah masuk hari yang ke 40 di tahun 2012. Masih terkapai-kapai dan tergelincir dari misi yang aku sendiri telah tetapkan. Tekad itu perlu dari setiap langkah yang diatur. Momentum semangat ketaksuban untuk melaksanakan segalanya harus dipacu lebih keras dan deras. Kerana apa? Kerana masa akan tetap terus berdetik, bertukar dari saat ke minit dan seterusnya hari tetap bertukar dari siang dan malam… jika tidak mahu ketinggalan, ayuh maju!

Teringat dengan berita beberapa minggu yang lalu, seorang lelaki yang membuat pengakuan mempunyai wang simpanan lebih daripada 5 trillion Euro, bersamaan lebih kurang RM 20 Trillion! Lebih mengejutkan apabila beliau mendakwa sebagai keturunan diraja jawa. Bukan setakat itu, banyak juga cerita yang ‘berlebih’ dalam pengakuannya. Google sahaja di internet pasti banyak versi cerita yang ada. Tetapi bukan ‘kekayaan’ nya itu yang memikat hati aku. Aku berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai teori ramalan Joyo Boyo, teori keagungan empayar rumpun Melayu yang gah satu masa dahulu akan bangkit semula, teori sejarah Melayu yang faktanya telah diseleweng dan banyak lagi perkara berkaitan ramalan, sejarah dan konspirasi.

Betullah kata sifu-sifu… “semakin banyak perkara yang kita belajar, baca serta mencari ilmu dan hidup… maka semakin banyaklah juga perkara yang kita tidak tahu” .

Bahan bacaan lama menjadi pilihan aku sekarang. Syukur, terjumpa beberapa naskhah lama yang membuatkan otak lebih ligat berfikir.

Bercelaru tanpa isi yang yang berisi. Bejat otak. Itu mungkin kandungan tulisan (taipan) aku hari ini.

Ayam sudah mula berkokok. Jika diikutkan rasa mahu sahaja terus mengetuk papan kekunci dan ‘menghadap’ komputer ni. Tidur lebih kurang dua jam semalam, sudah cukup rasanya. Rasa lebih segar.

Rutin lama ini aku harus kembalikan. Awal.

Ayuh, sudah!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!