Pelik | Manusia Itu Haiwan ?

Ikat Anjing - perikebinatangan

“Darwin si saintis tu cakap, manusia ni berasal daripada beruk, maksudnya kita ni tak jauh bersaudara dengan monyet dan gorila”
Haha memberikan penerangan dan memandang serius sambil menepuk belakang Jong Kook.

“Kalau kita ni sama macam haiwan. Ke mana perginya spesies yang dalam proses peralihan tu ? kenapa masih pula ada monyet, beruk dan orang hutan ?”

Jong Kook menanggalkan topi versi Iron Man Haha lalu dicampakkan ke lantai yang berdebu. Kolar baju Haha ditarik untuk mendekatkan pandangan mata mereka…

hehehe…. apasal la versi RunningMan ni..

Baiklah, cerita aku sebenarnya adalah tentang sikap dan akhlak. Kalau anda melihat gambar tersebut, apakah yang anda fikir dan rasakan?

Siapa haiwan?

Kenapa perlu anjing itu diperlakukan sedemikian rupa? Diikat dan dijerut di leher dengan menggunakan tali rafia…

Ironinya, anjing itu untuk dijual kepada pengunjung di tamu Giant, Kolombong. Kenapa aku dedahkan? Supaya ada pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan yang sepatutnya.

Juga untuk pengunjung atau pembeli tegar haiwan.

“Pencinta haiwan?… renung-renungkan dan fikirkan”

Bukan tidak boleh menjual haiwan, tapi layan dan jagalah haiwan berkenaan dengan baik dan sepatutnya.

Kita bukan haiwan kan…

nota hujung:

bayangkan kalau orang yang kena ikat pakai tali rafia… Apa Macammmm…?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!