Cuti | Balik Kampung | Air

Alhamdulillah… berkesempatan untuk bercuti dalam tempoh lebih kurang dalam seminggu minggu lalu. Seronok untuk berada di dalam ruang dan masa sendiri bersama keluarga. Berehat dari rutin yang kadangkala menjengkelkan. Berada di dalam suasana yang lebih harmoni, sihat dan menenangkan.

Aidiladha disambut meriah. Sepupu-sepapat yang tidak berkesempatan untuk balik ke kampung halaman masing- masing kerana jadual universiti yang agak sendat telah bermalam di rumah dan jadi chef segera. Kolapis atau pulut menjadi santapan yang enak. Erat pertalian dengan senda gurau yang menghiburkan. Komunikasi yang tidak canggung dan saling memahami. Ah…. kadangkala lari dari mendengar tona suara yang pasif dan menjengkelkan rasa amat damai.

Kemudian menyambung rasa aman itu di kampung halaman. Berada dalam suasana yang serba kekurangan bersama nenda tersayang… tetapi itu lebih membahagiakan. Mandi bercatu dengan tiga gayung. Menunggu hujan untuk disambut dengan baldi yang kemudiannya dipindahkan ke kolah. Nyamuk, kicauan unggas dan burung… tupai yang sesuka hati melompat dari pokok ke pokok di belakang rumah. Monyet yang sesekali kelihatan di blok sawit juga di belakang rumah. Melihat bintang di waktu malam yang pekat. Mendengar cerita dan luahan rasa nenda… indah… benar… minda rasa lebih segar dan tenang… berada didalam ruang yang lebih santai dan berprivasi…

Pindah ke tempat yang sebegitu mungkin lebih sesuai untuk aku dan budakhutan junior dan isteri… menjadi warga yang dekat dengan kehijauan dan ketenangan alam… berada di dalam ruang tersendiri…

Nota kaki:
Tunggu dan lihat…

Tersekat di ruang vakum… seperti terhukum… hampir keluar dari halkum untuk mengungkap yang terangkum… sampai masa ucap Assalamualaikum… harap maklum

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!