Novel | Petua | Manuskrip

Keseronokan membaca sesebuah karya kadangkala membuatkan kita juga seperti mahu menulis dan menjadi seorang novelis. Mahu menghasilkan satu manuskrip yang baik dan mampu meninggalkan kesan kepada pembaca. Mahu mereka dibuai perasaan dan masuk ke alam penceritaan yang telah kita karang plot demi plot. Sama-sama merasa debar dan emosi dari bab awal hingga ke akhirnya. Kepuasan pastinya apabila karya kita dihargai dan mendapat tempat di hati para pencinta novel.

PETUA MENULIS NOVEL

Aku belum layak untuk memberikan petua. Sebuah novel pun belum ada. Hahaha… tetapi ini mungkin adalah senarai petua untuk menulis novel pada pendapat aku…

1. Banyak membaca
– Pelajari kosa kata dan teknik penceritaan. Lain penulis lain gaya dan cara.

2. Rangka jalan cerita.
– Tidak perlu berjela. Bahagikan kepada permulaan, pertengahan dan pengakhiran novel. Ringkasan kisah dalam setiap bahagian dan cerita yang menghubungkan setiap bahagian.

3. Mula menulis, menaip dan mengarang
– Ini langkah penting. Tulis, taip dan karang apa sahaja berlandaskan idea awal anda. Abaikan dahulu kesalahan tatabahasa, peraturan dan logik. Terlalu banyak berfikir akan membantutkan perkembangan cerita anda di peringkat awal.

4. Motivasi | Jangan Berhenti
– Paling sukar adalah untuk terus menerus menulis. Momentum sering terganggu dengan banyak perkara. Helahnya adalah untuk tetapkan sasaran… mungkin 3 hingga 5 bab sehari. Patuhi helah anda.

5. Baca dan baca
– Jika buntu menguasai… baca dan baca kembali tulisan anda
– Letakkan diri anda sebagai watak dalam cerita, Apakah yang akan berlaku kepada saya selepas ini?

6. Semak, baca dan semak
– Jika anda telah selesai menulis dengan teknik di langkah ketiga, tiba masa untuk memperkemas dan menghalusi karya anda. Rujuk dbp.gov.my untuk tatabahasa atau ejaan yang betul. Rujuk fakta dan maklumat yang memerlukan kesahihan dan logik. Selesai kali pertama? Ulang kembali… Jadi editor untuk diri sendiri.

7. Hantar karya anda
– Karya anda tidak akan diterbitkan kecuali anda menghantarnya kepada penerbit.
– Banyak penerbit di luar sana. Hantar kepada penerbit yang betul. Ada penerbit yang mempunyai penilaian manuskrip yang ketat dari segi bahasa, genre dan kecabulannya terhadap norma ketimuran… ada juga yang santai dan terbuka.

Baiklah… untuk peringkat ini itu adalah tipsnya. Cuma perlu ingat, setiap genre novel lain cara pengkisahannya.

Ahh… aku sendiri masih belum punya apa-apa dong…

MANUSKRIP

Tabik hormat kepada para novelis yang telah berjaya menghasilkan manuskrip-manuskrip yang hebat. Bukan hanya sekali… tetapi berkali-kali mereka memerah otak untuk menyiapkan sebuah karya. Lebih hebat lagi ada yang mampu membuat beberapa manuskrip dalam satu tempoh masa serentak.

Aku?
Mungkin…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!