Ingat lagi dengan ayat yang biasa kita dengar ini? “Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung”… “Kena berfikir di luar kotak’… Pasti… Dari mula memasuki alam persekolahan sehingga ke usia sekarang, itulah kata azimat yang sering dibicarakan kepada kita.
Transformasi dan perubahan, bukan setakat berkaitan tempurung atau berfikir di luar kotak… Sememangnya dan seharusnya menggunakan otak. Fikir, rancang dan laksanakan… Tempurung dan kotak masih perlu, jika tidak, pasti ada batas dan fragmen yang kita langgar. Limitasi kadangkala perlu. Had itu ada capaian maksimanya.
Tetapi… Itu tidak bermaksud keupayaan atau kecemerlangan itu tersekat. Leraikan simpulan dengan baik, rungkai kekusutan dengan penyelesaian berhemah. Pasti ada jalannya.
Jaga… Jaga dan jaga… Kalau hilang tempurung dan kotak, bersiap sedia bila langit mendung dan awan berarak, hujan yang turun pasti membasahi bumi… Biasa? Itu risiko…
Kekok… Itu juga biasa.
Baiklah… Berhenti berkokok, elok mengais mencari rezeki… Tak perlu tunggu baja.
Ada guna anggota.
Menghitung ke penukaran digit.
Nota tangan: selirat berat sendat biar padat…