Kangen ngak kamu sama aku? iya… kalau begitu jangan dibiarin… nanti ada yang nembakin sama aku lho… Bagi dong tanda cintanya… hahaha. Ades… Salam Selasa buat semua.
Pasti ramai yang menanti dan meminati Cerita Bersiri Heart Versi Kanak-Kanak tu… ala.. yang di channel 142 Pelangi sekarang. Cerita ni pernah keluar sekitar tahun 2008 dahulu, dan aku pernah buat review dan coret-coret sikit pasal drama bersiri kanak-kanak comel ni…
Siapa Rachel? … hehehe… dah besar budak ni sekarang… Yuki Kato… makin lawa dan cantik… serta segar bugar… eh… ades…
2. Cerita Bersiri Heart Versi Kanak-Kanak
Kalau belum lagi tahu dan mahu tahu… aaa kamurang tengok-tengoklah tu link. Mana tahu boleh jatuh cinta.
Kalau aku tidak silap, terdapat versi terkini… Cerita Bersiri Heart Versi Remaja la pula… tapi malangnya… tiada Si Didit dalam cerita tu… Ke mana didit menghilang? erm…
Tapi sebenarnya aku bukan mahu cerita sangat tentang Heart yang itu… tetapi lebih kepada Heart yang kita semua miliki. Semua orang ada Hati dan Perasaan… bukan hanya kita sahaja yang mempunyai kelebihan memiliki Heart…
Kebelakangan ini isu agama dan bangsa sungguh hangat diperbahaskan dan dipermainkan. Ada yang mengambil kesempatan, ada yang lebih sudu dari kuah, ada yang terlalu emosi, ada yang biadab, ada yang lupa asal-usul, ada yang lupa pada batasan, ada yang lupa pada RAMADHAN…
Rasional dan toleransi… berdakwah bukan dengan kekerasan. Mengajar bukan dengan cacian, makian dan mengaibkan, membetulkan bukan dengan tumbukan, tendangan atau rusuhan.
Ikhlas dengan belas tanpa harap berbalas… waras!
nota bawah:
Murtabak jawa… oh murtabak jawa… oh..aku rasis? hmmm…