Lalat | Semut Menjadi Mangsa

lalat

Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. Ya… kadangkala kita akan menempuh satu tempoh yang sebegini. Rasa lemah dan seperti tidak mampu untuk mengharungi segala kesukaran. Rimas dan lemas.

Tetapi, walau apa pun aral yang melintang janganlah kita bagai lalat mencari puru, tergesa-gesa melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ghairah tanpa berkira-kira dahulu kesan dan akibatnya. Betul kata orang, keadaan yang mendesak atau luar biasa juga perlu penyelesaian yang luar biasa.

Ahh… itulah akibatnya. Gambar mikro di atas diambil tanpa menggunakan tripod / monopod. Kurang persediaan. Tripod yang dibawa sewaktu itu agak minimalis… pendek. Lalat ini berada tinggi sedikit dari paras yang boleh diketik. Lebih-lebih lagi remote shutter tidak terbawa sewaktu balik kampung hari itu.

Lalat makan semut.

Kenapa ada banyak ruang di atas lalat walau aku boleh crop? …

Oh… saya budak baru belajar.

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!