Selesai membaca MAGIS…
Ada beberapa perkara yang menarik dalam penceritaan kali ini… dan di pengakhirannya membuka banyak persoalan…
1. Adakah Ryu Watanabe dan Mikhail akan membentuk satu pakatan / gerakan … (jika ada penyambungan cerita tentang mereka)
2. Adakah Indera aka Saifullah juga akan bergandingan dengan Andika ? Sekiranya ada lanjutan kisah… atau mereka akan dipisahkan dalam penceritaan berbeza…
3. Adakah Ejim / pewarisnya akan mempunyai peranan dalam pengisahan berkaitan mushaf Sunan?
Yang pasti semua watak mempunyai potensi untuk terus dikembangkan….
Menunggu kehadiran Hilman (A.D.A.M) dan Rayyan.. hehehe… mungkinkah akan ada kesinambungan kisah mereka yang akan saling dipertemukan?
Bagaimana pula jika ada ‘crossover’ dari watak novel lain selain hasil karya Abang Ramlee? Menarik bukan…
Atau prolog ‘Sunan’ nanti akan menjadi satu penghabisan? Yang bakal membuka satu lembaran baru…
Sejujurnya aku mahukan yang lebih dari ‘Magis’… seperti ada sesuatu yang tertinggal dan terkurang juga ada yang terlebih…
Secara keseluruhannya…
Yang tak masuk akal boleh berlaku di sini!
Nota kaki:
Menerobos akal…