Hidup adalah mengenai pilihan… pilihan untuk memilih halatuju destinasi hidup. Keliru? pilihan yang ada hanyalah untuk terus melangkah maju kehadapan atau terus terjerumus dalam jerlus syurgawi. Mudah untuk dilontarkan menggunakan vokal dan lisan… Bagaimana dengan perbuatan. Betul… kadangkala tanpa kita sedari kita masih terperangkap dalam satu kepompong atau ruang yang digelar keselesaan. Selesa itu kadang membuat kita alpa.
Setiap kali dalam hidup kita akan perlu membuat pilihan. Suka atau tidak, susah atau senang… pilihan itu tetap ada. Tetapi ada di antara pilihan itu yang serong. Untuk mencapai kejayaan dan menikmatinya secara mutlak kita harus memilih jalan yang terbaik tanpa unsur helah dan tipu daya. Usaha dan kesusahan itu memang sahabat yang akrab. Jika digandingkan dengan rakan mereka si tekad dan tabah. Perjalanan menyelusuri lembah dugaan pasti akan berakhir dengan puncak kejayaan.
Susah dan cabaran datang seiring. Timpa menimpa tanpa rasa belas. Mujur kita dikurnia akal untuk berfikir secara waras… gunakan tanpa was-was. Kalau tidak sudah pasti kecundang dan tewas. Awas!
Nota perjalanan :
Silap membuat pilihan itu perkara biasa. Kita kan manusia. Kebaikkannya, kita masih boleh memilih untuk tidak terus membuat silap.
Nota jari :
Hari Ahad dan aku rehat hari ini. Beberapa perancangan dan aktiviti dibatalkan. Aku membuat pilihan untuk mengambil gambar di Tamu Gaya Street. Hujan di awal pagi tadi mungkin menyebabkan tamu pada hari ini bermula agak lewat dan sedikit hambar. Tetapi orang ramai mula berpusu-pusu ke tamu apabila cuaca semakin baik menjelang ke tengah hari. Pelancong dari dalam dan luar negara berkeliaran. Pengunjung setia sekadar mahu mencuci mata… tengok-tengok produk baharu.
Ketik kamera untuk mengasah kemahiran mengambil gambar. Mencari subjek atau tema yang sesuai. Tetapi yang aku nampak…hanya air tebu… oh!… hahaha…
Insya Allah, akan dimuat naik dalam masa terdekat. Kalau bukan disini, adalah di