Bukan Bukan Bukan

Ya! Bukan seperti apa yang dibisikkan atau bukan seperti apa yang dikhabarkan melalui pokok yang bergoyang…
Boleh sahaja cerita itu ditokok dek kokokan mereka untuk meriuhkan kampung dek sebiji telur… Kosong.
Sinis, bicara orang lagak malaikat… mengadili berasaskan persepsi seperti buih buih pepsi… Meletup.
Tidak pernah ada sekelumit rasa kepincangan diri… Tahu mereka sempurna tidak ada kekurangan lebih sejengkal dari seinci…
Bukan.. Bukan.. Bukan…
Ini gurindam bukan dendam… Elok dibiarkan… Rendam dalam dalam… Dalam genggaman kan ada bunga.. Bunga raya…
Tunggu… Pasti ada hikmahnya…

Bukan…?

Nota tangan:
Susun atur… Biar merangkak…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!