Korek… korek…korek… Masukkah sudah? Ada harapan? Rugilah kalau belum masuk… Boleh bernafas lagikah? Belum puas lagi? Nanti ada lagi kemasukan tu…
Ya! 25hb dan jatuh pada hari Khamis. Ramai yang menanti tarikh keramat ini. Gaji dah masuk. Ramai yang mengorek. Masing-masing mahu melihat kenaikan satu pergerakan gaji yang telah diumumkan oleh PM dahulu. Yang lebih beruntung, mereka yang KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) nya pada bulan Januari dan April, ada yang menerima tunggakan kenaikan gaji selama 6 bulan dan 2 bulan… Ada segelintir yang KGTnya jatuh pada bulan Julai akan mendapat kenaikan 2 KGT serentak… itupun bergantung kepada jabatan masing-masing…. Yang bulan Oktober… Sabar… hehehe
Itu belum lagi termasuk pengumuman rasmi PM semalam berkenaan bantuan kewangan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam (Gred1-54) dan RM250 kepada pesara. Bayaran akan dibuat pada 31hb Julai ini.
Alhamdulillah…
Tolak servis kenderaan, tukar tayar, bayar insuran kereta, perbaharui road tax, masalah penghawa dingin kenderaan, bil telefon, anggaran perbelanjaan keluarga untuk bulan seterusnya, kecemasan…aaaa… bercerita tentang duit… pasti ada sahaja ujian yang mendatang… Maksudnya, kita perlu berusaha lebih gigih… rancang…
Baiklah… selamat membeli belah kepada semua yang akan berbelanja untuk Aidilfitri ini… Raya sakanlah korang weih!
Nota foto:
Kelihatan si lelaki menyeluk beg si wanita untuk mendapatkan sesuatu… Aku terus ketik kamera untuk rakam detik itu… entah kenapa… ianya menarik dan ada cerita bagi aku… Kejadian berlaku di Gaya Street, Pasar Tamu Hujung Minggu… Awas… ada kamera yang akan mengintai anda… hehehe