Meja | Berbeza Lain Tidak Sama

Berbeza lain tidak sama… Pisang dengan Cekodok tidak sama. Dua entiti berbeza walau intipatinya sama. Eh, kenapalah aku bercerita soal makanan di bulan Ramadhan ni… tapi tak salah bukan.

Perubahan sememangnya akan menjadi sesuatu yang agak menjengkelkan atau lebih elok disebut mencabar. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan perubahan persekitaran, komuniti dan komunikasi. Beralih dari satu norma kebiasaan kepada satu rutin yang baharu kadangkala merumitkan atau lebih manis disebut mencabar.

Tetapi hidup tanpa cabaran pastinya akan membuatkan kita terlalu selesa dan leka. Jika kita melakar graf kehidupan, sekiranya ianya terlalu tenang, maka kita akan mendapat satu garis mendatar… Dengan cabaran, graf kehidupan kita akan turun naik… seperti nadi … denyutan jantung yang ‘menggerakkan’ kita.

Gagal, tewas dan jatuh tidak bererti kita lemah… kita lemah apabila kita tidak berusaha dan mengalah tanpa berjuang. Pilihan di tangan kita sendiri.

rindu

Aku merindui ‘meja yang semak’ dengan fail-fail, surat-surat, Buku Rekod Perkhidmatan dan komputer kerja juga ruang aku yang tersendiri dahulu. Kerenah dan gelagat rakan-rakan sering membuatkan hari yang berlalu berwarna-warni…. itu… dahulu…

Kini.. ianya aku sifatkan sebagai cabaran. Bermula dari sifar. Kosong.

meja-2013

“We keep moving forward, opening new doors, and doing new things, because we’re curious and curiosity keeps leading us down new paths” ~ Walt Disney

nota jari:

Sebelum berdiri, kita merangkak…

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!