Pilihan | Kesempatan Yang Sempat

Pernah atau tidak anda berada dalam keadaan serba salah untuk membuat pilihan? Berada di antara persimpangan yang tidak boleh kita lalui semuanya dengan serentak…

Ruang pilihan itu kadangkala bukanlah di atas kemahuan diri tetapi lebih kepada memenuhi kehendak dan permintaan orang lain. Seringkali bila terjadi kejadian sebegini kita sebagai penerima pilihan terpaksa menerima kesan rajukan, sindiran, amukan dan banyak lagi natijah ketidaksempatan kita untuk menyempatkan permintaan yang bolehlah dikategorikan dalam pertolongan ikhlas.

Ya… atas dasar persahabatan, hormat dan perhubungan sesama insan…

Bukanlah mengharapkan balasan, cuma mohon kesedaran… kita masing-masing hanya ada 24 jam sehari, tujuh hari dalam seminggu… kau, aku, kita dan semua di bumi ini punya waktu yang sama…

Kadangkala bantuan juga berbentuk dalam medium yang bernilai seperti wang ringgit. Semuanya pasti punya harga dan nilai. Bukan mengungkit tetapi silalah jaga tutur ayat dan air muka… masam dan masin… eh, siapa yang berhutang sebenarnya? Gelak..

Seringkali juga hasil daripada pertolongan dan bantuan ikhlas kita menjadi sumber keuntungan oleh si peminta tolong yang hanya sarat dengan kata-kata pujian setinggi langit di hadapan.. entah apa yang dibisik dan dibicara di belakang..ah… itu urusan tuhan… dan bila mereka perlukan lagi pertolongan untuk keuntungan mereka… seperti biasa, barulah kita menjadi sahabat ‘baik’…

Oh.. tidak… tidak marah…

Cuma sila jaga tutur dan riak wajah.
Orang berbudi… kita berbahasa…

P/s:
Ini bukan kisah sebenar… eh… ye ker…
Serta tidak ditujukan kepada sesiapa yang spesifik… ianya lebih bersifat umum..janganlah plak ada yang terus berhenti dari bersahabat…

Sahabat selamanya…

Dan..

Aku adalah seorang manusia…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!