Cekal dan tidak bebal. Semua orang mahu begitu. Kalau boleh ditambah kebal. Itulah lelaki berhati waja.
Man of steel. Hati amat gundah gulana. Selaku peminat tegar Clark Kent, Kal-El atau Superman… aku amat mahu melihat adiwira dari Smallville ini di layar lebar.
Melihat babak dari trailernya yang agak misterius dan gempar membuatkan aku tambah tidak keruan.
Bukanlah seluar dalam merah diluar itu yang mahu dijadikan ikutan atau menjadi pujaan, tetapi perjuangannya dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan.
Perjuangan kadangkala tidak memerlukan sebarang penghargaan atau balasan… Biar tidak dimengerti.
Nota tangan: peluk