Sungkai | Syukur

Lebih kurang dalam 25 minit sahaja lagi adalah waktu berbuka puasa bagi kawasan Kota Kinabalu. Orang Sabah sebut waktu berbuka sebagai sungkai.

Kalau ke bazar Ramadhan pastinya untuk membeli juadah untuk sungkaian.

Setakat hari ke 5 ini aku masih belum berkesempatan ke bazar Ramadhan. Kalau dahulu bazar Ramadhan di Sembulan masih sempat untuk aku kunjungi sebelum pulang ke rumah. Paling kurang pun, pasti ada rakan yang akan membantu untuk membelikan kuih muih dan lauk kegemaran.

Murtabak jawa merupakan pilihan yang paling aku gemari disamping kuih terang bulan… tapi banyak lagi sebenarnya dalam senarai… hahaha…

Kuih lenggang atau onde-onde dan kuih koci juga boleh membuatkan imaginasi menjadi liar… bayangkan anda memakan onde-onde dan pada gigitan pertama… intinya meletup dan pecah di mulut… woahhhh…

Syukur walau apa pun juadah kita untuk berbuka. Yang paling penting adalah nilai puasa kita di sepanjang Ramadhan ini… kerana puasa bukan setakat menahan lapar…

Ada lebih kurang lima belas minit lagi. Adam sedang dalam keadaan hyper dan aktif. Beg sandang yang baru dibeli untuk hero kecil ini sentiasa disandangnya. Badan kembali berpeluh selepas mandi tadi… pendekar kecil dalam dunia fantasinya sendiri.

Baiklah… bersiap sedia untuk sungkai.

Nota sikit:
Masih memikirkan tentang cuti Aidilfitri kali ini….

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!