Rahsia | Teori Konspirasi?

Kebangkitan itu kata mereka akan bermula dari rantau nusantara. Kata kunci dikaitkan dengan kewujudan harta dan kekayaan yang melimpah ruah dijaga turun temurun oleh waris empayar ‘mim’… Kehebatan ‘mim’ pada masa lampau melangkau peradaban manusia ketika itu. Di khabarkan tamadun awal dan kerajaan-kerajaan lama juga berasal dari serpihan ‘mim’.

Malangnya kewujudan ‘mim’ dipupuskan daripada catatan lipatan sejarah. Kronologi kejatuhan empayar berpunca daripada konspirasi proksi jahat yang tidak mahu ‘mim’ terus mendominasi lebih sepertiga dunia. Itu tidak boleh berlaku kerana akibatnya pasti akan membuatkan pakatan baharu Free-M itu gagal untuk menguasai seluruh dunia.

Sedikit demi sedikit dan seorang demi seorang ‘mim’ telah diburu, dibunuh dan dimanipulasi demi kepentingan Free-M. Kelangsungan ‘mim’ terbantut. Perpecahan dan perbezaan dimanfaatkan oleh proksi luar untuk terus menekan serta menghapuskan ‘mim’. Maka hilang dan pupuslah beberapa cabang ‘mim’ di seluruh dunia. Hilang tanpa kesan, meninggalkan puing dan arca kehebatan di puncak bukit, belantara, padang pasir dan ada yang tenggelam ke dasar lautan.

Yang masih tinggal secara kebanyakan telah melupakan susur galur moyang mereka. Ada pewaris empayar ‘mim’ yang masih mempertahankan perjuangan dalam senyap dan persembunyian dari generasi ke generasi. Berasimilasi dalam setiap genap lapisan  bangsa dan negara. Khuatir diburu. Waktu untuk bangkit akan tiba tidak lama lagi. Seperti yang telah disampaikan secara lisan dari zaman ke zaman. Tercatat di skrol rahsia dan di pelbagai manuskrip purba… waktu itu akan tiba… nanti.

Nota bukan konspirasi:

Bagaimana? Adakah penceritaan aku berjaya membuatkan perasaan berdebar dan berkobar-kobar?

Bukankah kisah sebegini menjadi ikutan beberapa peminat aliran konspirasi dan pemikir?

Kebenaran? Entah… aku sendiri tidak tahu. Aku mengolah dan membuat penceritaan berdasarkan beberapa pembacaan yang aku sendiri tidak pasti kesahihannya… aku olah dan pastikan penceritaan aku tidak terlalu mistik atau mitos…

Hahaha…
Seperti sebuah lagenda… fiksyen atau tidak ianya mengujakan.

Apa itu ‘mim’…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!