Selamat hari Empat… Khamis kata orang.
Pandangan, melihat perlu sampai kelihatan apa yang dipandang. Tentunya menggunakan mata… disusuli dengan jiwa dan hati. Kalau mahu menambah rasa juga boleh…tapi jangan ‘perasaan’. Perlu melihat ke belakang. Jangan terlalu laju ke hadapan sampai lupa untuk menoleh ke belakang… Kalau bukan kita bermula dari belakang, tak akan kita dapat maju ke hadapan. Belajar dari kesilapan dan pengalaman.
Tidak mudah. Hakikatnya hidup memang begitu.
nota kaki: Boleh pandang-pandang…
nota kaki-kaki : Gambar diambil di sebatang pokok di perkarangan premis kerja yang lama.
nota kaki tangan: Mula mengetik ! TEMBAK!!!