Masih ada lagi bah… Tenggelam? Masih juga timbul-timbul ni. Cuma kekerapan itu semakin berkurangan. Mungkin ada yang kurang. “Hidup… begitulah lumrahnya…” ungkapan yang selalu sahaja dilafazkan. Meniti dari bibir ke bibir, menjadi frasa penyedap hati, pengekal motivasi dan penguat semangat untuk terus mengharungi kehidupan.
Kesusahan dan kekurangan seharusnya membuatkan kita lebih tabah. Kesengsaraan atau kepayahan dilapah walau perit… asalkan akal dan fikiran kita tidak menyempit dek asakan gelumang dugaan.
Sujud… dan berdoa…
Aku masih disini, berdenyut dan bernafas… masih ada lagi bah.
nota tangan : jangan lupa cuci tangan