Assalamualaikum…
Wah! senyap tak bisu, hilang tak ghaib, kosong tak sifar. Yup, secara ringkas itulah pengisian entry aku untuk post kali ini. 2012? dari awal Januari hingga ke hari ini, blog ini agak suram. Aktiviti di alam maya aka siber kurang. Bak kata ikan di laut, kurang beraksi. Ada tuntutan / tugas yang tak terlangsaikan. Kadang-kadang dan juga selalu, perlu memilih… keutamaan. Terlalu banyak ‘diambil kesempatan’, kadang perlu ‘jahat’. Bisik-bisik bangas tanpa usul periksa, membingitkan telinga… membengkakkan hati. Tapi bengkak akan surut, jiwa tak selalu kacau… Yang Esa pasti tahu.
Eh! ini bukan edisi jiwa kacau. Tapi sepatutnya jadi edisi comeback. Kalau cerita ultraman, masuk episod Ultraman Return. Kalau versi Superman, yang pasti bukan Gangnam Style. Ah, melalut..ke laut.
Masih relevankah untuk berblog dan menulis blog? Adsense, Nuffnang dan Adverlets sudah hampir ke kitaran masyuk. Jarang update, tapi syukur ada isi blog yang laku keras. Semangat MenGoBLOG masih kental… dan harus bertatih semula. Ya, bertatih dari awal. Mengenali blogger2 muda dan menjejaki blogger lama yang pernah di skodeng dahulu. Benar, pengisian dan inti pati blog akan menentukan jatuh bangun / meriah blog. Mahu lagi meriah, buat isu hangat dan skandal, taip cerita tahap seksmania…eh! atau berkempen politik dan kutuk artis atau individu lain. Membogelkan maruah atau merogol privasi itu strategi telanjang SEO. … nah, ayuh lihat naik atau tidak carian keyword untuk ayat-ayat tadi. Kawan… kita sebagai blogger kena ada etika. di Facebook atau Twitter pun kena ada etika. di Masterchef Malaysia Musim ke dua pun ada Etiqa lepasan universiti yang comel dan kiut serta pandai memasak…
Ahaks, rasanya cukup dahulu permulaan di 25hb September ini. Selamat hari Lahir untuk aku.
Rileks la bro.
Kesimpulannya… aku masih ada di sini.