MERUNGKAI TRAGEDI | PIGMI BORNEO | KENAPA MATI? DIRACUN? TERACUN? BUNUH DIRI?

Dunia digemparkan dengan kejadian kematian beberapa ekor gajah Pigmi Borneo pada bulan Disember 2012, dan sehingga kini jumlah kematian yang dicatat adalah sebanyak 14 ekor. Kejadian berlaku di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau.

gajah pigmi BORNEO - 2013

Lebih menyayatkan hati apabila seekor anak gajah ditemui berada berhampiran dengan ibunya yang tidak lagi bernyawa. Pilu dan sangat memberi kesan kepada pencinta haiwan dan alam sekitar. Sebagai seorang manusia, peri kemanusiaan dan ‘peri kebinatangan’ itu harus ada… Letakkan situasi ini pada latar kejadian, tempat, serta watak yang berbeza… contohnya gantikan sahaja haiwan tersebut dengan manusia, letakkan tempat kejadian sebagai Gaza… ngeri dan amat merobek hati.

Jumlah ganjaran telah pun bertambah sehingga RM 100 ribu untuk maklumat yang diberikan sehingga tertangkapnya pelaku yang bertanggungjawab.

Analisis awal telah pun dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia, tetapi masih gagal untuk merungkai punca keracunan sehingga sampel perlu dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pandangan kedua daripada pihak berkecuali. Pusat Racun Ramathibodi, Universiti Mahidol serta Makmal Kimia, Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Queensland, Australia. Kedua-dua institusi tersebut dikatakan mempunyai kepakaran dan keupayaan yang terkemuka di dunia….

Secara tidak langsung ini mencabar kredibiliti tenaga pakar tempatan.

Dari satu sudut, ia akan memberikan impak positif jika keputusannya sama, sebaliknya akan menyebabkan hasil analisa awal  Kimia boleh dipertikaikan… Tetapi pihak terbabit telah diminta untuk meluaskan skop analisis untuk memberikan keputusan laporan yang lebih jelas dan jitu.

KENAPA MATI? DIRACUN? TERACUN? BUNUH DIRI?

misteri - ikan paus dan lumba-lumba

Apa sudah jadi? Bolehkah kejadian ini dikaitkan dengan kejadian ikan paus serta ikan lumba-lumba yang dengan sengaja mendamparkan diri mereka di pasir pantai? Fenomena yang masih lagi menjadi misteri dan persoalan umum…

Menurut kenyataan WWF Malaysia, lebih kurang 1200 sahaja lagi gajah Pigmi Borneo yang ada di kawasan hutan di Borneo. Jumlahnya amat sikit… benar-benar menghampiri jurang kepupusan. Eja betul-betul… PUPUS!

Habitat hidupan liar ini semakin mengecil dan sempit dek kerana kerakusan manusia dalam aktiviti pembalakan, perladangan kelapa sawit serta lain-lain proses pembangunan.

Baiklah, sekali lagi, skrip masih sama… tukar sahaja watak dan lokasinya. Watak, penduduk Palestin, lokasi Palestin. Kawasan penempatan mereka semakin kecil disebabkan pihak zionis, Israel yang dengan gelojohnya merampas wilayah-wilayah yang dahulunya milik Palestin.

IRONI bukan?

Adakah kawanan gajah ini mati disebabkan oleh konflik mereka dengan manusia? Perebutan wilayah? Mengganggu penempatan penduduk setempat? Memakan hasil tanaman orang kampung? Dendam kesumat? … SEMUA INI POYO!

Siapakah yang terlebih dahulu merampas dan  mengganggu habitat semulajadi haiwan di hutan? Makhluk asing?

oh… ini adalah siri pertama untuk merungkai kejadian tragedi kematian Pigmi Borneo ini. Tunggu kupasan aku dengan ayat aku untuk plot ini.

Bersediakah mereka untuk ketibaan si Penunggu Hutan untuk mengadili mereka? 

Pengakhirannya pasti onar…

nota kaki :

untuk berita mutakhir kes ini boleh rujuk

khabarkinabalu.com | Berita.Cerita.Kita … kita punya bah!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!