Jam menunjukkan pukul 7.52 malam. Selamat malam.
Tahun baharu…baru sahaja bermula 4 hari yang lalu. 2013 ini aku bermula di lokasi kejadian yang berbeza. Perspektif dan skop kerja yang berbeza dengan waktu kerja fleksibel yang memberikan sedikit kelebihan serta ruang untuk BERMULA semula. Banyak yang tertinggal dan ketinggalan.
Oh ya… kenapa SantutMan? aka Lelaki Bersantut? entah.. aku sedang melihat entri-entri terdahulu di blog aku ni… aku dapat rasakan aura serta cas yang lebih bila terlihat foto ini. Eh… bukan kerana aku dari golongan lelaki ‘J’. Mungkin kerana aku minat dengan ‘SUPERMAN’ makanya, kita juga perlu ada hero tersendiri… sekurang-kurangnya dia tak pakai seluar dalam di luar selepas pakai seluar lain di luar… SantutMan lebih telus… halus… hahaha ( ketawa sambil mengetap bibir… sejuk). Oh ya… aku pakai santut …OK!
Di tempat baru ini aku mula belajar benda dan perkara baru. Menyesuaikan diri dengan cara kerja, kenalan kerja, waktu kerja serta persekitaran yang baru. Sangat amat berbeza dari dahulu. Perjalanan yang panjang akan bermula. Cabaran dan dugaan pastinya akan datang bertimpa-timpa, dan aku berharap aku tidak alpa. Harus terus MAJU.
nota kaki : Rahsia ini… telah lama aku pendamkan…
nota kaki-kaki : “Tolong Jangan Pijak Saya, Nanti Saya Mati”
santut tu cawat ke ?
huhu..
the santut man !!
Moga Allahswt sentiasa rahmati u and family. bertambah lagi ilmu dan pengalaman bila berada di tempat baru 🙂
Cikgu Neno ~ Santut tu seluar dalam…hahaha
Santut tu kan perkara ‘asas’ yang semua orang kena pakai … hehehe
Terima kasih di atas ucapan serta doa yang diberikan..
Ayuh bersama mencipta Malaysia yang lebih cemerlang!