Laluan | Kadang Kita Bertindak Melulu

LALUAN

Laluan… kadangkala kita bertindak melulu, tanpa berfikir terlebih dahulu… bila sudah tertusuk sembilu, sesal,sakit dan ngilu. Tetapi itu adalah laluan, kerana pasti ada sahaja cabaran di sepanjang perjalanan. Berhenti dan itu bermaksud tersekat tanpa dapat meneruskan langkah. Redah dan harungi apa sahaja yang menanti di sepanjang laluan. Persimpangan? Itu adalah pilihan…

 

Nota :

Hari Sabtu yang berjerebu. Menyiapkan beberapa rekaan cadangan sampul duit raya serta gambar manipulasi. Tetapi otak sedang ligat dan teruja memikirkan ‘projek-projek’ yang mahu dilaksanakan. Gambar berkaitan projek akan dimuat naik pada masa kan datang (setelah menjadi… hehehe) . Eh… bukan buat kuih raya. Bukan juga projek buat atau menjual mercun dan bunga api.

Sudah? Sambung nanti…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!