Iklan | Macam Dalam TV

Bukan Skandal...

Bukan Skandal… Mereka beramah mesra

Lama tak jenguk akaun Nuffnang, kurang lagi beberapa ringgit sebelum boleh dituntut untuk ditunaikan. Kalau dapat sebelum Aidilfitri ni kan menarik!. Kali terakhir dapat hasil daripada perkara berkaitan iklan mengiklan ni adalah pada dua tahun lalu, 2011… melalui Adsense. Almaklumlah, selepas tempoh itu… blog ni pun agak bersawang, sunyiiii…

Bila dijenguk Nuffnang tu, dapatlah tengok jenis keyword yang popular… Perkataan yang paling tinggi jumllah cariannya yang membawa ke blog ini adalah perkataan ‘ROGOL’ … eh… dalam kategori blog lucah ker blog aku ni?

Sedih woo…

Rasanya dalam post aku aku lebih banyak guna perkataan dan pendekatan bersahaja dan bersapa-sapaan dengan mesej pesanan sosial serta motivasi. Ala… untuk aku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca.

Dengan semangat blogging yang kini meluap-luap dan membara… Menjana hasil daripada blog mungkin masuk semula dalam senarai sasaran yang perlu dicapai.

Teknik SEO mengSEO diaktifkan balik… alahai.

Nota:

Gambar pasangan kekasih di atas aku ‘klik’ pada Sambutan Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang lalu, tak silap Bulan Mei…  Ya, ini adalah gambar sebelum mereka melakukan adegan ‘comolot’ atau bahasa sanskritnya bercium-ciuman mesra… bukan nafsu.

Eh.. manalah tahu mereka ini sudah berkahwin… Biarkan.

nota lagi :

Bah! jadi?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!