BUMI | PANDEMIK PROPAGANDA DIAYAH

Bilakah agaknya meteor atau gempa bumi atau puting beliung atau tsunami  atau makhluk asing atau zombi atau kemurkaan… melanda atau menakluk BUMI ini…

Biar hancur hierarki, anarki, putarbelitkaki… politikaki… yang boleh buat orang memaki membenci…

budakhutan - tenggelam2010

Sangat sebak dengan kepincangan, keceluparan dan kerakusan manusia yang bergelar orang… orang orang yang asalnya orang..

Agama…politik… Bangsa… Kembali kepada kepuakan gasar.. .asal punya kuasa gaya orang besar-besar… yang lurus tak telus, yang bijak guna memijak, yang lebih berlebih-lebih, yang tinggi meninggi-ninggi, yang kuat lagak hebat… eh, ingat… darah sama merah bukan kelabu atau ungu…jangan dungu…

Sahabat dihutan belantara mula mengeluh, mahu sahaja diajak beradu mereka yang berakal tapi dangkal…

Rakan diair mula merajuk, mahu sahaja ke darat dibawa selam mereka yang punya peradaban tapi biadap tak beradab…

Teman di langit mula berdendam, mahu sahaja menjunam tajam ke dada dada mereka yang jahanam… kejam

Jangan sampai………..

Sebelum sangka berprasangka ini adalah mesej untuk semua…

Bukan untuk politik kau dan dia…

Bukan hanya untuk agama kita dan kamu..

Bukan untuk bangsa disana atau disini…

Tapi untuk KITA MANUSIA…

Bumi… Pandemik propaganda diayah…

nota kaki : enteng?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!