SYUKUR | SETAHUN ADAM

Syukur…
Anugerah kurniaan Yang Maha Esa
Lahir ke dunia jasa besar Mama
9 bulan dikendong
Perut bulat diangkat
Papa memandang rasa berat
Harap boleh tukar tempat
Tapi itu sudah tetap
Agungnya ciptaan Tuhan
Ayuh tadah tangan….
Syukur….

Alhamdulillah, hari ini genaplah setahun umur ADAM. Pengalaman menjadi seorang suami dan ayah amat memberikan impak besar dalam kehidupan. Seorang lelaki tak akan lengkap tanpa gelaran keramat itu. Itu pendapat aku. Kalau tidak setuju boleh angkat tangan. Bait-bait ayat di atas aku ritmakan walau tiada rima. Ala hip hop, kosa kata ringkas… bebas.
Semoga Adam menjadi seorang anak yang soleh, berjaya dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!